“Saya tetap akan dedahkan 15 isu penyelewengan Felda walau ditahan ISA” - Mazlan Aliman
Tuesday, 23 March 2010 4:50 PMKUALA LUMPUR: Dia kemungkinan berdepan dengan penahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (Isa) berikutan pendedahan ke atas 15 isu penyelewengan Felda, tetapi pendiriannya dalam hal ini tetap tidak berganjak.
Ketika mengulas hal penahanannya sebelum ini, Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, berkata penyelewengan itu beliau terima hasil aduan anak-anak Felda yang tertindas sebelum ini.
"Saya menerima banyak maklumat yang diberikan ramai pihak berhubung bagaimana penyelewengan berlaku. Saya ada 15 isu yang akan saya dedahkan satu persatu.
"Saya akan dedahkan walaupun saya mendapat maklumat bahawa saya dicadangkan untuk ditahan dibawah ISA," katanya dalam suatu acara anjuran Pas kawasan di Mengkarak, baru-baru ini.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, penahanannya yang terbaru ini bertujuan menakutkan beliau dan masyarakat peneroka untuk menghadiri acara yang dianjurkan sekali gus berusaha menutup kepincangan pengurusan Felda dan kerajaan (BN).
Mengulas hal itu, Mazlan menambah, terdapat banyak perkhabaran sebelum ini yang menunjukkan kerajaan akan melakukan tindakan agresif ke atasnya.
"Penahanan saya adalah untuk menakutkan masyarakat Felda untuk menjemput saya berceramah. Mereka berusaha menutup kepincangan yang dilakukan dalam pengurusan Felda termasuk penindasan terhadap masyarakat peneroka.
Bagaimanapun, katanya, selepas peristiwa yang berlaku di Felda Lembah Klau baru-baru ini, beliau menerima banyak sokongan masyarakat peneroka dan generasi kedua Felda yang mahu penjelasan diberikan agar kehidupan mereka terbela.
"Selepas saya ditangkap, ramai peneroka khasnya generasi keduanya tak puas hati dan marahkan Felda. Malah, selepas itu makin ramai anak Felda yang mahu menyertai persatuannya kerana tahu inilah saja pentas yang boleh diharapkan bagi membela masa depan mereka," katanya.
Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).
KUALA LUMPUR, 19 Mac: Ahli Parlimen (MP) Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang mendakwa seorang pemimpin PAS Pusat menghasut generasi kedua Felda agar membenci kerajaan seolah-olah memperlekeh kebolehan generasi itu.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali yang menyelar kenyataan itu berkata, tuduhan Ismail bahawa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman yang juga Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) meracuni dan mempengaruhi anak-anak peneroka Felda agar membenci kerajaan melalui ceramah-ceramahnya seolah-olah merendah-rendahkan tahap pemikiran generasi kedua Felda.
"Wakil Kuala Krau merendahkan kebolehan generasi kedua Felda untuk menggarap isu-isu terkini dan untuk memastikan kebajikan mereka terbela," katanya
PENYELEWENGAN DALAM FELDA
"Tanam sendiri umpamanya, wang caruman peneroka di dalam tabung tanam semula RM17,000. Apa yang ditimbulkan masalah ini ialah halangan bagi yang sedia dan mendapatkan beberapa kemudahan sendiri dan juga apabila ada usaha menanam persendirian mereka dibayar hanya RM7,000 dari wang yang mereka carum di tabung tanam semula.
"Hantaran buah sawit pun begitu juga. Peneroka dikenakan tahanan sehingga 20% dari pendapatan dari setiap hantaran. Ini terlalu tinggi. Mana dia menteri berkenaan, mana dia Pengerusi Felda?
"Dia bercakap bagi pihak korporat atau bagi pihak peneroka? Kalau bagi pihak peneroka dia patut sekurang kurangnya dengar. Adakah adil potongan itu 20% dalam keadaan keuntungan berbilion-bilion ringgit oleh syarikat Felda," katanya.
MB Selangor akan buat pengumuman penting isu generasi kedua Felda
Harakahdaily |
HULU SELANGOR, 19 April: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan membuat pengumuman penting berkaitan dengan hak generasi kedua Felda dalam masa terdekat ini. Menurut AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, beliau dimaklumkan, Khalid akan membuat pengumuman penting tentang masa depan mereka tidak lama lagi. Mazlan berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis ceramah Pakatan Rakyat di Felda Sungai Tengi malam tadi. |
Menurut Mazlan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengubah hasrat bapanya, Tun Razak, yang menubuhkan Felda untuk menjadi agen pengurusan untuk mengeluarkan peneroka Felda dari kemiskinan.
Namun, anaknya datang meruntuhkan dasar ini apabila menjadi Felda menjadi badan perniagaan sehingga dikatakan paling kaya selepas Petronas.
"Yang Tun Razak mahukan bukan untuk mengkayakan Felda. Tetapi untuk mengeluarkan peneroka-peneroka itu dari belenggu kemiskinan dan menjadikan peneroka-peneroka itu kaya. Tetapi anaknya Najib berusaha menjadikan Felda kaya bukannya peneroka. Apa yang peneroka dapat dari kayanya Felda. Yang perlu dikayakan adalah peneroka bukannya Felda," kata beliau.
Beliau memberitahu, menjadi salah satu perjuangan Anak adalah memansuhkan Felda Plantation dan menyerahkan tanah mereka kepada anak-anak peneroka yang kini menjadi generasi kedua Felda selepas ibu dan bapa mereka sudah tua ataupun sudah meninggal dunia.
"Antaranya kita cadangkan agar 367,000 tanah Felda Plantation ini dibahagikan kepada anak-anak Felda.
"Bayangkan 79,000 anak peneroka akan mendapat manafaat darinya dengan mendapat 10 hektar setiap seorang," kata Mazlan.
Mazlan memberikan contoh Ladang Sungai Tengi Selatan yang kini dimiliki oleh Felda Plantation adalah antara yang sepatutnya dibuat demikian.
75,000 Generasi Kedua Felda bakal dapat 10 ekar tanah
Buletinonline |
HULU SELANGOR, 19 April: Nasib Generasi Kedua Felda akan dibela sepenuhnya sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat, menang dalam pilihanraya umum ke 13 dan mentadbir Putrajaya. "Saya nak sebut malam ini, antara perjuangan anak ialah, menuntut kalau Pakatan Rakyat menang, kita minta supaya Felda Plantation yang menjadi anak syarikat Felda dimansuhkan supaya diberi anak-anak peneroka,"kata Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar). |
Beliau berkata demikian kerana penubuhan Felda Plantation, yang menjalankan perniagaan, adalah bercanggah dengan dasar yang disebut oleh Bekas Perdana Menteri Tun Abul Razak Hussein pada 27 April, 1960.
Katanya, Tun Razak menegaskan Felda adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk mengeluarkan orang-orang Melayu dari kancah kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Oleh itu katanya, menurut dasar yang dibentangkan oleh Tun Razak Felda hanya bertindak sebagai agen pengurusan semata, dan ia bukan satu badan perniagaan.
”Saya dah sebut dengan kawan-kawan yang memerintah negeri Selangor, termasuk baru-baru ini saya sudah berbincang dengan Ustaz Azizan Razak Menteri Besar Kedah.
"Kalau ini sudah jelas terma-termanya, kenapa tidak kerajaan negeri mengambil semula ladang-ladang Felda ini yang berjumlah 367,000 hektar,”jelasnya ketika berucap di Medan Niaga Sungai Tengi, di sini, semalam.
Kemudian, katanya, tanah-tanah tersebut akan diberikan kepada anak-anak peneroka, yang akan mendapat keluasan 10 ekar setiap seorang.
Felda Sungai Tengi terbahagi kepada dua iaitu Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan. Ketika peneroka Sungai Tengi boleh memiliki tanah yang mereka teroka, peneroka Sungai Tengi Selatan tidak kerana ia milik Felda Plantation. Mereka kekal sebagai pekerja Felda....--Buletinonline.net
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengadakan siasatan awam terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana didakwa melakukan penindasan berterusan kepada peneroka.
Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dalam dalam satu pertemuan dan penyerahan memorandum kepada Suhakam di pejabat suruhanjaya berkenaan, petang tadi.
"Untuk lebih adil, saya minta satu public inquiry (siasatan awam) dibuat untuk mendengar sendiri aduan peneroka dan perkara ini dipanjangkan untuk tindakan yang lebih lanjut," katanya.
Mazlan mengetuai kira-kira 200 peneroka tanah rancangan Felda dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor untuk menyerahkan memorandum kepada Suhakam berkenaan beberapa perlanggaran hak asasi dan ketidakadilan pengerusan Felda ke atas peneroka setelah lebih 50 tahun ia diwujudkan.
Memorandum tersebut mengandungi empat aduan daripada peneroka termasuk mengenai Akta Kawasan Tanah Berkelompok (Group Settlement Act 1960) yang didakwa digunakan oleh kerajaan Umno/BN untuk mengongkong kebebasan para peneroka.
Anak juga membuat aduan mengenai wang tanam semula yang dicarum peneroka yang sehingga ke hari ini tidak diserahkan kepada peneroka. Selain itu, aduan dibuat juga berkaitan isu ladang Felda apabila pihak pengurusan Felda bertindak menindas peneroka selain mengenai kegagalan peneroka menguruskan sendiri kebun mereka walaupun telah melangsaikan hutang kepada Felda.
Aduan itu didengar dua Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N. Subramaniam dan Datuk Khalid Ibrahim di tingkat 29 Bangunan Suhakam, sebelum menerima memorandum daripada Mazlan.
Mazlan dalam aduannya kepada Suhakam juga berkata, semua jawatankuasa yang ditubuhkan pengusan Felda tidak berpihak kepada golongan peneroka yang tidak bersetuju dengan perjanjian yang ditetapkan Felda itu menyebabkan peneroka tida tempat untuk mengadu masalah mereka.
"Sebutlah jawatankuasa apa pun di bawah Felda, semuanya tidak berpihak kepada peneroka. Kewujudan Gabungan Persatuan Wanita (GPW) di tanah-tanah rancangan menjadi mata dan telinga kepada Felda," katanya. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah peguam yang mewakili Anak iaitu Ahmad Nizam Afendi dan Suhaimi Said.
Ahmad Nizam mendakwa, perjanjian yang dibuat di antara Felda dan peneroka adalah berat sebelah dan keterlaluan. "Perjanjian itu tidak ada tarikh tamat. Kalau ikut perjanjian tersebut, peneroka akan terikat dengan Felda dan bila sebut peneroka, ada terma yang mengikat waris, anak, cucu dan sebagainya akan terikat juga dengan Felda," katanya.
Khalid dalam responsnya dalam pertemuan itu mengakui tidak pernah mendengar sebarang aduan buruk berkaitan Felda dan tidak menyangka terdapat banyak masalah yang membelenggu para peneroka di seluruh negara.
Pengerusi Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan Suhakam itu berjanji akan membincangkan aduan itu ke mesyuarat suruhanjaya pada 8 Mac depan dan akan turut mendapatkan penjelasan daripada Felda berhubung aduan itu.
Beliau juga berkata, pihaknya akan mengkaji keperluan untuk mengadakan siasatan awam seperti yang dicadangkan Anak. "Kami menerima memorandum yangakan diserahkan pada hari ini adn akan mengkaji seluruh aduan yang dibuat sebelum membuat keputusan samaada akan mengadakan siasatan awam atau tidak. Ini bukan lagi public inquiry, tapi national inquiry kerana melibatkan seluruh Malaysia," ujarnya.
Dalam pada itu, bercakap kepada media sebelum pertemuan dengan Suhakam, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub yang juga Naib Presiden PAS berjanji akan terus membawa isu penindasan peneroka dalam perbahasan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 15 Mac depan.
"Kami di pihak Ahli Parlimen tidak pernah putus asa berdebat mengenai isu peneroka di Dewan Rakyat. Saya berjanji di atas nama ahli Parlimen bahawa kita akan tetap membahaskan mengenai akta GSA ini dan ia merupakan satu topik yang penting kerana GSA cukup menindas dan mencengkam peneroka," katanya.
Nada yang sama turut disuarakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mahukan nasib golongan peneroka dibela. "Kita akui sumbangan Felda kepada perkembangan ekonomi negara. Tapi peneroka masih menghadapi banyak masalah di bawah Felda. Sebab itu kita setuju bersama gabungan ini untuk mengambil isu ini secara serius dan mengkaji dasar sekarang supaya kita benar-benar menghargai sumbangan para peneroka," katanya.
Peguam Anak, Suhaimi pula berkata, pihaknya bersedia untuk mengendalikan semua kes melibatkan tuntutan peneroka tanpa sebarang bayaran. "Kami telah barjanji dengan anak bahawa kami akan mengambil semua kes melibatkan generasi felda. Di konvensyen peneroka baru-baru ini pun kami berjanji akan membela nasib peneroka tanpa mengenakan bayaran," katanya.
PRK Hulu S’ngor : ‘Tunaikan janji kamu sebelum penamaan calon’ - Bekas Peneroka Felda
Saturday, 03 April 2010 11:40 AMPeneroka tersebut sebelum ini dijanjikan RM1 juta menerusi sebuah projek pembangunan di kawasan itu.
Arifin Shamsudin, 74, salah seorang dari peneroka itu memberitahu, selama ini mereka tertipu dengan janji manis yang ditabur kerajaan negeri di era pemerintahan BN.
Paling malang katanya, mereka yang datang menawarkan habuan itu adalah daripada kalangan Melayu sendiri yang kononnya membela nasib Melayu tetapi kini lepas tangan dan membiarkan peneroka terus tertindas.
Melayu tipu Melayu. Melayu guna nama nama UMNO untuk tipu Melayu!. UMNO guna nama Melayu untuk tipu Melayu. Akhirnya Melayu tertipu dengan orang-orang Melayu yang menggunakan nama UMNo dan isu-isu orang Melayu!
“Perjanjian mereka semua tak betul. Saya dijanjikan RM1 juta daripada penjualan tanah seluas 8 ekar.
“Bayaran pertama yang sepatutnya dijelaskan dalam surat perjanjian adalah RM100,000 tetapi itu pun mereka tipu dan saya hanya dibayar separuh sercara beransur-ansur,” katanya
Mengulas isu sama, waris peneroka, Kamaruddin Jantan, 62, pula berkata, isu tersebut kerap kali bangkitkan oleh mereka terutamanya selepas menyedari wujudnya penipuan.
Menurut Kamaruddin, mereka mahu jalan penyelesaian segera dan bukan hanya dengan berjanji sahaja sepertimana kebiasaan yang berlaku dalam setiap kali pilihanraya tetapi sebaik calon itu menang, mereka pun melupakan perkara yang pernah mereka janjikan itu, walaupun memenangi kerajaan persekutuan.
“Sekarang kembalinya perebutan kuasa di tampuk pemerintahan Parlimen Hulu Selangor, jadi apa yang kami mahukan hanyalah penyelesaian segera masalah kami daripada calon yang akan dipilih kelak.
“Bukan janji yang kami mahukan, tetapi kesahihan penyelesaian sebelum pilihan raya kecil (PRK) bermula. Setidak-tidaknya sebelum berakhirnya pilihanraya"
“Kalau janji selepas plihan raya, itu sudah banyak kali kami dengar dan itu semuanya tipu dimana janji hanya tinggal janji, sebaliknya masalah kami tetap menjadi bebanan buat kami anak-anak peneroka,” katanya.
Begi Isteri kepada salah seorang bekas peneroka yang telah meninggal dunia, Siti Mariam Ahmad, 68, pula berkata, beliau dinafikan hak sebagai jutawan selepas suaminya meninggal dunia akibat sikap cuai pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap mereka.
Menurutnya, kini dia terpaksa berniaga sendiri bagi menyara kehidupannya bersama dua anaknya.
“Saya berniaga kecil-kecilan dan hanya memperoleh pendapatan kurang RM400 sebulan dan ia tidak menentu kerana bergantung kepada tahap kesihatan saya.
“Saya menghidap sakit jantung dan memerlukan rawatan rutin di Hospital Selayang bersama seorang anak saya yang menghidap tekanan mental.
“Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga terpaksa saya minta bagi menampung kos rawatan bulanan kami berdua,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Sungai Buaya Barat, Akhir Diran, 58, yang juga generasi kedua felda melahirkan kekesalan dengan sikap pemimpin cuai itu yang kesan akhirnya adalah ditanggung oleh penduduk kampung berkenaan.
Menurutnya, di Sungai Buaya terdapat kira-kira 2,600 pengundi yang antara menjadi penentu penting kemenangan mana-mana calon dalam PRK kali ini.
Akhir menjelaskan, mereka sepakat mahu masalah itu diselesaikan sebelum penamaan calon bermula.
“Calon dan pemimpin sudah bersilih ganti tetapi masalah kami masih belum diselesaikan. Pelbagai janji ditabur bagi meyakinkan kami memilih mereka sebagai wakil rakyat namun kami terus tertindas.
“Justeru, pemilihan calon kali ini diharap dapat menyelesaikan masalah yang sudah bertahun membebankam kami di sini.
“Tuntutan kami supaya masalah ini diselesaikan sebelum pilihan raya dan bukannya janji selepas pilihan raya,” katanya.
PAKATAN AKAN MEMBANTU Peneroka Felda
Saturday,Zaid usaha selesai hak milik tanah peneroka Felda
Dzulfikar Mashoor |
HULU SELANGOR, 20 April: Datuk Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat petang tadi mengumumkan tiga agenda perubahan yang ingin dilaksanakan di Parlimen Hulu Selangor sekiranya dipilih ke Parlimen kelak termasuk pemilikan tanah Felda. Demi menyelesaikan masalah pemilikan tanah oleh para peneroka Felda pula, beliau bercadang mengajak kerajaan negeri bertindak campur tangan dalam menghadapi birokrasi Felda, iaitu badan berkanun di bawah Pusat. Dengan pengalaman menjadi peguam kanan bagi kerajaan sebelum ini, beliau bersedia untuk memastikan para peneroka Felda terbabit mendapat hak pemilikan tanah yang sepatutnya kelak. Selain itu, dua agenda lain menyentuh soal kepentingan anak muda dan isu keperluan air percuma setelah berbincang panjang dan dipersetujui sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. "Apa-apa pun yang nak saya laksanakan, saya perlu berbincang dulu dengan beliau (Khalid), sekiranya tidak ada sokongan kerajaan Selangor, sekiranya tidak ada sokongan rakyat, tentunya tidak berjaya," ujarnya pada sidang media yang masuk hari keempat berkempen, hari ini. Untuk memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk rakyat tempat, Zaid berkata, beliau sedia untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat supaya aktiviti ekonomi digalakkan di Hulu Selangor. Menurut beliau, dengan berbuat demikian, anak-anak muda Hulu Selangor tidak perlu lagi berhijrah keluar mencari pekerjaan sebaliknya mereka boleh bersama-sama kerajaan negeri mengubah tahap kehidupan masing-masing di samping menikmati kekayaan hasil bumi negeri Selangor sendiri. Selain itu, beliau juga berusaha mereputasi kualiti hidup rakyat di Hulu Selangor, termasuk memastikan setiap rakyat mendapat nikmat 20 meter padu air daripada kerajaan negeri secara percuma. Menurut beliau, tidak ada maknanya sebuah kerajaan negeri sekiranya kekayaan yang diperolehi dari hasil bumi Selangor tidak dinikmati oleh rakyat sendiri. Bercakap pada sidang media yang sama, Khalid menganggap Zaid mampu memberi nilai tambah pada PKR, Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan negeri sendiri. "Saya nak tegaskan bahawa pemilihan Datuk Zaid ini adalah berasaskan pelbagai nilai tambah dan peranannya akan memberi nilai tambah yang besar untuk kekuatan PKR, Pakatan dan kerajaan negeri. "Nilai tambah yang perlu dan boleh dilakukan oleh Zaid ini, beliau bukan sahaja boleh membawa isu penafian hak peneroka Felda ke Parlimen, boleh memberitahu kaedah-kaedah dan cara-cara untuk menyelesaikan isu tanah menggunakan jalan perundangan," jelasnya. Tidak cukup dengan itu, sekiranya rakyat memilih Zaid, bermakna rakyat memilih seseorang pemimpin yang bersedia menentang kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mempertahankan kebebasan bersuara dan demokrasi yang menjadi hak asasi rakyat di Dewan Rakyat kelak. Turut menyertai Zaid dan Khalid di Pusat Informasi dan Media, Kuala Kubu Baru adalah Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya. |
No comments:
Post a Comment