Saturday, August 14, 2010

KENAPA PENEROKA SEMAKIN HARI SEMAKIN MISKIN?

Sun, Aug 15, 2010
felda logo Oleh Patrick Lee
PETALING JAYA: Para peneroka mendapati diri mereka semakin hari semakin miskin.

"Untuk tempuh beberapa tahun, para peneroka hanya perlu membayar RM40 kepada Felda setiap bulan untuk tujuan penanaman semula pokok kelapa sawit," kata Pengerusi Biro Felda PKR Suhaimi Said.

"Tapi (kita dengar) pada Julai jumlah ini dinaikkan kepada RM120," katanya.

Menurut PKR, para peneroka Felda dikehendaki menyerahkan RM40 kepada Felda setiap bulan untuk tempuh beberapa tahun.

Selepas tempuh masa itu, sebanyak RM17,000 telah dikembalikan kepada para peneroka untuk mereka menanam semula pokok kelapa sawit.

PKR mendakwa para peneroka hanya menerima separuh dari jumlah itu (kira-kira RM8,000) untuk tujuan tanaman semula. Bakinya diambil oleh Felda.

Suhaimi berkata lain-lain bayaran bulan yang diwajibkan, termasuk RM60 yuran memperindah kampung, akan membebankan perbelanjaan para peneroka di seluruh negara.

Beliau juga mendakwa para peneroka menerima RM1,500 berupa pinjaman dari Felda setiap bulan atas nama pendapatan bulanan. Akibatnya, ramai peneroka berhutang dengan Felda beribu-ribu ringgit.

Suhaimi juga memberitahu FMT bahwa bayaran "duit raya" baru-baru ini kepada 112,635 peneroka bukan duit Felda, tapi wang dari poket peneroka-peneroka sendiri.

Untuk menambah buruk keadaan, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mendakwa Pengerusi Felda Mohd Yusof Noor mengambil pendapatan sebanyak RM2 juta setahun.

Suhaimi mendakwa inilah salah satu sebab kenapa para peneroka telah bosan dengan Felda.

Bercanggah dengan undang-undang
Dalam perkembangan yang berkaitan, peguam hak asasi manusia N Surendran mendakwa adalah salah dari sudut undang-undang untuk badan-badan berkanun seperti Felda mengambil tindakan undang-undang terhadap pengkritiknya.

Beliau berkata, beliau tidak pernah melihat contoh seperti ini dalam sejarah undang-undang Malaysia.  Felda mengambil sikap seperti seorang individu yang tidak berpuas hati.  Bolehkah Felda bertindak seperti ini, hanya kerana ada orang yang mengkritik mereka?

Apabila ditanya tentang saman Felda sebanyak RM200 juta terhadap PKR dan akhbarnya, Suara Keadilan, Surendran berkata, kes ini belum lagi difaikan di mahkamah.

PKR juga menafikan dakwaan bahawa seramai 766 peneroka Felda di Negeri Sembilan membayar RM500 seorang sebagai yuran guaman dalam saman mereka, juga berjumlah RM200 juta terhadap Felda.

Menjawab tuduhan yang dibuat oleh Yusof Noor, Sivarasa berkata jumlah yang betul ialah RM50 seorang.

Sivarasa juga mendakwa ada di kalangan 766 peneroka menemui para pemimpin PKR sebelum dakwaan isu Felda bankrap timbul.

"Pemimpin-pemimpin PKR juga pernah bertemu dengan para peneroka ketika pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Beliau menasihatkan Yusof Noor supaya lebih berhati-hati dengan tuduhannya dan tidak mempolitikkan isu ini.

SUMBER http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=7235

No comments:

Post a Comment