Sunday, July 18, 2010

Siapa Yang Untung, Synergy Drive? Felda? Peneroka?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:09 pm by Ketua Perusuh
Dalam tempoh kempen untuk pilihanraya umum ke-12 kali ini, kita dapat lihat beberapa insentif telah dijanjikan kepada semua peneroka Felda. 

Nilai insentif yang dijanjikan ini menjangkau nilai ratusan juta ringgit. Malah boleh dikatakan rupa-rupanya memang banyak lagi wang yang boleh disalurkan kepada semua peneroka Felda yang rata-ratanya berbangsa Melayu (kebanyakannya berada di paras kemiskinan).

Ramai peneroka Felda yang berhutang dengan Felda melalui kedai-kedai yang dibangunkan didalam Felda (kedai runcit) dan sebagainya. 

Malah ada yang berhutang setelah potongan pendapatan dari hasil kutipan buah kelapa sawit tidak dapat menampung kos sara hidup serta kos pembayaran balik pelbagai caj dari Felda.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Felda hanya membayar kepada peneroka sekitar harga RM650 bagi satu metrik tan buah kelapa sawit yang belum diproses. 

Mengikut perkadaran biasa nilai ini boleh dikatakan amat rendah dan peneroka terpaksa menerima kadar ini kerana mereka wajib menjualkannya kepada Felda. 

Pengurusan Felda pula kadang kala memotong lagi kadar tersebut jika sekiranya terdapat buah muda ataupun sampah termasuk sekali dalam setiap “load” yang dihantar.

Namun apa yang ramai tidak tahu adalah nilai CPO (Crude Palm Oil) atau lebih dikenali sebagai MSM (Minyak Sawit Mentah) adalah amat tinggi dipasaran dunia. 

Ini kerana permintaan Minya Sawit Mentah yang begitu mantap dipasaran dunia. Malaysia menguasai 30% daripada jumlah pengeluaran MSM ini dipasaran dunia dan disaingi dengan dekat oleh Indonesia. 

Pada awal Januari 2007, harga CPO/MSM ini berada pada sekitar RM1900 dan kini ianya melonjak kepada paras RM4500 (Februari 2008). Sila rujuk pada laman web www.PalmOil.com


Ini menyebabkan beberapa senario berlaku seperti yang akan saya faktakan dibawah ini;

1. Harga Minyak Masak (Kelapa Sawit) Bertapis adalah pada nilai RM2600 satu metrik tan (terkawal) dan Harga Minyak Sawit Mentah (pada masa tesebut) adalah berada pada nilai RM3450. 

Secara rasionalnya semestinya para pengeluar minyak sawit lebih suka menjual yang mentah kerana ianya bernilai lebih tinggi daripada yang telah diproses. 

Ini secara langsung menyebabkan berlakunya kekurangan minyak masak (kelapa sawit) dipasaran pada awal Januari 2008. Kekurangan tersebut bukanlah disebabkan oleh kegiatan penyeludupan seperti yang dihebohkan oleh media massa (TV1, TV2, TV3, TV7, TV9 dan akhbar harian tempatan).


2. Harga Minyak Sawit Mentah ini menyebabkan industri biodiesel amat tergugat dimana kos untuk mengeluarkan biodiesel berasaskan MSM menjadi teramat tinggi malah melebihi dari harga untuk mengeluarkan bahan bakar dari ekstrak petroleum.


3. Walaupun Malaysia menguasai 30% pasaran Minyak Sawit Mentah di dunia dan Indonesia berada dibelakang Malaysia dari segi peratusan, namun sebenarnya pengeluar di Indonesia tersebut adalah berada dibawah tangan (kuasa) Malaysia. 


Melalui beberapa sayap pelaburan Malaysia di Indonesia (Guthrie, Sime Darby, Tabung Haji Plantation dan lain-lain lagi) maka sebenarnya Malaysia menguasai hampir 60% hasil pengeluaran Indonesia. 

Ini bermakna pada asasnya Malaysia menguasai lebih dari 30% pasaran MSM dunia. Ianya secara otomatisnya menyebabkan Malaysia boleh mengawal “Supply” dan “Demand” serta harga pasaran MSM dunia.


Disebalik semua ini ada satu gagasan besar yang mengawal semua pasaran MSM di dunia yang kini ramai pihak di Malaysia baru sedar akan kuasanya. Ianya adalah Synergy Drive

Dengan penggabungan beberapa konglomerat GLC dalam bidang perladangan dibawah satu kuasa (Synergy Drive) maka pasaran MSM dunia menjadi gawat sekitar bulan Mei 2007 dimana harga MSM dunia berada pada paras RM2400 satu metrik tan. 

Harga ini berlaku bilamana “rumours” berlaku pada pasaran yang Synergy Drive telah mendapat lampu hijau untuk memulakan penggabungan. Disebabkan ini harga minyak MSM menjadi terlampau tinggi.

Namun harga bagi para peneroka masih lagi ditakuk lama dan tidak banyak berubah walaupun harga CPO/MSM menjadi terlampau tinggi.

Oleh itu siapakah yang untung disini sebenarnya? Adakah Peneroka yang akan mendapat laba yang besar atau Felda pula yang mendapat manfaatnya? Yang pasti Synergy Drivelah yang mendapat laba yang terlalu besar. 

Oleh itu siapakah disebalik Synergu Drive. Tentu anda ingat bahawa adik Najib Razak yang menjadi kuasa disebalik Synergy Drive.

Namun jangan pula anda terkejut jika saya katakan bahawa Synergy Drive bakal dialihkan kepada satu proksi yang lain yang dikawal secara terus melalui satu proksi di Hong Kong dan Australia yang akhirnya jika kita rajin menyiasatnya pasti kita akan dapat jumpa “link” yang diperlukan di Singapura.

Apa yang kita perlukan kini adalah seorang lagi akauntan yang rajin dan bersih serta amanah seperti Al-Marhum Saudara Jalil Ibrahim (akauntan Bumiputera Malaysia Finance @ BMF) yang mati terbunuh ketika menyiasat kes wang lesap melibatkan kumpulan Carrian di Hong Kong pada sekitar tahun 80′an dahulu.

Kisah siapa disebalik siapa ini akan saya dedahkan diepisod akan datang namun yang utama ketika ini adalah kenapa peneroka Felda tidak mendapat laba yang besar sedangkan harga CPO/MSM adalah amat tinggi sekarang ini. Sepatutnya bukan ratusan juta yang Felda wajar beri kepada semua peneroka namun nilainya mesti lebih dari bilion RM.

Jangan biarkan semua wang yang sepatutnya peneroka Felda dapat hilang ditelan oleh “Malaon” dalam pentadbiran Felda dan Kerajaan Malaysia. 

Para peneroka patut tegas dalam perkara ini dan menuntut keadilan dalam hak mereka. Lagi lama peneroka Felda digula-gulakan, lagi banyak “Malaon” ini mengaut keuntungan dan seterusnya “Malaon” ini sanggup pula menjualkan kepentingan kepada Singapura (melalui Proksinya Khairy Jamaluddin).

No comments:

Post a Comment