Saturday, August 14, 2010

KENAPA PENEROKA SEMAKIN HARI SEMAKIN MISKIN?

Sun, Aug 15, 2010
felda logo Oleh Patrick Lee
PETALING JAYA: Para peneroka mendapati diri mereka semakin hari semakin miskin.

"Untuk tempuh beberapa tahun, para peneroka hanya perlu membayar RM40 kepada Felda setiap bulan untuk tujuan penanaman semula pokok kelapa sawit," kata Pengerusi Biro Felda PKR Suhaimi Said.

"Tapi (kita dengar) pada Julai jumlah ini dinaikkan kepada RM120," katanya.

Menurut PKR, para peneroka Felda dikehendaki menyerahkan RM40 kepada Felda setiap bulan untuk tempuh beberapa tahun.

Selepas tempuh masa itu, sebanyak RM17,000 telah dikembalikan kepada para peneroka untuk mereka menanam semula pokok kelapa sawit.

PKR mendakwa para peneroka hanya menerima separuh dari jumlah itu (kira-kira RM8,000) untuk tujuan tanaman semula. Bakinya diambil oleh Felda.

Suhaimi berkata lain-lain bayaran bulan yang diwajibkan, termasuk RM60 yuran memperindah kampung, akan membebankan perbelanjaan para peneroka di seluruh negara.

Beliau juga mendakwa para peneroka menerima RM1,500 berupa pinjaman dari Felda setiap bulan atas nama pendapatan bulanan. Akibatnya, ramai peneroka berhutang dengan Felda beribu-ribu ringgit.

Suhaimi juga memberitahu FMT bahwa bayaran "duit raya" baru-baru ini kepada 112,635 peneroka bukan duit Felda, tapi wang dari poket peneroka-peneroka sendiri.

Untuk menambah buruk keadaan, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mendakwa Pengerusi Felda Mohd Yusof Noor mengambil pendapatan sebanyak RM2 juta setahun.

Suhaimi mendakwa inilah salah satu sebab kenapa para peneroka telah bosan dengan Felda.

Bercanggah dengan undang-undang
Dalam perkembangan yang berkaitan, peguam hak asasi manusia N Surendran mendakwa adalah salah dari sudut undang-undang untuk badan-badan berkanun seperti Felda mengambil tindakan undang-undang terhadap pengkritiknya.

Beliau berkata, beliau tidak pernah melihat contoh seperti ini dalam sejarah undang-undang Malaysia.  Felda mengambil sikap seperti seorang individu yang tidak berpuas hati.  Bolehkah Felda bertindak seperti ini, hanya kerana ada orang yang mengkritik mereka?

Apabila ditanya tentang saman Felda sebanyak RM200 juta terhadap PKR dan akhbarnya, Suara Keadilan, Surendran berkata, kes ini belum lagi difaikan di mahkamah.

PKR juga menafikan dakwaan bahawa seramai 766 peneroka Felda di Negeri Sembilan membayar RM500 seorang sebagai yuran guaman dalam saman mereka, juga berjumlah RM200 juta terhadap Felda.

Menjawab tuduhan yang dibuat oleh Yusof Noor, Sivarasa berkata jumlah yang betul ialah RM50 seorang.

Sivarasa juga mendakwa ada di kalangan 766 peneroka menemui para pemimpin PKR sebelum dakwaan isu Felda bankrap timbul.

"Pemimpin-pemimpin PKR juga pernah bertemu dengan para peneroka ketika pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Beliau menasihatkan Yusof Noor supaya lebih berhati-hati dengan tuduhannya dan tidak mempolitikkan isu ini.

SUMBER http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=7235

Sunday, August 8, 2010

UMNO /BN KINI AMAT TAKUT PENYELEWENGAN DALAM FELDA TERUS TERBONGKAR!

Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 15 Julai 2010 - Umno-Barisan Nasional berada kini dalam keadaan yang amat tertekan  apabila warga peneroka seluruh negara mula mempersoalkan ketelusan pihak pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ekoran pendedahan dakwaan penyelewengan dan salah urus tadbir oleh Suara Keadilan dan Harakah. 

Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata kebanyakan pimpinan Umno-BN di peringkat akar umbi sendiri turut gusar, kerana dibimbangi lebih banyak lagi isu berkenaan Felda akan dibongkar.

"Isu Felda kini telah menjadi isu nasional yang paling hangat. Inilah pertama kalinya dalam sejarah dimana kewibawaan pimpinan Barisan Nasional tergugat. Mereka berusaha untuk menutup isu ini, tetapi tidak boleh. 

Bila pimpinan Umno-BN diajak berdebat, mereka tidak mahu. Dari sudut lain, integriti Felda itu sendiri dipersoal," katanya.

Beliau bersama-sama peneroka Felda dari seluruh negara membuat laporan berkenaan penyelewengan Felda ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabatnya di Putrajaya pada pukul 11 pagi tadi.

"Setelah laporan polis dibuat berkenaan penyusutan rizab tunai Felda, jadi sekarang kita akan hantar laporan dan dokumen kepada SPRM, beserta dengan lampiran- lampiran tambahan berkenaan isu-isu yang berkait rapat dengan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan penyelewengan di dalam pengurusan Felda," katanya.

Mazlan menjelaskan peneroka dan generasi kedua Felda dari Kedah, Pahang dan Johor akan turut bersama-sama memberikan sokongan kepada langkah yang diambil oleh Anak. Beliau turut memaklumkan laporan susulan kepada SPRM berkenaan isu yang sama di setiap negeri akan turut dilakukan dalam masa terdekat.


Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan memaklumkan sambutan terhadap program yang dianjurkan oleh Anak di setiap tanah rancangan yang dikunjungi, mendapat sambutan yang hangat. 

Terbaru, program Anak di Felda Keratong 3, Pahang yang turut disertai oleh mantan Timbalan Menteri Tanah Dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong, dihadiri oleh ribuan warga peneroka.

Dalam pada itu, beliau bersama Anak dan masyarakat Felda akan terus menjalankan program bagi memberikan penerangan kepada rakyat Malaysia dan warga Felda berkenaan isu-isu terkini dan hak-hak peneroka, dari masa ke semasa.

PENYELEWENGAN JUAL BELI BUAH SAWIT OLEH FELDA


Felda meletakkan syarat yang ketat untuk 'greding' buah sawit peneroka. Walaupun syarat dipenuhi tetapi KPG tidak pernah melebihi 19%. Buah sawit dari luar mendapat KPG yang lebih tinggi walaupun berasal dari ladang peneroka.


Buah sawit peneroka belum diproses tetapi kilang telah menetapkan KPG buah sawit itu yang baru dihantar ke kilang dengan sewenang-wenangnya. Peneroka membuktikan melalui ujian makmal Felda bahawa buah sawit mereka berhak mendapat gred sekurang-kurangnya KPG 25%. Malah MPOB menetapkan KADAR STANDARD gred buah sawit tempatan ialah KPG 25%.

Jadi persoalannya kenapakah pihak FELDa menetapkan bahawa KPG tidak boleh melebihi 19%. Bukankah itu merupakan penipuan terhadap peneroka-peneroka felda?

 
 
PENIPUAN KILANG


Kilang mengasingkan anggaran 10 tandan sawit bagi setiap lori, KONONnya buah 'reject' tetapi TIDAK membenarkan peneroka mengambil semula. Sebaliknya buah tersebut ada yang DIJUAL SEMULA dan DIPROSES BERSAMA. Peneroka MASIH dikenakan denda dan DIKURANGKAN gred.


Setiap perbezaan 1% KPG, peneroka kerugian RM25 ke RM30. Sekiranya lapan (8) tan, peneroka kerugian sekurang-kurangnya RM1,200 setiap bulan JIKA perbezaan KPG adalah 6% (25% ditolak 19%).


Dalam kes di Felda Kemahang 3, pengurus Felda didapati BERKOMPLOT dengan pihak kilang untuk menipu peneroka. Namun, gejala ini juga didapati berleluasa di Felda seluruh negara! Peneroka yang menuntut hak mereka akan DIFITNAH, DIUGUT BUANG DARI RANCANGAN dan DITUDUH menimbulkan HURU-HARA dalam masyarakat.


Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan terpaksa menyaman Felda pada tahun 2002 lantaran keengganan agensi itu untuk berunding malah telah MENGUGUT akan MENGUSIR peneroka terbabit dari tanah rancangan sekiranya berani mendedahkan penyelewengan itu ke mahkamah.


Pada 13 Januari 2008, Mahkamah Tinggi memerintahkan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd membayar ganti rugi kepada peneroka terbabit sebanyak RM7.8 juta. Pada 19 Januari 2010, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Felda dan memerintah agensi tersebut membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3 itu.


Lantaran kejayaan tersebut, Warga Felda Prihatin telah berjaya menggerakkan gelombang kesedaran warga peneroka di beberapa kawasan Felda di Jempol, Negeri Sembilan. Pada 9 Ogos 2010 ini, sekumpulan 750 orang peneroka Felda Serting akan memfailkan saman kepada Felda atas penipuan gred buah sawit mereka. YB Sivarasa Rasiah akan mengetuai barisan peguam dalam saman ini. Saman tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban 2.


Semoga gelombang kesedaran warga peneroka tersebut akan turut membuka minda dan keberanian seluruh warga peneroka untuk menuntut hak meraka serta bersatu menghentikan penyelewengan Felda.


HARAPAN BARU UNTUK PENEROKA
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Pengerusi Persatuan Anak Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menggelarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana  Menteri, Dato' Ahmad MAslan sebagai 'penakut' kerana menolak debat terbuka isu-isu membabitkan Felda.

Telahan itu dibuat Mazlan ketika ditemui selepas sidang media bersama Ahmad Maslan di Parlimen pada 8 Julai lalu,Mazlan menyerahkan surat jemputan debat kepada Ahmad Maslan sementara Ahmad Maslan hanya mahu 'berdialog'.


Beliau bimbang, ajakan dialog tersebut hanyalah bersifat untuk menutup banyak perkara yang berlaku dalam Felda dari mata umum terutamanya peneroka Felda yang tidak mendapat maklumat mengenai kewangan badan itu secara telus.

"Seperti ada yang mahu disembunyikan. Bagi saya apa salahnya kita berdebat dan masing-masing mengemukakan hujah agar rakyat mempertimbangkannya, perlu apa takut untuk berdebat jika dia (Ahmad Maslan) rasa dia dipihak yang benar," soal Mazlan lagi.

Mazlan yang juga AJK PAS Pusat menegaskan Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno itu sebenarnya takut untuk berdepan dengan rakyat. Beliau menjelaskan, pemilihan debat dicadangkan ekoran beberapa siri dialog sebelum ini dilihat gagal menyelesaikan isu peneroka dan tidak mendatangkan hasil yang positif.

"Saya bukan nak cari publisiti kerana memilih debat, tetapi saya mahu rakyat sendiri tahu apa isu sebenar yang membabitkan Felda, isu penyelewengan, isu mengapa susutnya rizab tunai Felda, dan banyak lagi yang saya akan dedahkan.

"Saya mahu rakyat menjadi hakim. Kita mahu rakyat nilai mana yang betul mana yang salah. Dia (Ahmad Maslan) tak mahu debat tetapi memilih dialog. Ini tak selesaikan masalah, malah dialog ini dibuat biasanya tertutup, kemudian apa yang akan digambarkan dalam media akhirnya hanya suara sebelah pihak.

"Jalan terbaik adalah debat, dibuat secara langsung melalui stesen televisyen samada kerajaan mahupun swasta, kemudian khalayak Felda sebagai tetamu. Nak buat dimana sahaja saya tak kisah asalkan rakyat dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya," kata Mazlan ketika ditemui selepas sidang media.

Sementara itu Mazlan juga yakin 'ada benda yang disembunyikan' yang menyebabkan Ahmad Maslan 'enggan' berdebat secara terbuka, sebaliknya hanya mahu berdialog.

"Kalau dia tak takut, marilah berdebat, kenapa tak mahu debat?" katanya lagi.
Mazlan sebelum ini banyak mendedahkan isu membabitkan pentadbiran dan pengurusan Felda.

Beliau yang juga generasi kedua Felda memiliki pengalaman berhubung isu-isu Felda dan bersedia mendedahkan banyak lagi isu membabitkan agensi itu dalam masa terdekat.Mazlan kini dalam siri jelajahnya seluruh Malaysia bagi mengetengahkan isu-isu berkaitan Felda dan tanah.

Beliau pernah ditahan di Temerloh awal tahun ini berikutan pembabitan seriusnya dalam isu-isu membabitkan Felda, namun penahanan itu tidak menjadikan beliau gentar.

Nota: 
Simpanan tunai Felda telah menurun daripaada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion tahun lalu.

Bagaimanapun kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan wujud elemen penyalahgunaan dana Felda dan tidak pernah bankrap sebagaimana didakwa Pakatan Rakyat.


PEMUDA PAS TUBUH LAJNAH FELDA UNTUK MEMBANTU PENEROKA FELDA

July 10, 2010
KUALA LUMPUR, 10 Julai — Dewan Pemuda PAS pusat menubuhkan biro baru — Lajnah Felda — dilihat sebagai langkah memikat sokongan generasi muda di kawasan pembangunan perladangan itu menjelang pilihan raya umum ke-13. 
Sayap PAS itu memutuskan perkara itu pada mesyuarat bulannya hari ini bagi membantu peneroka Felda dan generasi keduanya ekoran isu-isu terbaru sejak kebelakangan ini khusunya berkaitan dengan masalah kewangan.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abdul Rani pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan mereka di sini hari ini.

“Lajnah ini adalah merupakan satu keperluan dalam usaha membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan peneroka dan anak-anak mereka yang mana selama ini pihak Barisan Nasional (BN) tidak memberikan bantuan secukupnya kepada para peneroka untuk mendapatkan  penyelesaian  secara menyeluruh dalam mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh para peneroka. kalau adapun bantuan dari pihak UMNO/BN hanyalah sekadar melepaskan batuk ditanggan bukan untuk menyelesaikannya” katanya.

“Tidak semua yang mendapatkan faedah, cuma yang terpilih sahaja,” kata beliau.

Beliau berkata peneroka-peneroka Felda sebenarnya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada BN sejak lima dekad lalu, walaupun pengundi di Felda menjadi sandaran atau talian hayat kemenangan UMNO/BN selama ini.

Kata beliau lajnah itu akan bergandingan dengan Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) yang diketuai oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Mazlan Ahmad.

“Kami akan bekerjasama dengan Anak yang sudah lama memperjuangkan isu-isu Felda,” katanya.

PENEROKA FELDA SERTING AKAN MEMFAILKAN SAMAN PENIPUAN PEMBELIAN BUAH SAWAIT PADA 9 OGOS 2010 INI DI MAHKAMAH TINGGI SEREMBAN.

Seramai lebih 700 peneroka felda Serting akan memfailkan saman terhadap felda kerana kes penipuan pembelian buah sawit peneroka, pada 9 Ogos 2010 ini di Mahkamah Tinggi Seremban.

Khabarnya, setiap peneroka bakal membuat tuntutan sebanyak RM120,000.00 kerana kerugian akibat penipuan tersebut. Itu pun mereka hanya dibenarkan oleh undang-undang untuk tuntut 6 tahun kebelakang. sedangkan penipuan ini dikatakan berlaku sejak lebih 15 tahun dahulu. Jumlah tuntutan dikatakan hampir mencecah RM100 juta. Ketika memfailkan saman ini setiap peneroka hanya membayar RM50 seorang bagi kos guaman. Kira kalau menang mereka akan dapat durian runtuh la ni.

Lihatlah berapa banyak setiap peneroka itu mengalami kerugian dalam masa 15 tahun itu. Bukankah jumlahnya RM300,000.00 bagi setiap peneroka? wow banyaknya!  Bandingkan dengan apa yang kerajaan pimpinan UMNo berikan kepada peneroka dalamasa 15 tahun itu untuk terus mendapatkan undi dari peneroka-peneroka bagi terus MENDAPATKAN KUASA UNTUK TERUS MENIPU DAN TERUS MENIPU PENEROKA-PENEROKA FELDA.

Cuba bayangkan anda mempunyai sejumlah wang itu, yang semeamngnya hak anda pun, kemudian kerajaan melalui FELDA mengambil duit itu dari anda. Sudikah nda memberikan sebanyak itu kepada kerajaan melalui FELDA? tetapi apa nak buat, anda hanya berhak membuat tuntutan dalam tempoh 6 tahun terakhir sahaja. Jadi sudikah anda mengizinkan kerajaan memilikki wang anda yang bernilai RM180,000.00 itu tanpa sebarang protes? sudikah anda menyokong calun-calaun BN lagi dalam pilihanraya yang akan datang nanti? sudikah? atau anda juga akan turut sama-sama bangkit menentang kezaaliman yang dilakuakn oleh kerajaan BN dibawah pimpinan UMNO itu?

Ni kira kes macam di Felda Kemahang 3, Tanah Merah kelantan,  dimana  pihak peneroka telahpun memenangi kes saman itu dan felda  telah pun diperintahkan untuk membayar lebih dari RM11 juta. Di Johor pun ada peneroka yang dah fail saman yang hampir sama. Berpandukan fakta dan bukti yang sama... kemenangan memang berpihak kepada peneroka.

Kalau peneroka2 seluruh negara yang tertindas selama ini pakat tuntut saman... maka felda akan benar2 jadi muflis. tapi bagusnya... peneroka -PENEROKA pulak yang akan jadi kaya raya. pilihan ditangan anda. Tetapi seklranya UMNO/Bn masih lagi memenagi pilihanraya umum yang akan datang nanti, jangan haraplah  peneroka-peneroka akan dapat apa-apa.

PILIHAN DITANGAN ANDA. UNDI DITANGAN ANDA.


Monday, August 2, 2010

KAH. KAH KAH, AGENSI KERAJAAN KENA BAYAR CUKAI? LUCU BETUL LA, SEBABNYA SEBELUM INI TAK PERNAH PUN ADA AGENSI KERAJAAN YANG KENA BAYAR CUKAI!

SHAH ALAM 31 Julai - Pakar Perlembagaan, Dr Samarudin Rejab menganggap pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada 26 Julai lalu bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membayar cukai sebanyak RM1.303 bilion sebagai tidak munasabah kerana Felda adalah agensi milik kerajaan dan tidak perlu membayar cukai pendapatan.

Justeru itu beliau mempersoalkan kesahihan pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada 26 Julai lalu itu

Menurut Ahmad, pembayaran cukai pendapatan oleh Felda adalah untuk tempoh empat tahun iaitu sebanyak RM314.96 juta untuk, RM205.99 juta bagi 2005, RM151.94 juta bagi 2006 dan pada tahun 2007 sebanyak RM186.55 juta.

"Takkanlah sebuah badan yang sudahpun menjadi sebahagian daripada struktur kerajaan membayar cukai kembali kepada kerajaan? Saya rasakan itu tidak munasabah langsung," kata beliau dalam satu temubual dengan Suara Keadilan.

Tambah beliau, Felda merupakan satu badan kerajaan dan bukannya syarikat swasta ataupun syarikat berhad bagi memerlukannya diiktiraf sebagai entiti  membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sehubungan itu Dr Samarudin mempertahankan artikel Suara Keadilan bertjuk 'Felda Bankrap" yang menjadi begitu kontroversi sehingga menggamit tindakan gantirugi sebanyak RM200 juta daripada agensi tersebut.

"Yang menjadi pertikaian dan topik perbahasan ialah Felda itu sendiri, bukan anak syarikat Felda yang telahpun dikorporatkan seperti Felda Global Ventures Holdings dan sebagainya.

"Dalam kes ini syarikat berkait kerajaan seperti anak syarikat Felda yang berjumlah kira-kira 40 buah perlu membayar cukai pendapatan tetapi Felda yang merupakan satu agensi yang berada terus di bawah kerajaan tidak diperlukan untuk membayar cukai.

"Cukai tersebut mungkin daripada anak syarikat yang begitu banyak, maka tidak hairanlah jika dijumlahkan boleh mencapai jumlah mencecah ribuan juta ringgit," tegas beliau lagi.

Komen: Nampaknya kita kena minta nombor pendaftaran cukai pendapatan yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri tu! Dapat tak Datuk Ahmad Maslan memberikan nombor pendaftaran Felda sebagai agensi kerajaan yang dikenakan cukai.