Sunday, August 8, 2010

PEMUDA PAS TUBUH LAJNAH FELDA UNTUK MEMBANTU PENEROKA FELDA

July 10, 2010
KUALA LUMPUR, 10 Julai — Dewan Pemuda PAS pusat menubuhkan biro baru — Lajnah Felda — dilihat sebagai langkah memikat sokongan generasi muda di kawasan pembangunan perladangan itu menjelang pilihan raya umum ke-13. 
Sayap PAS itu memutuskan perkara itu pada mesyuarat bulannya hari ini bagi membantu peneroka Felda dan generasi keduanya ekoran isu-isu terbaru sejak kebelakangan ini khusunya berkaitan dengan masalah kewangan.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abdul Rani pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan mereka di sini hari ini.

“Lajnah ini adalah merupakan satu keperluan dalam usaha membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan peneroka dan anak-anak mereka yang mana selama ini pihak Barisan Nasional (BN) tidak memberikan bantuan secukupnya kepada para peneroka untuk mendapatkan  penyelesaian  secara menyeluruh dalam mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh para peneroka. kalau adapun bantuan dari pihak UMNO/BN hanyalah sekadar melepaskan batuk ditanggan bukan untuk menyelesaikannya” katanya.

“Tidak semua yang mendapatkan faedah, cuma yang terpilih sahaja,” kata beliau.

Beliau berkata peneroka-peneroka Felda sebenarnya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada BN sejak lima dekad lalu, walaupun pengundi di Felda menjadi sandaran atau talian hayat kemenangan UMNO/BN selama ini.

Kata beliau lajnah itu akan bergandingan dengan Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) yang diketuai oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Mazlan Ahmad.

“Kami akan bekerjasama dengan Anak yang sudah lama memperjuangkan isu-isu Felda,” katanya.

No comments:

Post a Comment