Saturday, August 14, 2010

KENAPA PENEROKA SEMAKIN HARI SEMAKIN MISKIN?

Sun, Aug 15, 2010
felda logo Oleh Patrick Lee
PETALING JAYA: Para peneroka mendapati diri mereka semakin hari semakin miskin.

"Untuk tempuh beberapa tahun, para peneroka hanya perlu membayar RM40 kepada Felda setiap bulan untuk tujuan penanaman semula pokok kelapa sawit," kata Pengerusi Biro Felda PKR Suhaimi Said.

"Tapi (kita dengar) pada Julai jumlah ini dinaikkan kepada RM120," katanya.

Menurut PKR, para peneroka Felda dikehendaki menyerahkan RM40 kepada Felda setiap bulan untuk tempuh beberapa tahun.

Selepas tempuh masa itu, sebanyak RM17,000 telah dikembalikan kepada para peneroka untuk mereka menanam semula pokok kelapa sawit.

PKR mendakwa para peneroka hanya menerima separuh dari jumlah itu (kira-kira RM8,000) untuk tujuan tanaman semula. Bakinya diambil oleh Felda.

Suhaimi berkata lain-lain bayaran bulan yang diwajibkan, termasuk RM60 yuran memperindah kampung, akan membebankan perbelanjaan para peneroka di seluruh negara.

Beliau juga mendakwa para peneroka menerima RM1,500 berupa pinjaman dari Felda setiap bulan atas nama pendapatan bulanan. Akibatnya, ramai peneroka berhutang dengan Felda beribu-ribu ringgit.

Suhaimi juga memberitahu FMT bahwa bayaran "duit raya" baru-baru ini kepada 112,635 peneroka bukan duit Felda, tapi wang dari poket peneroka-peneroka sendiri.

Untuk menambah buruk keadaan, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mendakwa Pengerusi Felda Mohd Yusof Noor mengambil pendapatan sebanyak RM2 juta setahun.

Suhaimi mendakwa inilah salah satu sebab kenapa para peneroka telah bosan dengan Felda.

Bercanggah dengan undang-undang
Dalam perkembangan yang berkaitan, peguam hak asasi manusia N Surendran mendakwa adalah salah dari sudut undang-undang untuk badan-badan berkanun seperti Felda mengambil tindakan undang-undang terhadap pengkritiknya.

Beliau berkata, beliau tidak pernah melihat contoh seperti ini dalam sejarah undang-undang Malaysia.  Felda mengambil sikap seperti seorang individu yang tidak berpuas hati.  Bolehkah Felda bertindak seperti ini, hanya kerana ada orang yang mengkritik mereka?

Apabila ditanya tentang saman Felda sebanyak RM200 juta terhadap PKR dan akhbarnya, Suara Keadilan, Surendran berkata, kes ini belum lagi difaikan di mahkamah.

PKR juga menafikan dakwaan bahawa seramai 766 peneroka Felda di Negeri Sembilan membayar RM500 seorang sebagai yuran guaman dalam saman mereka, juga berjumlah RM200 juta terhadap Felda.

Menjawab tuduhan yang dibuat oleh Yusof Noor, Sivarasa berkata jumlah yang betul ialah RM50 seorang.

Sivarasa juga mendakwa ada di kalangan 766 peneroka menemui para pemimpin PKR sebelum dakwaan isu Felda bankrap timbul.

"Pemimpin-pemimpin PKR juga pernah bertemu dengan para peneroka ketika pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Beliau menasihatkan Yusof Noor supaya lebih berhati-hati dengan tuduhannya dan tidak mempolitikkan isu ini.

SUMBER http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=7235

Sunday, August 8, 2010

UMNO /BN KINI AMAT TAKUT PENYELEWENGAN DALAM FELDA TERUS TERBONGKAR!

Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 15 Julai 2010 - Umno-Barisan Nasional berada kini dalam keadaan yang amat tertekan  apabila warga peneroka seluruh negara mula mempersoalkan ketelusan pihak pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ekoran pendedahan dakwaan penyelewengan dan salah urus tadbir oleh Suara Keadilan dan Harakah. 

Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata kebanyakan pimpinan Umno-BN di peringkat akar umbi sendiri turut gusar, kerana dibimbangi lebih banyak lagi isu berkenaan Felda akan dibongkar.

"Isu Felda kini telah menjadi isu nasional yang paling hangat. Inilah pertama kalinya dalam sejarah dimana kewibawaan pimpinan Barisan Nasional tergugat. Mereka berusaha untuk menutup isu ini, tetapi tidak boleh. 

Bila pimpinan Umno-BN diajak berdebat, mereka tidak mahu. Dari sudut lain, integriti Felda itu sendiri dipersoal," katanya.

Beliau bersama-sama peneroka Felda dari seluruh negara membuat laporan berkenaan penyelewengan Felda ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabatnya di Putrajaya pada pukul 11 pagi tadi.

"Setelah laporan polis dibuat berkenaan penyusutan rizab tunai Felda, jadi sekarang kita akan hantar laporan dan dokumen kepada SPRM, beserta dengan lampiran- lampiran tambahan berkenaan isu-isu yang berkait rapat dengan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan penyelewengan di dalam pengurusan Felda," katanya.

Mazlan menjelaskan peneroka dan generasi kedua Felda dari Kedah, Pahang dan Johor akan turut bersama-sama memberikan sokongan kepada langkah yang diambil oleh Anak. Beliau turut memaklumkan laporan susulan kepada SPRM berkenaan isu yang sama di setiap negeri akan turut dilakukan dalam masa terdekat.


Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan memaklumkan sambutan terhadap program yang dianjurkan oleh Anak di setiap tanah rancangan yang dikunjungi, mendapat sambutan yang hangat. 

Terbaru, program Anak di Felda Keratong 3, Pahang yang turut disertai oleh mantan Timbalan Menteri Tanah Dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong, dihadiri oleh ribuan warga peneroka.

Dalam pada itu, beliau bersama Anak dan masyarakat Felda akan terus menjalankan program bagi memberikan penerangan kepada rakyat Malaysia dan warga Felda berkenaan isu-isu terkini dan hak-hak peneroka, dari masa ke semasa.

PENYELEWENGAN JUAL BELI BUAH SAWIT OLEH FELDA


Felda meletakkan syarat yang ketat untuk 'greding' buah sawit peneroka. Walaupun syarat dipenuhi tetapi KPG tidak pernah melebihi 19%. Buah sawit dari luar mendapat KPG yang lebih tinggi walaupun berasal dari ladang peneroka.


Buah sawit peneroka belum diproses tetapi kilang telah menetapkan KPG buah sawit itu yang baru dihantar ke kilang dengan sewenang-wenangnya. Peneroka membuktikan melalui ujian makmal Felda bahawa buah sawit mereka berhak mendapat gred sekurang-kurangnya KPG 25%. Malah MPOB menetapkan KADAR STANDARD gred buah sawit tempatan ialah KPG 25%.

Jadi persoalannya kenapakah pihak FELDa menetapkan bahawa KPG tidak boleh melebihi 19%. Bukankah itu merupakan penipuan terhadap peneroka-peneroka felda?

 
 
PENIPUAN KILANG


Kilang mengasingkan anggaran 10 tandan sawit bagi setiap lori, KONONnya buah 'reject' tetapi TIDAK membenarkan peneroka mengambil semula. Sebaliknya buah tersebut ada yang DIJUAL SEMULA dan DIPROSES BERSAMA. Peneroka MASIH dikenakan denda dan DIKURANGKAN gred.


Setiap perbezaan 1% KPG, peneroka kerugian RM25 ke RM30. Sekiranya lapan (8) tan, peneroka kerugian sekurang-kurangnya RM1,200 setiap bulan JIKA perbezaan KPG adalah 6% (25% ditolak 19%).


Dalam kes di Felda Kemahang 3, pengurus Felda didapati BERKOMPLOT dengan pihak kilang untuk menipu peneroka. Namun, gejala ini juga didapati berleluasa di Felda seluruh negara! Peneroka yang menuntut hak mereka akan DIFITNAH, DIUGUT BUANG DARI RANCANGAN dan DITUDUH menimbulkan HURU-HARA dalam masyarakat.


Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan terpaksa menyaman Felda pada tahun 2002 lantaran keengganan agensi itu untuk berunding malah telah MENGUGUT akan MENGUSIR peneroka terbabit dari tanah rancangan sekiranya berani mendedahkan penyelewengan itu ke mahkamah.


Pada 13 Januari 2008, Mahkamah Tinggi memerintahkan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd membayar ganti rugi kepada peneroka terbabit sebanyak RM7.8 juta. Pada 19 Januari 2010, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Felda dan memerintah agensi tersebut membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3 itu.


Lantaran kejayaan tersebut, Warga Felda Prihatin telah berjaya menggerakkan gelombang kesedaran warga peneroka di beberapa kawasan Felda di Jempol, Negeri Sembilan. Pada 9 Ogos 2010 ini, sekumpulan 750 orang peneroka Felda Serting akan memfailkan saman kepada Felda atas penipuan gred buah sawit mereka. YB Sivarasa Rasiah akan mengetuai barisan peguam dalam saman ini. Saman tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban 2.


Semoga gelombang kesedaran warga peneroka tersebut akan turut membuka minda dan keberanian seluruh warga peneroka untuk menuntut hak meraka serta bersatu menghentikan penyelewengan Felda.


HARAPAN BARU UNTUK PENEROKA
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Pengerusi Persatuan Anak Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menggelarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana  Menteri, Dato' Ahmad MAslan sebagai 'penakut' kerana menolak debat terbuka isu-isu membabitkan Felda.

Telahan itu dibuat Mazlan ketika ditemui selepas sidang media bersama Ahmad Maslan di Parlimen pada 8 Julai lalu,Mazlan menyerahkan surat jemputan debat kepada Ahmad Maslan sementara Ahmad Maslan hanya mahu 'berdialog'.


Beliau bimbang, ajakan dialog tersebut hanyalah bersifat untuk menutup banyak perkara yang berlaku dalam Felda dari mata umum terutamanya peneroka Felda yang tidak mendapat maklumat mengenai kewangan badan itu secara telus.

"Seperti ada yang mahu disembunyikan. Bagi saya apa salahnya kita berdebat dan masing-masing mengemukakan hujah agar rakyat mempertimbangkannya, perlu apa takut untuk berdebat jika dia (Ahmad Maslan) rasa dia dipihak yang benar," soal Mazlan lagi.

Mazlan yang juga AJK PAS Pusat menegaskan Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno itu sebenarnya takut untuk berdepan dengan rakyat. Beliau menjelaskan, pemilihan debat dicadangkan ekoran beberapa siri dialog sebelum ini dilihat gagal menyelesaikan isu peneroka dan tidak mendatangkan hasil yang positif.

"Saya bukan nak cari publisiti kerana memilih debat, tetapi saya mahu rakyat sendiri tahu apa isu sebenar yang membabitkan Felda, isu penyelewengan, isu mengapa susutnya rizab tunai Felda, dan banyak lagi yang saya akan dedahkan.

"Saya mahu rakyat menjadi hakim. Kita mahu rakyat nilai mana yang betul mana yang salah. Dia (Ahmad Maslan) tak mahu debat tetapi memilih dialog. Ini tak selesaikan masalah, malah dialog ini dibuat biasanya tertutup, kemudian apa yang akan digambarkan dalam media akhirnya hanya suara sebelah pihak.

"Jalan terbaik adalah debat, dibuat secara langsung melalui stesen televisyen samada kerajaan mahupun swasta, kemudian khalayak Felda sebagai tetamu. Nak buat dimana sahaja saya tak kisah asalkan rakyat dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya," kata Mazlan ketika ditemui selepas sidang media.

Sementara itu Mazlan juga yakin 'ada benda yang disembunyikan' yang menyebabkan Ahmad Maslan 'enggan' berdebat secara terbuka, sebaliknya hanya mahu berdialog.

"Kalau dia tak takut, marilah berdebat, kenapa tak mahu debat?" katanya lagi.
Mazlan sebelum ini banyak mendedahkan isu membabitkan pentadbiran dan pengurusan Felda.

Beliau yang juga generasi kedua Felda memiliki pengalaman berhubung isu-isu Felda dan bersedia mendedahkan banyak lagi isu membabitkan agensi itu dalam masa terdekat.Mazlan kini dalam siri jelajahnya seluruh Malaysia bagi mengetengahkan isu-isu berkaitan Felda dan tanah.

Beliau pernah ditahan di Temerloh awal tahun ini berikutan pembabitan seriusnya dalam isu-isu membabitkan Felda, namun penahanan itu tidak menjadikan beliau gentar.

Nota: 
Simpanan tunai Felda telah menurun daripaada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion tahun lalu.

Bagaimanapun kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan wujud elemen penyalahgunaan dana Felda dan tidak pernah bankrap sebagaimana didakwa Pakatan Rakyat.


PEMUDA PAS TUBUH LAJNAH FELDA UNTUK MEMBANTU PENEROKA FELDA

July 10, 2010
KUALA LUMPUR, 10 Julai — Dewan Pemuda PAS pusat menubuhkan biro baru — Lajnah Felda — dilihat sebagai langkah memikat sokongan generasi muda di kawasan pembangunan perladangan itu menjelang pilihan raya umum ke-13. 
Sayap PAS itu memutuskan perkara itu pada mesyuarat bulannya hari ini bagi membantu peneroka Felda dan generasi keduanya ekoran isu-isu terbaru sejak kebelakangan ini khusunya berkaitan dengan masalah kewangan.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abdul Rani pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan mereka di sini hari ini.

“Lajnah ini adalah merupakan satu keperluan dalam usaha membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan peneroka dan anak-anak mereka yang mana selama ini pihak Barisan Nasional (BN) tidak memberikan bantuan secukupnya kepada para peneroka untuk mendapatkan  penyelesaian  secara menyeluruh dalam mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh para peneroka. kalau adapun bantuan dari pihak UMNO/BN hanyalah sekadar melepaskan batuk ditanggan bukan untuk menyelesaikannya” katanya.

“Tidak semua yang mendapatkan faedah, cuma yang terpilih sahaja,” kata beliau.

Beliau berkata peneroka-peneroka Felda sebenarnya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada BN sejak lima dekad lalu, walaupun pengundi di Felda menjadi sandaran atau talian hayat kemenangan UMNO/BN selama ini.

Kata beliau lajnah itu akan bergandingan dengan Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) yang diketuai oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Mazlan Ahmad.

“Kami akan bekerjasama dengan Anak yang sudah lama memperjuangkan isu-isu Felda,” katanya.

PENEROKA FELDA SERTING AKAN MEMFAILKAN SAMAN PENIPUAN PEMBELIAN BUAH SAWAIT PADA 9 OGOS 2010 INI DI MAHKAMAH TINGGI SEREMBAN.

Seramai lebih 700 peneroka felda Serting akan memfailkan saman terhadap felda kerana kes penipuan pembelian buah sawit peneroka, pada 9 Ogos 2010 ini di Mahkamah Tinggi Seremban.

Khabarnya, setiap peneroka bakal membuat tuntutan sebanyak RM120,000.00 kerana kerugian akibat penipuan tersebut. Itu pun mereka hanya dibenarkan oleh undang-undang untuk tuntut 6 tahun kebelakang. sedangkan penipuan ini dikatakan berlaku sejak lebih 15 tahun dahulu. Jumlah tuntutan dikatakan hampir mencecah RM100 juta. Ketika memfailkan saman ini setiap peneroka hanya membayar RM50 seorang bagi kos guaman. Kira kalau menang mereka akan dapat durian runtuh la ni.

Lihatlah berapa banyak setiap peneroka itu mengalami kerugian dalam masa 15 tahun itu. Bukankah jumlahnya RM300,000.00 bagi setiap peneroka? wow banyaknya!  Bandingkan dengan apa yang kerajaan pimpinan UMNo berikan kepada peneroka dalamasa 15 tahun itu untuk terus mendapatkan undi dari peneroka-peneroka bagi terus MENDAPATKAN KUASA UNTUK TERUS MENIPU DAN TERUS MENIPU PENEROKA-PENEROKA FELDA.

Cuba bayangkan anda mempunyai sejumlah wang itu, yang semeamngnya hak anda pun, kemudian kerajaan melalui FELDA mengambil duit itu dari anda. Sudikah nda memberikan sebanyak itu kepada kerajaan melalui FELDA? tetapi apa nak buat, anda hanya berhak membuat tuntutan dalam tempoh 6 tahun terakhir sahaja. Jadi sudikah anda mengizinkan kerajaan memilikki wang anda yang bernilai RM180,000.00 itu tanpa sebarang protes? sudikah anda menyokong calun-calaun BN lagi dalam pilihanraya yang akan datang nanti? sudikah? atau anda juga akan turut sama-sama bangkit menentang kezaaliman yang dilakuakn oleh kerajaan BN dibawah pimpinan UMNO itu?

Ni kira kes macam di Felda Kemahang 3, Tanah Merah kelantan,  dimana  pihak peneroka telahpun memenangi kes saman itu dan felda  telah pun diperintahkan untuk membayar lebih dari RM11 juta. Di Johor pun ada peneroka yang dah fail saman yang hampir sama. Berpandukan fakta dan bukti yang sama... kemenangan memang berpihak kepada peneroka.

Kalau peneroka2 seluruh negara yang tertindas selama ini pakat tuntut saman... maka felda akan benar2 jadi muflis. tapi bagusnya... peneroka -PENEROKA pulak yang akan jadi kaya raya. pilihan ditangan anda. Tetapi seklranya UMNO/Bn masih lagi memenagi pilihanraya umum yang akan datang nanti, jangan haraplah  peneroka-peneroka akan dapat apa-apa.

PILIHAN DITANGAN ANDA. UNDI DITANGAN ANDA.


Monday, August 2, 2010

KAH. KAH KAH, AGENSI KERAJAAN KENA BAYAR CUKAI? LUCU BETUL LA, SEBABNYA SEBELUM INI TAK PERNAH PUN ADA AGENSI KERAJAAN YANG KENA BAYAR CUKAI!

SHAH ALAM 31 Julai - Pakar Perlembagaan, Dr Samarudin Rejab menganggap pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada 26 Julai lalu bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membayar cukai sebanyak RM1.303 bilion sebagai tidak munasabah kerana Felda adalah agensi milik kerajaan dan tidak perlu membayar cukai pendapatan.

Justeru itu beliau mempersoalkan kesahihan pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada 26 Julai lalu itu

Menurut Ahmad, pembayaran cukai pendapatan oleh Felda adalah untuk tempoh empat tahun iaitu sebanyak RM314.96 juta untuk, RM205.99 juta bagi 2005, RM151.94 juta bagi 2006 dan pada tahun 2007 sebanyak RM186.55 juta.

"Takkanlah sebuah badan yang sudahpun menjadi sebahagian daripada struktur kerajaan membayar cukai kembali kepada kerajaan? Saya rasakan itu tidak munasabah langsung," kata beliau dalam satu temubual dengan Suara Keadilan.

Tambah beliau, Felda merupakan satu badan kerajaan dan bukannya syarikat swasta ataupun syarikat berhad bagi memerlukannya diiktiraf sebagai entiti  membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sehubungan itu Dr Samarudin mempertahankan artikel Suara Keadilan bertjuk 'Felda Bankrap" yang menjadi begitu kontroversi sehingga menggamit tindakan gantirugi sebanyak RM200 juta daripada agensi tersebut.

"Yang menjadi pertikaian dan topik perbahasan ialah Felda itu sendiri, bukan anak syarikat Felda yang telahpun dikorporatkan seperti Felda Global Ventures Holdings dan sebagainya.

"Dalam kes ini syarikat berkait kerajaan seperti anak syarikat Felda yang berjumlah kira-kira 40 buah perlu membayar cukai pendapatan tetapi Felda yang merupakan satu agensi yang berada terus di bawah kerajaan tidak diperlukan untuk membayar cukai.

"Cukai tersebut mungkin daripada anak syarikat yang begitu banyak, maka tidak hairanlah jika dijumlahkan boleh mencapai jumlah mencecah ribuan juta ringgit," tegas beliau lagi.

Komen: Nampaknya kita kena minta nombor pendaftaran cukai pendapatan yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri tu! Dapat tak Datuk Ahmad Maslan memberikan nombor pendaftaran Felda sebagai agensi kerajaan yang dikenakan cukai.

Sunday, July 18, 2010

Isnin, 2010 Julai 05

Felda Bankrap : UMNO kelentong Melayu giler babi!



Beberapa hari yang lalu di katakan berarak seramai 200 warga felda yang "menyamar" ataupun yang datang dari myanmar.LSS ada pergi melihat wajah - wajah mereka yangmembakar akhbar bnerkenaan di depan pejabat suara keadilan di depan Stadium Shah Alam.Wajah mereka LSS amati satu - persatu.Tertanya juga dalam hati benarkah mereka Warga Felda???

LSS di lahirkan dalam "tanah rancangan" iaitu nama asal yang di sebut oleh warga Felda kepada tempat tinggal bagi warga - warga felda .Oleh itu tak payah nak "kencinglah" yang LSS tak boleh mengenal yang mana satu warga felda yanga mana satu bukan dan yang mana satu wajah yang pernah mengerjakan tanah rancangan.




Itu belum LSS soal - siasat mereka berkenaan tentang felda lagi memang dah konpom tergagap - gagap nak jawab.Tapi apa yang LSS nampak di sini rata - rata beruk afrika yang berdemo di depan pejabat suara keadilan beberapa minggu yang lalu buakan lah warga felda tetapi geng United MuNkEeE yang di upah dengan nasi bungkus dan beberapa keping wang.

Disni LSS nak nyatakan dan menegaskan andai Felda melingkup sekalipun, apa ada kena mengena dengan warga felda????



Kalau nak di bongkar segala kelentong - kelentong felda dari dulu sampai sekarang dan segala macam onar yang dah di lakukan kepada memang tak terhitung le jawabnya.Itu belum campur dengan kes pengurusan ladang yang di jalankan secara sambil - lewa oleh pengurusan felda dan mengakibatkan felda kini terpaksa "menyerah semula" pengurusan ladang kepada warga felda semula.

Dan kerja -kerja membaja,mengutip dan memetik buah terpaksa di pikul oleh warga felda sendiri.LSS sendiri menyaksikan pengurusan felda pernah mencampakkan semua baja - baja untuk ladang kelapa sawit ke dalam sebuah paya.Ini semua adalah kerana sikap kerja "sambil - lewa" pengurusan felda.

Akhirnya warga felda mengamuk di pejabat felda dan mengadu yang mana pengurus bersama orang - orang suruhan sering mencuri buah kelapa sawit milik warga felda.

Bulan itu sahaja malah beberapa bulan yang lalu ayah LSS telah pergi menemui ilahi maka dengan itu felda telah berjanji untuk memberikan kepada keluarga kami sebanyak RM13000.00 sebagai wang khairat kematian.Tetapi RM3000.00 telah dibayar semasa jenazah di uruskan.

Dan tak lama selepas itu felda mengadakan satu lagi mesyuarat bersama warga felda tanpa penglibatan warga felda "generasi kedua" supaya mudah pegawai felda mahu menipu warga - warga emas felda ini .Mesyuarat ini bertujuan untuk memutuskan bahawa wang khairat kematian yang selama ini di peruntukkan sebanyak RM1300.00 telah di kurang sebanyak RM7000.00.

Oleh kerana mesyuarat ini di buat tanpa mendapat persetujuan dari warga felda "generasi ke - 2" maka berduyun - duyun lah warga felda kembali semula ke pejabat felda dengan membawa segala macam senjata seperti parang dan sabit. Selama ini warga tanah rancangan telah banyak makan hati dengan felda oleh itu andai felda bankrap maka seluruh warga tanah rancangan akan bergumbira dengan berita ini.

kerana apa???

1.pengurusan ladang dan hasil bersih dan kasar boleh di congak dan di nikmati oleh warga felda sendiri.

2.Warga felda tak perlu lagi menunggu pegawai felda untuk memutuskan apa - apa lagi keputusan berhubung dengan pembangunan tanah rancangan.

3.segala utiliti felda boleh di beban kan kepada persatuan anak - anak felda tanpa bergantung kepada pemerhatian felda lagi.

4.warga felda boleh menjual hasil getah tak kira latexs ataupun sekerap kepada sesiapa sahaja yang mereka mahu dan buat apa mahu bimbang dengan pemerhatian felda.

Oleh itu apa yang LSS nak tegaskan di sini segala apa yang berlaku berhubung dengan artikel suara keadilan langsung tak akan memberi sedikit pun impak kepada warga felda.sedikit pun warga felda tak rasa terhina malah kami akan adakan kenduri kesyukuran dan membakar bunga api bagi meraikan mampus nya sebuah perbadanan yang selama ini hanya tahu menipu warga - warga "tanah rancangan" kerana ini semua hanya lah kelentong - kelentong yang di lakuakn oleh MNO dan barisan nasional semata - mata untuk melindungi kelemahan - kelemahan mereka selama ini.

kelemahan - kelemahan mereka menguruskan felda telah pun terbongkar. banyak anak syarikat felda yang telah mereka gadai kepada towkey asing oleh itu ke6rana mahu menutup kelemahan mereka maka orang - orang UMNO yang datang tah dari bahagian mana di gunakan untuk meng"kelentong orang melayu dan mengatakan mereka ini adalah warga felda.

sedangkan setiap wajah yang LSS perhatikan tak ada satu pun dari mereka yang menampakkan alis wajah yang pernah menumpahkan keringat untuk memegang "chop" kelapa sawit ataupun kedut - kedut lengan kesan dari menggenggam pisau getah.

Friday, June 25, 2010

Felda oh Felda

Felda amat agung namanya. Inilah kesan daripada trajedi penjarahan berdarah selama 14 hari oleh Komunis, dihimpun strategi oleh Sir Harold Briggs. Rancangan Briggs mengadakan Kampung-kampung Baru untuk mengekang kebergantungan gerila komunis di hutan. Maka, dilonggok ketumbukan kampung yang bertindak sebagai pembekal kepada Komunis, atau nama glamournya Min Yuen. Inilah gerakan bawah tanah dan saraf komunis. Hari ini, kekuatan mereka masih belum diketahui dan dianalisa? Apakah lesen senjata api yang dipohon melalui Jabatan Ikatan Relawan Malaysia mengHALALkan proses pemilikan senjata api di Kampung-kampung Baru?

FELDA merupakan rentetan kepada pengalaman Almarhum Tun Razak kepada Briggs Plan. Model yang sama, cumanya kepentingannya berbeza. Selepas trajedi 13 Mei 1969, maka, Dasar Ekonomi Baru dibentang pada 1972. Semasa inilah FELDA tertua di tanahair iaitu Lembah Bilut dilahirkan. Banyak tragedi hitam putih dialami oleh peneroka generasi pertama. Kisah diserang komunis, dibaham harimau, dipatuk ular, diserang gajah liar, lawatan babi hutan, beruang khatulistiwa, jumpa mawas gergasi, jumpa bigfoot dan memacam lagi, pelbagai kisah yang boleh di sejarah oleh peneroka-peneroka Generasi Pertama yang merintis Rancangan-rancangan FELDA.

Hari ini setelah lebih 40 tahun, FELDA dikelas sebagai Aset Negara paling berjaya dalam industri pertanian dan komoditi. FELDA dipercayai memiliki aset bernilai RM 16 billion, yang secara amnya milik Negara. Harta aset cair milik peneroka mungkin sekitar 10%, manakala untuk kemudahan pengurusan FELDA dan anak-anak syarikatnya sekitar 1%.

FELDA sedang dilanggar badai oleh orientalis yang cuba memesong jatidiri dan iltizam FELDA. Pak Sedaro fikir ado eloknya, FELDA diteropong secara kritikal dan negatif, kerana lewat hari ini, pengurusan atasan FELDA seperti "kacang lupakan kulit", "harapkan pagar, pagar makan pagi", "lembu punya susu, sapi dapat nama". Mereka bongkak dan bakhil dengan harta milik negara. Mereka menuntut pelbagai, sehingga ada urusan yang merugikan FELDA dibuat pelbagai "cover-up".

Hari ini,ramai Pegawai Serata FELDA yang dipantau dari Putrajaya oleh Ahmad Maslan dan Ketua Urusetia Hasanuddin, tidak melaksana tugas dengan berintegriti. Mereka amalkan dasar pecah perintah, diskriminasi berasaskan pilihan tekak sendiri, nepotisme dalam tugasan hakiki, mencetuskan perbalahan antara pergerakan belia FELDA dengan generasi veteran FELDA, menjadi "da'i" fitnah yang akhirnya mencetus permusuhan tidak berbaloi. Ini antara kebejatan sosial yang boleh dikategori sebagai FELDA BANKRAP. Felda hari ini bankrap daripada segi integriti kepegawaian, nilai Aspirasi 1 Malaysia ibarat menanam tebu di bibir, peneroka FELDA tidak dipantau dengan bil-hikmah, pelbagai program sosial dan nilai tambah dilaksana "melepas batuk di tangga", "melepas anjing tersepit", akhirnya "ibarat anjing menyalak bukit".

Di tambah dengan kisah program di MRSM Trolak, CSR Rebung 2010. FELDA langsung tidak mahu membantu agensi paling bungsu Jabatan Perdana Menteri, iaitu Institut Integriti Malaysia. FELDA pandang sebelah mata pun tidak. Sedarkah kalian di FELDA bahawa CSR Rebung 2010 ialah program MRSM Se Malaysia. Yang hadir ialah anak-anak keturunan Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Pribumi Sabah. Mereka ini dahaga akan kasih sayang, diangkat MRSM Felda Trolak sebagai venue, kerana kedudukan dan fasiliti yang dicop hebat. Tapi tiada langsung nilai pengorbanan material yang disambut oleh FELDA. MRSM Felda Trolak diziarah oleh 13 perwira negara yang berjuang bermatian darah dan hilang anggota kerana komunisme daripada Pegawai dan Anggota Veteran Komando VAT 69, PDRM. Tapi FELDA melihat CSR Rebung 2010 sebagai program picisan, tidak penting dan tidak glamour sifatnya. FELDA kini sedang dilanda bala yang diminta oleh mereka sendiri, mereka mencipta bala yang dipacu dan diacuan oleh mereka sendiri.

FELDA kena jelas dalam mengurus kemelut dan polemik. Jika harta mereka bernilai RM 1 trillion sekalipun, kiaranya mereka mengabaikan kesetianegaraan dan nilai bil-hikmah, maka, FELDA akan jahanam. Hari ini, banyak perkara yang dirundung oleh FELDA sejak 20 tahun lalu makin menjadi-jadi.

Buatlah "head count", berapa ramai kalangan pegawai FELDA yang mentekedarah duit FELDA untuk perut, anak, bini dan keturunan yang hilang sifat syukurnya dan membalas budi kepada FELDA dan Kerajaan Malaysia? berapa ramai kalangan anak-anak peneroka FELDA yang memberi jiwa, jasad dan roh kekayaan mereka kepada FELDA dan membina beberapa intrumen kepentingan bersama FELDA? Misalnya YAYASAN BAKTI FELDA "khas untuk tabung pengajian tinggi", DANA USAHAWAN BARU FELDA "khas untuk lipat ganda keusahawanan Felda", KAMPUNG FELDA TRADISIONAL "sebagai projek inap desa - homestay", MUZIUM FELDA MALAYSIA, SEKOLAH BERASRAMA PENUH KHAS atas nama MAKTAB TUN DR. MAHATHIR [mengadakan pengajian dengan elemen ATM, Sains, Tahfiz], YAYASAN CSR FELDA "khas untuk program kebajikan dan sosial serta latihan pengkayaan modal insan" dan sebagainya.

Inilah yang wajar dilihat sebagai Modeling Ekonomi Baru FELDA menjengah alaf. FELDA mesti ada kompetensi New Economic Model sendiri, Pengurusan FELDA yang makan harta kekayaan atas nama politik dan retorik, BOLEH KELUAR BARIS dan TIDAK PERLU LEBIH LAMA MENJAHANAM FELDA.

Felda ialah urat nadi rakyat Raja, Felda ialah denyut jantung bangsa Malaysia, Felda ialah helang yang wajib terbang tinggi dan bisa menyambar mangsa.

Felda bukan milik Najib Tun Razak, bukan milik Ahmad Maslan, bukan milik Yusuf Noor. Felda ialah hak negara, hak rakyat Raja, hak penerus dan pewaris tanahair ini.

Felda tidak boleh kecundang, kerana negara baru merdeka 53 tahun. Felda tidak boleh dijahanam oleh tembolok, tekak, perut yang membusung dek rakus dan haloba duniawi. Felda ialah Mercu Bangsa Malaysia.

Pak Sedaro berdoa agar FELDA menjadi sejarah Bangsa Merdeka dan Berdaulat. Bumi di pijak, milik KITO. 
 
 

FELDA OH FELDA

Hj Saad bin Jamaluddin dari Felda Bera telah diberitahu oleh pihak penganjur bahawa 10,000 orang akan berhimpun hari ini.Beliau tiba di Kuala Lumpur bersama sama peneroka lain dari kawasan Keratong dengan menaiki dua bas yng disewa khas.Ketika sesi temuramah, kurang daripada 100 orang sahaja yang kelihatan.


Menurut Hj Saad, tujuan mereka turun ke Kuala Lumpur ialah untuk menyerah memorandum kepada Suhakam bagi mengadu mengenai tuntutan mereka kepada Felda. Menurut beliau Felda telah memotong gaji mereka selama 15 tahun bagi tujuan tanaman semula. Jumlah terkumpul telah mencecah RM17,000.

Saya difahamkn Felda meletakkan berbagai syarat bagi mereka mengeluarkan wang tanaman semula tersebut. Antara nya ialah kawasan kebun hendak lah di bersihkan terus dari pokok2 lama. Hanya separuh sahaja wang yang dapat diguna oleh peneroka sementara yang separuh lagi akan diuruskan oleh pihak Felda bagi membeli baja dan sebagainya bagi tujuan tanaman semula.

Mazlan Aliman pengerusi Persatuan Anak Felda (ANAK). Beliau yang berasal dari Johor merupakan calun PAS bagi Parlimen Bera, Pahang pada PRU 12 yang lalu . Beliau tewas kepada Ismail Sabri calun BN. 






  

Siapa Yang Untung, Synergy Drive? Felda? Peneroka?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:09 pm by Ketua Perusuh
Dalam tempoh kempen untuk pilihanraya umum ke-12 kali ini, kita dapat lihat beberapa insentif telah dijanjikan kepada semua peneroka Felda. 

Nilai insentif yang dijanjikan ini menjangkau nilai ratusan juta ringgit. Malah boleh dikatakan rupa-rupanya memang banyak lagi wang yang boleh disalurkan kepada semua peneroka Felda yang rata-ratanya berbangsa Melayu (kebanyakannya berada di paras kemiskinan).

Ramai peneroka Felda yang berhutang dengan Felda melalui kedai-kedai yang dibangunkan didalam Felda (kedai runcit) dan sebagainya. 

Malah ada yang berhutang setelah potongan pendapatan dari hasil kutipan buah kelapa sawit tidak dapat menampung kos sara hidup serta kos pembayaran balik pelbagai caj dari Felda.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Felda hanya membayar kepada peneroka sekitar harga RM650 bagi satu metrik tan buah kelapa sawit yang belum diproses. 

Mengikut perkadaran biasa nilai ini boleh dikatakan amat rendah dan peneroka terpaksa menerima kadar ini kerana mereka wajib menjualkannya kepada Felda. 

Pengurusan Felda pula kadang kala memotong lagi kadar tersebut jika sekiranya terdapat buah muda ataupun sampah termasuk sekali dalam setiap “load” yang dihantar.

Namun apa yang ramai tidak tahu adalah nilai CPO (Crude Palm Oil) atau lebih dikenali sebagai MSM (Minyak Sawit Mentah) adalah amat tinggi dipasaran dunia. 

Ini kerana permintaan Minya Sawit Mentah yang begitu mantap dipasaran dunia. Malaysia menguasai 30% daripada jumlah pengeluaran MSM ini dipasaran dunia dan disaingi dengan dekat oleh Indonesia. 

Pada awal Januari 2007, harga CPO/MSM ini berada pada sekitar RM1900 dan kini ianya melonjak kepada paras RM4500 (Februari 2008). Sila rujuk pada laman web www.PalmOil.com


Ini menyebabkan beberapa senario berlaku seperti yang akan saya faktakan dibawah ini;

1. Harga Minyak Masak (Kelapa Sawit) Bertapis adalah pada nilai RM2600 satu metrik tan (terkawal) dan Harga Minyak Sawit Mentah (pada masa tesebut) adalah berada pada nilai RM3450. 

Secara rasionalnya semestinya para pengeluar minyak sawit lebih suka menjual yang mentah kerana ianya bernilai lebih tinggi daripada yang telah diproses. 

Ini secara langsung menyebabkan berlakunya kekurangan minyak masak (kelapa sawit) dipasaran pada awal Januari 2008. Kekurangan tersebut bukanlah disebabkan oleh kegiatan penyeludupan seperti yang dihebohkan oleh media massa (TV1, TV2, TV3, TV7, TV9 dan akhbar harian tempatan).


2. Harga Minyak Sawit Mentah ini menyebabkan industri biodiesel amat tergugat dimana kos untuk mengeluarkan biodiesel berasaskan MSM menjadi teramat tinggi malah melebihi dari harga untuk mengeluarkan bahan bakar dari ekstrak petroleum.


3. Walaupun Malaysia menguasai 30% pasaran Minyak Sawit Mentah di dunia dan Indonesia berada dibelakang Malaysia dari segi peratusan, namun sebenarnya pengeluar di Indonesia tersebut adalah berada dibawah tangan (kuasa) Malaysia. 


Melalui beberapa sayap pelaburan Malaysia di Indonesia (Guthrie, Sime Darby, Tabung Haji Plantation dan lain-lain lagi) maka sebenarnya Malaysia menguasai hampir 60% hasil pengeluaran Indonesia. 

Ini bermakna pada asasnya Malaysia menguasai lebih dari 30% pasaran MSM dunia. Ianya secara otomatisnya menyebabkan Malaysia boleh mengawal “Supply” dan “Demand” serta harga pasaran MSM dunia.


Disebalik semua ini ada satu gagasan besar yang mengawal semua pasaran MSM di dunia yang kini ramai pihak di Malaysia baru sedar akan kuasanya. Ianya adalah Synergy Drive

Dengan penggabungan beberapa konglomerat GLC dalam bidang perladangan dibawah satu kuasa (Synergy Drive) maka pasaran MSM dunia menjadi gawat sekitar bulan Mei 2007 dimana harga MSM dunia berada pada paras RM2400 satu metrik tan. 

Harga ini berlaku bilamana “rumours” berlaku pada pasaran yang Synergy Drive telah mendapat lampu hijau untuk memulakan penggabungan. Disebabkan ini harga minyak MSM menjadi terlampau tinggi.

Namun harga bagi para peneroka masih lagi ditakuk lama dan tidak banyak berubah walaupun harga CPO/MSM menjadi terlampau tinggi.

Oleh itu siapakah yang untung disini sebenarnya? Adakah Peneroka yang akan mendapat laba yang besar atau Felda pula yang mendapat manfaatnya? Yang pasti Synergy Drivelah yang mendapat laba yang terlalu besar. 

Oleh itu siapakah disebalik Synergu Drive. Tentu anda ingat bahawa adik Najib Razak yang menjadi kuasa disebalik Synergy Drive.

Namun jangan pula anda terkejut jika saya katakan bahawa Synergy Drive bakal dialihkan kepada satu proksi yang lain yang dikawal secara terus melalui satu proksi di Hong Kong dan Australia yang akhirnya jika kita rajin menyiasatnya pasti kita akan dapat jumpa “link” yang diperlukan di Singapura.

Apa yang kita perlukan kini adalah seorang lagi akauntan yang rajin dan bersih serta amanah seperti Al-Marhum Saudara Jalil Ibrahim (akauntan Bumiputera Malaysia Finance @ BMF) yang mati terbunuh ketika menyiasat kes wang lesap melibatkan kumpulan Carrian di Hong Kong pada sekitar tahun 80′an dahulu.

Kisah siapa disebalik siapa ini akan saya dedahkan diepisod akan datang namun yang utama ketika ini adalah kenapa peneroka Felda tidak mendapat laba yang besar sedangkan harga CPO/MSM adalah amat tinggi sekarang ini. Sepatutnya bukan ratusan juta yang Felda wajar beri kepada semua peneroka namun nilainya mesti lebih dari bilion RM.

Jangan biarkan semua wang yang sepatutnya peneroka Felda dapat hilang ditelan oleh “Malaon” dalam pentadbiran Felda dan Kerajaan Malaysia. 

Para peneroka patut tegas dalam perkara ini dan menuntut keadilan dalam hak mereka. Lagi lama peneroka Felda digula-gulakan, lagi banyak “Malaon” ini mengaut keuntungan dan seterusnya “Malaon” ini sanggup pula menjualkan kepentingan kepada Singapura (melalui Proksinya Khairy Jamaluddin).

Quantcast


Felda yang menjadi ‘anak emas’ Najib besar kepala sekarang. Duit Peneroka pun mereka nak sapu. Inikah yang dinamakan tradisi membela rakyat! Betullah kata Mazlan Aliman, Felda dulu Tolong, sekarang Along.
Felda Gagal Bayar RM17,000 Kepada Peneroka
Oleh Roziyah Mahamad
KUALA LUMPUR : Felda dilaporkan masih gagal membayar kembali wang daripada Tabung Tanam Semula kepada 25,000 orang peneroka Felda yang berjumlah RM17,000 bagi setiap peneroka.

Seramai 25000 orang peneroka Felda telah memilih untuk menanam secara bersendirian dan tidak melalui Felda atau anak syarikat felda., Syarikat Felda Technoplant.

“Peneroka tersebut telah mencarum kepada Tabung Tanam Semula dan wang daripada Tabung itu yang terkumpul untuk setiap peneroka adalah RM17,000. Wang itu adalah caruman peneroka dan bukan wang Felda. Tetapi apabila peneroka menjalankan tanaman secara bersendirian, Felda enggan mengembalikan wang mereka,” jelas Prsiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Ali Man kepada erapakatan.

Mazlan berkata, beliau akan menggunakan medan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor akan datang untuk menuntut agar wang yang selama ini menjadi hak peneroka. Pilihanraya kecil itu akan menjadi peluang kepada ANAK untuk menuntut hak yang selama ini dipinggirkan oleh kerajaan.

Thursday, 18 March 2010

Soalan Jawab Parlimen -FELDA-

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya minta laluan sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh berkenaan isu FELDA. Seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau semalam di mana kita semua sama-sama mendengar Yang Berhormat Kuala Krau mengatakan bagaimana seorang pemimpin PAS pusat iaitu Mazlan Aliman yang juga merupakan Pengerusi kepada NGO anak ataupun generasi kedua FELDA dikatakan telah meracuni dan mempengaruhi anak-anak peneroka FELDA ataupun generasi kedua FELDA untuk membenci kerajaan melalui ceramah-ceramah dan juga buku yang diterbitkan iaitu ‘FELDA Dulu Tolong Sekarang Ah Long’. Jadi saya ingin bertanya Yang Berhormat Permatang Pauh adakah generasi kedua FELDA ini begitu kurang cerdik sehingga boleh dipengaruhi oleh seorang aktivis dan juga sebuah buku ataupun memang sebenarnya mereka menyedari kepincangan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh pengurusan FELDA ke atas mereka.

Minta penjelasan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ini memang kalau wakil-wakil rakyat UMNO apabila berucap biar rakyat itu sedar sedikit semua dihasut. Kalau mahasiswa sedar sedikit ini semua dihasut. Dia dulu tidak apa sekarang semua kena hasut. 
 
 
Bagilah ruang sedikit, takkanlah rakyat FELDA generasi kedua ini ada peguam, ada akauntan yang cukup terlatih, dia hendak suarakan hak dan kepentingan tidak terbela, pengkorporatan untuk memperkaya beberapa kerat. Berilah ruang apa salahnya. 
 
Takkan semua orang kalau beda pendapat penghasut belaka. Jadi sebab itu saya sebut di sini FELDA kerana memang panjang dibicarakan. Baik disentuh di dalam titah Tuanku dan juga oleh pencadang usul dari Kuala Krau. Syarikat untung berbilion ringgit. 
 
Tujuannya ialah menjamin keselesaan hidup. Pemantauan tentang perjalanan syarikat tidak ada kerana ini satu korporat entiti dan dia buat belanja banyak mana sekali pun. Tidak ada pertanggungjawaban dari sudut ini terutama bagi kepentingan peneroka. Saya tahu juga bukan semua wakil rakyat UMNO yang bersetuju dengan cadangan ini kerana saya tahu dalam dialog mereka ada yang melahirkan rasa kesal kerana tidak ada kesediaan FELDA untuk membawa rombakan sedikit.

Tanam sendiri umpamanya, wang caruman peneroka di dalam tabung tanam semula RM17,000. Apa yang ditimbulkan masalah ini ialah halangan bagi yang sedia dan mendapatkan beberapa kemudahan sendiri dan juga apabila ada usaha menanam persendirian mereka dibayar hanya RM7,000 dari wang yang mereka carum di tabung tanam semula.
 
Jadi ada diskriminasi. Akan tetapi kalau FELDA yang mengendalikan, pulangan yang lebih baik, itu dapat kita mempertahankan. Dalam kes ini seperti mana fakta sendiri yang saya dapat di beberapa kawasan di Negeri Sembilan, peneroka yang tanam sendiri itu pulangannya lebih menggalakkan, lebih baik. Jadi patut kita beri kesempatan.

Saya masih ingat dan saya memang ucap terima kasih kerana orang-orang miskin di Pulau Pinang dahulu baru merdeka apabila buka rancangan tanah ramai berhijrah ke Pahang dan sedikit ke Negeri Sembilan. 
 
Akan tetapi sekarang generasi kedua dia sudah anak Pahang, masuk ke generasi ketiga tetapi tidak boleh dilayan dengan mengetepikan perjanjian asal antara peneroka dan FELDA kerana apabila mereka berjaya, FELDA akan mengesyorkan kepada kerajaan negeri supaya dikeluarkan geran tanah.


Saya ke Jerantut baru-baru ini ada yang sudah sepuluh tahun selesai bayar tetapi geran tanah tidak diberikan. Sepuluh tahun selesai bayar semua hutang, langsai hutang tetapi geran tanah tidak diberikan dengan alasan, oh kalau diberi geran tanah akan dijual. Itu hak dia. 
 
Kalau kita hendak menjaga kepentingan dia harus ada satu cara atau kaedah untuk mengawal kepentingan supaya tidak ditipu ataupun menjadi mangsa kepada syarikat-syarikat persendirian yang lain. Jadi sebab itu apabila mereka mengenakan peraturan baru menekan peneroka menandatangani perjanjian baru dan di dalam perjanjian baru itu peneroka menyerahkan tanah ladang mereka kepada FELDA dan mereka tidak dibenarkan menanam semula secara persendirian lagi. 
 
Tekanan ini tidak adil. Pulangan dia buat sendiri lebih baik dari paksa buat perjanjian baru, kerana dia tidak ada modal dan ini keadaannya. Hantaran buah sawit pun begitu juga. Peneroka dikenakan tahanan sehingga 20% dari pendapatan dari setiap hantaran. Ini terlalu tinggi. Mana dia Menteri berkenaan, mana dia Pengerusi FELDA?
 
Dia bercakap bagi pihak korporat atau bagi pihak peneroka? Kalau bagi pihak peneroka dia patut sekurang kurangnya dengar. Adakah adil potongan itu 20% dalam keadaan dengan keuntungan berbilion-bilion ringgit oleh syarikat FELDA. Detail nya memang dia tahu. 
 
 
Masalah perahan pun begitu juga. Tidak kurang perahan 22% kerana buah mengkal dan muda sudah ditolak tetapi hampir keseluruhan peneroka hanya mendapat perahan hingga ke tahap 19% sahaja. Setiap peneroka kehilangan tidak kurang daripada 3% sehingga 5%. 
 
Kemudian tentulah isu perwarisan yang dibangkitkan dan ini isu besar kerana timbul apabila peneroka asal meninggal dunia, isteri atau anak yang tertua mungkin diletakkan sebagai pemilik dan empat atau lima orang anak yang lain tidak dibenarkan memiliki tanah itu. Ini dikatakan supaya jangan ada masalah fragmentation. Akan tetapi, negara dengan sistem yang canggih ini boleh menyelesaikan masalah ini. 
 
Jangan mengetepikan hak anak-anak yang lain. Selain daripada itu, tentulah ada masalah generasi kedua. Generasi kedua ini disebut masalah sosial, masalah dadah dan sebagainya. Mengapa tidak ada penekanan menjamin mutu pendidikan lebih baik, gerakan dakwah yang lebih berkesan, sistem sosial dan jaringan golongan muda yang lebih baik? Ini harus ditangani kerana ini satu gejala sosial buruk yang merebak di kawasan FELDA yang harus ditangani dengan baik.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Masuk ke Dewan]

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya hendak tunggu Yang Berhormat Sri Gading. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kerana ruang diberikan untuk saya menyampaikan Ucapan Menjunjung Kasih Atas Titah Yang di-Pertuan Agong.
 
Saya rumuskan keperluan kita melihat kelima-lima pertikaian ekonomi supaya kita dapat membetulkan kelemahan-kelemahan yang ada. Akan tetapi, saya ingin tekankan supaya jangan dianggap ini serangan agak peribadi tetapi saya tekankan bahawa Titah Diraja ini harus kembali sebagai Titah Diraja yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri dan tidak dijadikan sebagai Titah Diraja yang dimasukkan ayat-ayat memuji Perdana Menteri. 
 
Perkara ini belum pernah berlaku walaupun Yang Berhormat Sri Gading tidak mahu akui, dia sudah berapa penggal, dengar berapa puluh Titah Diraja. Tidak ada Titah Diraja yang diperalatkan sebegini rupa. Senyum sahaja tidak cukup Yang Berhormat Sri Gading.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya akhiri dengan mengukir kenyataan pendeta Za’ba, tokoh pendeta Melayu terulung yang mula menulis pada tahun 1919 dan tahun 1920. Kata Za’ba, “Apa erti perubahan, pembangunan, kecelikan daripada kepercayaan yang bodoh?” 
 
Kita tahu siapa. “Melemahkan akal kepada kepercayaan yang cerdik, membebaskan fikiran”. Itu seorang tokoh pemikir Melayu menulis pada tahun 1920. Tidak boleh kita kongkong dan belenggu pemikiran orang. Merdeka 52 tahun, media jadi alat murahan. [Tepuk] Tidak boleh ada pandangan berbeda. Apa erti merdeka kata Za’ba kalau tidak membebaskan fikiran. 
 
Dengar! Tidak setuju tidak mengapa, jangan halang, jangan ugut, jangan pukul orang seperti yang berlaku di Kampung Baru baru-baru ini. Ada perhimpunan aman. Pukul! Itu kenyataan pertama Za’ba pada tahun 1920. 
 
 
Akan tetapi peringatannya tatkala melawan penjajah Inggeris peringkat awal, seorang tokoh yang cukup berani tetapi peringatannya konsisten sepanjang zaman. Kita mesti ada semangat pembaharuan berterusan. Kita mesti menolak, menentang, merubah kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu. Kita tahu siapa. Kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu, tidak mengikut rules of law, tidak ikut. Guna kuasa.


Tidak peduli tentang peraturan dan hukum. Brute force, tyranny of the majority. Itu pun majoriti yang diambil tidak semestinya secara telus. Tidak bolehkah Malaysia setelah 52 berganjak sedikit, hormat sedikit perbezaan pendapat, hak asasi? 
 
Jangan hina orang. Islam itu hebat, ketinggian Islam itu bukan kerana ia pandang rendah kepada orang lain. Rasulullah S.A.W [bercakap dalam bahasa Arab] itu kerana rahmat kepada sekalian alam, bukan kerana menghina, berbicara dengan angkuh agamaagama lain. 
 
Apabila saya pertahankan umpamanya hak menggunakan kalimat Allah itu bukan bermakna saya ini pro Kristian. Saya juga bersandarkan fatwa Sheikh Yusuf Al- Qaradawi. Hendak berbeza pendapat, beza pendapat dengan dia tetapi kita patut lihat ini sebagai perbezaan pendapat kalau ya pun. Akan tetapi, bolehkah kita hendak pertahankan dasar Kerajaan UMNO Barisan Nasional? 
 
Dia hendak pertahankan Allah, tetapi Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Wilayah boleh pula. Ternyata tidak konsisten dan tidak ikhlas. Itu sebab, hentikanlah cara kita menggunakan kuasa rakus, gunakan umpamanya ucapan dan kuasa, hina dan aibkan orang. Cuma, apabila kita kritik juga difitnah. Itu sebab saya pada hari ini dalam soal ekonomi sengaja saya pilih mengambil waktu hanya membaca angka dan data yang agak membosankan.

Akan tetapi, saya rasa cukup pada tahap ini. Saya tidak tahu sama ada Menteri MITI tadi dengar tentang ASEAN Secretariat Database yang saya kemukakan, yang dia pertikaikan semalam. Boleh jadi dia dengar ringgit dengan USD. Saya terima baiklah. Akan tetapi, harus ada keinginan untuk bawa perubahan terakhir ini. 
 
Saya hairan. Ada Ahli Yang Berhormat kata kawan dahulu, kawan lama, tidak apalah, kawan atau lawan itu tidak boleh zalim. Kawan atau lawan itu pun kita tidak boleh gunakan oleh kerana kita ada kuasa, kita boleh buat sewenangwenangnya. 
 
Kita mesti tunduk kepada hukum. Tidak boleh umpamanya fikir, oleh kerana kita ada kuasa, kita boleh aibkan orang sedemikian rupa dan kita rasa kita boleh lepas dengan cara itu semata-mata dengan brute force. Jadi, mudah-mudahan kita diberikan kekuatan kerana kata Za’ba sekali lagi, “Berubah dari kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu”. 
 
Kalau diambil commission, tidak siasat. Kalau ada kes pembunuhan, boleh cover up. Kalau ada tindakan umpamanya, tengok. Kalau ada kekuatan hendak beli, beli orang. Kalau tidak, ugut. Itu dikatakan kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu. Kepada apa tanya Za’ba. Kezaliman hawa nafsu itu diganti dengan apa? Kepada kesolehan. Mestilah kepada adab dan soleh. Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan, terima kasih. [Tepuk]
Felda kini menjadi 'benteng menanah' orang Melayu
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Jun: Felda, sebuah badan yang selama ini menjadi benteng orang Melayu yang dahagakan tanah kini menjadi 'benteng menanah', kata AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa dalam blognya.

Ia tidak lain dan tidak bukan kerana salah urus tadbir Felda yang meletakkan kepentingan Felda sebagai badan korporat dan lambang prestij lebih penting dari penerokanya sendiri.

Dalam tulisannya itu, Husam mempersoalkan dua kesilapan besar Felda iaitu apakah benar Felda ada melabur RM500 juta di Boston & Cincinatti di Amerika tiga tahun lalu?

"Apa jadi dengan pelaburan dalam Twin Rivers INC?" soal Husam dalam blognya yang menyifatkan wang itu hangus begitu sahaja.

Yang keduanya, Husam mempertikaikan langkah Felda membina ibu pejabatnya di kawasan mewah sehingga kos pembinaannya melambung dan mencecah RM660 juta berbanding dengan RM220 juta pada asalnya.

Baru-baru ini, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan ketika bercakap di Dewan Rakyat mengaku pengurangan berbilion ringgit harta Felda dalam masa yang singkat.

Dalam ucapannya, Maslan mengesahkan, harta Felda susut dari RM4.08 billion pada tahun 2004 kepada RM1.35 billion pada tahun 2009.

Ekoran itu bekas timbalan menteri Tanah dan Koperasi yang kini menyertai PKR, Dr Tan Kee Kwong serta anggota Parlimen Klang Charles Santiago, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenainya.

Dr Tan menyifatkan, ibu pejabat baru Felda yang sedang dibina di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur iaitu di Jalan Tun Razak umpama hotel lima bintang.

Bangunan yang bakal menelan belanja RM662 juta itu dianugerahkan kontraknya kepada Naza TTDI Sdn Bhd iaitu satu syarikat kroni Umno.

(Gambar: Dr Tan dan Charles Santiago bergambar selepas membuat laporan kepada SPRM- gambar Malaysiakini)

"Saya mempunyai maklumat sahih yang memaklumkan, daripada RM662 juta itu, RM230 juta telah dibayar dahulu sebelum kerja-kerja dimulakan," kata Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi dari 1999 hingga 2004 yang selama ini menjaga hal ehwal Felda terutamanya untuk menjawab soalan-soalan di Dewan Rakyat.

Bagi Husam, Felda terbangun dari keringat dan azam politik. Dalam membangun warganya, terdengar suara rungutan seakan ada penindasan dalam bantuan. Jika tidak dengan lingkungan terkongkong, barangkali warganya telah jauh lebih makmur.

Namun, sedikit peraturan yang kurang memihak kepada warga yang keringatnya ditumpahkan dikatakan mustahak untuk menghasilkan kejayaan kolektif dalam bentuk lembaga besar Felda yang kaya raya.

Tekanan itu disamakan dengan pengorbanan.

"Hari ini, jika warga Felda yang telah berkorban itu dikhianati, wajarkah kita berdiam diri?" tanya Husam dalam blognya.

Hari ini, tulis Husam (gambar), tanda-tanda Felda telah dikhianati muncul satu demi satu, tetapi jawapannya yang memuaskan hati tidak muncul seperti dinanti.

1. Benarkah Felda telah melabur RM 500 juta, ulang, RM 500 juta di Boston & Cincinatti di Amerika tiga tahun lalu? Apa jadi dengan pelaburan dalam Twin Rivers INC?

"Benarkah pelaburan ini telah hangus?" soal beliau.

Beliau seterusnya bertanya, "Benarkah RM 500 juta ini bukannya pelaburan tetapi cara untuk wang Felda 'dileburkan'?"

Tentulah pelaburan sebesar itu dibuat dengan pertimbangan yang halus dan sebab yang menasabah. Kerana pelaburannya besar, jawapan yang terang sangat dinantikan, katanya lagi.

Jika pelaburan itu dibuat dengan pertimbangan teliti, mustahil ia boleh lesap begitu sahaja, tambah beliau.

"Jika pertimbangannya hanya kerana mengikut telunjuk satu dua orang sahaja, kita tidak tahu berapa banyak lagi wang Felda 'lebur' dengan cara ini. Apa lagi, jika 'peleburan' itu memang dirancang dan ada yang girang mengaut keuntungan darinya," katanya.

Husam juga mempersoalkan, kenapa Felda mengambil keputusan membina bangunan ibu pejabatnya di premis termahal sehingga kosnya melambung?
"Adakah Felda merasa ia telah menjadi elit ekonomi dan perlu mengasingkan diri di tempat ekslusif dengan membelanjakan wang titik peluh lebih seratus ribu warganya yang setengahnya masih merempat?"

Dari asalnya kos hanya sekitar RM 220 juta, kini meningkat melebihi RM 660 juta. Apakah faedah yang akan diperolehi oleh para peneroka Felda?, tanya beliau lagi.

"Adakah Felda memerlukan bangunan bertaraf tujuh bintang setaraf dengan KLCC? Siapakah yang membuat keputusan ini? Apa asas keputusan ini?" soalnya lagi yang menuntut jawapan telus dan berterus terang kerana ia akan membantu Felda terus utuh dan harapan warga Felda tidak punah.

Bagi beliau, pengakuan kerajaan di Dewan Rakyat bahawa akaun Felda telah merosot berbillion ringgit dalam sekelip mata membuktikan berita-berita tentang wang Felda diurus sesuka hati mula menampakkan ada kebenarannya.

"Namun, penjelasan Kerajaan hanya mengukuhkan apa yang kita dengar. RM 2 billion yang kononnya surut kerana digunakan untuk program tanam semula semacam mengiyakan wang sebanyak itu memang telah hilang. Bagi menjawab wang itu memang telah hilang tetapi mengelakkan warga Felda melenting, ia dikaitkan dengan tanam semula. Padahal, tabung tanam semula telah sedia wujud dari potongan para peneroka dan ia telah diletakkan dalam akaun yang berasingan. Satu perkara dua kali kira.

"Rakyat, terutama orang Melayu perlukan jawapan. Jawapan yang paling baik ialah melantik odit bebas dengan satu laporan di Parlimen diperlukan. Bukan hanya jawapan politik Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

"Lagi pun, Felda bukan milik UMNO. Felda tidak harus dibenarkan 'cair' bersekali dengan trend bocornya kerugian satu demi satu konglomerat negara kita," tegas beliau.
Bekas timbalan menteri mahu Felda disiasat
Jun 18, 10 2:30pm
Kongsi 27


Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong yang juga timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan salahurus dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Beliau yang hari ini menemani ahli parlimen Klang, Charles Santiago membuat laporan ke SPRM berhubung kemerosotan rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada tahun lalu.
Dalam aduannya, Santiago meminta SPRM menyiasat penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bahawa jumlah rizab tunai Felda susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Ahmad dalam jawapannya di Dewan Rakyat pada 16 Jun berkata, walaupun jumlah rizab berkurangan, nilai aset yang dimiliki oleh Felda tetap meningkat.

Ahmad juga berkata, rizab tunai tersebut digunakan untuk program kebajikan peserta rancangan dan juga untuk membina ibu pejabat Felda yang baru.
Sementara itu, Tan yang pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri di kementerian yang bertanggungjawab ke atas Felda berkata, bangunan baru berkenaan bertaraf "lima bintang" dan terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura.

Felda, katanya, telah membayar pendahuluan sebanyak RM230 juta kepada Naza TTDI, pemaju yang bertanggungjawab membina bangunan baru dengan kos RM662 juta.

Beliau juga mendedahkan bahawa wujudnya satu rancangan pada 2006 untuk menggantikan ibu pejabat Felda sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Rancangan itu akan hanya membabitkan kos pembinaan RM220 juta kerana tanah itu dimiliki Felda sendiri, kata Tan yang berkhidmat di kementerian tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004.

"Tender untuk meruntuhkan bagunan lama telahpun dibuka," katanya dalam ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan pejabat SPRM hari ini.

"Perdana Menteri (pada ketika itu) Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju untuk merasmikan majlis pecah tanah itu," katanya lagi.

Beliau seterusnya mempertikaikan apa perlunya bangunan baru itu dibina dengan kos RM662 juta, sedangkan ia boleh dibina dengan satu pertiga daripada kos berkenaan.

Felda tipu gred sawit

| Date: 2/12/2010 |
KUANTAN: Pengerusi Lajnah Peneroka PAS Pahang, Shukri Ahmad pada Ahad (7 Februari), bersama kira-kira 30 orang peneroka Felda dari Gugusan Felda Keratong, Gelanggi, Lepar, Jengka dan Neram, telah membuat laporan polis di IPD Kuantan bagi menyiasat penipuan kilang sawit Felda terhadap peneroka.

Kata Shukri, penipuan tersebut iaitu berkaitan penggredan minyak hasil perahan kelapa sawit oleh 90 kilang sawit Felda di Malaysia, yang mana sistem yang ada telah menganiayai kira-kira 90 ribu peneroka Felda yang terlibat dengan penanaman sawit.

Tambah Shukri, ini terbukti melalui keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang memerintahkan Felda membayar ganti rugi sebanyak RM11 juta kepada 354 orang peneroka Kemahang 3, Tanah Merah Kelantan baru-baru ini.

“Kilang-kilang sawit Felda disyaki menipu dalam urusan pengredan minyak sawit kerana jumlah perahan yang dibayar kepada peneroka hanya 18 peratus sedangkan mereka yang mengusahakan sawit yang sama secara persendirian dan menghantar ke kilang lain, mereka dibayar dengan kadar 24 peratus”.

“Ini tidak lojik langsung... Felda dikatakan membekalkan benih dan baja terbaik kepada peneroka, kenpa hasilnya jauh lebih rendah daripada penanam persendirian?”.

“Lagi pun, daripada setahun ke setahun usia pokok sawit, hasil perahan minyak sepatutnya meningkat kadarnya. Felda pula bayar ikut gred pukul rata sahaja sejak dulu”.

“Jadi bayangkan kalau nilai satu peratus kadar perahan RM100, kalau lima peratus yang lari daripada harga asal? Darab pula dengan 90 ribu peneroka seluruh Malaysia yang menuai buah dua kali sebulan, dah berapa?,” soalnya.

Tambah Shukri, Laporan polis itu ditujukan kepada Kerajaan Malaysia, Ibu pejabat Felda Kuala Lumpur, Pengurus Besar Felda Ekoran daripada Wilayah-wilayah dan Pengurus-pengurus kilang sawit seluruh malaysia.

Turut mengiringi ialah Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman.

Pada 19 Januari 2010, Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Datuk Gopal Sri Ram sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu bertarikh 22 September 2002.

Keputusan tersebut membuktikan terdapat bukti konspirasi antara Pengurus Felda dan Pengurusan Kilang Sawit Felda untuk menipu gred harga Sawit.

Kredit :sidangonline
FELDA : DULU TOLONG SEKARANG ALONG
Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mahu Felda menunaikan tanggungjawab sosial sebagai agensi yang bertangungjawab menjaga kebajikan peneroka bukanya sebagai badan korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata.
Katanya, Felda sudah tergelincir jauh daripada landasan asal penubuhanya sebagai agensi kerajaan bukanya entiti perniagaan. Justeru Felda sebagai agensi kerajaan ia menerima banyak peruntukan daripada wang rakyat. Sehingga tahun 1997, kerajaan telah menyalurkan RM7.8 billion kepada Felda ini tidak termasuk pinjaman daripada Bank Dunia berjumlah RM4 billion yang telah dilangsaikan pembayaranya pada tahun 1996.

Felda, dulunya adalah agensi kerajaan dibawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wiayah kini diletakkan sepenuhnya dibawah Timbalan perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Razak.

Perubahan ‘Tuan’ Felda turut mengubah strateginya sehingga ia menjadi tempat pihak tertentu mencari ‘makan’. Akhirnya peneroka menerima padahnya.

Perubahan polisi negara daripada pertanian kepada Industri turut mengubah strategi Felda terutama dibawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad apa ia mahu Felda mencari sumbar sendiri. 

Dasar korporat yang ambil Felda memberi pulangan hasil lumayan tetapi ia mengikis hak peneroka dan mungkin menjadi malapetaka kepada peneroka.

Felda berkembang pesar dan menjadi agensi kerajaan kedua terkaya selepas petronas, Ia menjadi umpama bank yang menawarkan pelbagai skim pinjaman dengan kadar Faedah yang tinggi kepada peneroka.

Matlamat asal Felda hendak menolong peneroka, kini berubah menjadi seperti laksana Along pula, kata Mazlan didalam buku terbarunya bertajuk Felda … Dulu Tolong sekarang Along !.

Buku setelah 98 muka surat itu mengandungi 18 bab dengan tajuk seperti berikut; sejarah penubuhan Felda, Felda Hari ini, Akta penempatan beramai-ramai 1960 dan implikasinya kepada peneroka, Jadual tetap pembayaran kembali rancangan kelapa sawit, Layanan Felda terhadap peneroka, potongan yang dikenakan oleh Felda, perbezaan harga sawit dan getah Felda dengan swasta.

Bab lain bertajuk, Mengapa peneroka enggan menyerahkan kerja tanaman semula kepada Felda, Tanaman semula secara persendirian, Pinjaman sara hidup, Pinjaman perumahan, Felda Plantatitons ; kini dan masa depan, Peranan badan-badan Felda perlu dikaji semula.

Bab seterusnya, Siapa terhutang budi, peneroka atau Felda?, Generasi baru (kedua) Felda yang diabaikan, masalah sosial di tanah rancangan Felda. Persatuan anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan bab terakhir Impian dan Harapan peneroka.

Menurut Mazlan, peneroka harus berhati-hati dengan Felda kerana terdapat beberapa perjanjian diantara peneroka dengan Felda didapati memberikan kelebihan kepada agensi berkenaan.

Beliau menyebut antaranya itu ialah perjanjian pinjaman perumahan peneroka – Felda, didalamnya terdapat satu fasa yang sangat berbahaya iaitu jika peneroka gagal mengemukakan penjamin pemohon hendaklah menandatangi perjanjian penyerahan kuasa kepada Felda untuk menguruskan kebunnya.

Ini bermakna jika peneroka gagal membayar balik pinjaman kepada Felda, berkemungkinan kebun milik peneroka boleh bertukar tangan kepada angensi tersebut.

“ini sangat berbahaya dan saya minta semua pihak mengkaji semula fasa ini demi kepantingan masyarakat peneroka keseluruhanya,” kata beliau.

Buku Felda…. Dulu Tolong Sekarang Along ini telah dilancar baru-baru ini oleh Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul hadi Awang di Johor dan Mazlan sendiri melancarkan bukunya itu di Bera dan Bandar Jengka, kini berada di pasaran, mereka yang berminat untuk mendapatkan buku ini bolehlah lah berhubungan dengan penulisnya Mazlan Aliman ditalian 013 -713 0103.
Basiron Abdul Wahab
dupahang.wordpress.com