Umno Putera keringkan wang Felda |
Posted on Wednesday, June 30 @ 22:00:00 PDT by paktam
Oleh Husam Musa
Saya boleh membantu menjelaskan, sebahagian, bagaimana ceritanya rizab tunai Felda dikeringkan. Sejumlah setengah billion, (RM512 juta) dibelanjakan melalui projek-projek (tak perlu dan di luar tugas Felda) yang disiapkan oleh firma arkitek yang sama.
Firma arkitek diterajui seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.
Firma arkitek diterajui seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.
Kasih sayang kekeluargaan mereka diantara Pengerusi Felda dan akitek itu telah dieratkan lagi dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh 'diuruskan'. Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta....
Lantaran itu, projek bukan bidang tugas Felda sama sekali, turut dibiayai oleh Felda atas sifat pemurahnya. Seperti
Lantaran itu, projek bukan bidang tugas Felda sama sekali, turut dibiayai oleh Felda atas sifat pemurahnya. Seperti
1. Kolej Komuniti di Terengganu (RM18 juta)
2. Kolej Komuniti di Terengganu Sabah (RM22 juta)
3. Menaik Taraf Bekalan Air Di Pahang (RM200 juta) dan
4. Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (RM120 juta).
Apa kena mengena Mara dan Felda? Kos Maktab ini ialah RM 120 juta dan Felda dengan segala senang hatinya membiayai sepenuhnya. Mungkin kerana wang tunainya terlalu banyak, Felda berbesar hati membiayai projek yang diluar bidang tugasan hakikinya.
Kononnya pula Felda sudah memasuki alaf moden dan untuk itu, bentuk impian Felda akan datang dibina dengan ciri-ciri peneroka Felda masa depan. Ia dipanggil Feldajaya.
Rumah bungalow mewah berharga mahal, rumah kedai dan lain-lain ciri bandar baru dalam satu kawasan 'masa depan' di bina. Setakat ini, empat Feldajaya telah dibangunkan (Mempaga, Trolak, Serting dan Cini) dengan reka bentuk oleh firma arkitek yang sama. Setakat ini, kosnya ialah RM152 juta.
Samada rumah kedai dan bungalow ini laku dijual atau tidak, Felda tidak peduli sangat. Yang penting, itulah rumah peneroka masa depan Felda!
Asal dikatakan moden, wang Felda habis pun tak mengapa. Itulah yang bagusnya bila ada wang melimpah.
Sebelum ini, saya telah tunjukkan, RM800 juta pelaburan Felda di US dan Kanada. Pegawai Felda tak sampai setengah dozen yang membeku dek kedinginan di Quebec di musim sejuk, barangkali ada cerita boleh dikongsi dengan kami di Malaysia.
Maknanya, di sini sahaja, saya telah membantu Felda menjelaskan bagaimana sebanyak RM 1.3 billion rizab tunai Felda dibelanjakan!
Selebihnya, Felda sendiri boleh tolong jelaskan.....
Kalau Felda tak ada masa untuk jelaskan untuk tunjukkan pengurusannya telus dan amanah warga Felda menjadi taruhannya, saya tak ada masalah untuk jelaskan sedikit demi sedikit. http://cetusan-hati.blogspot.com/
Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kerajaan Kelantan.
No comments:
Post a Comment