Lebih 370 orang peneroka Felda Cahaya Baru dekat Masai, Johor Bahru sedang menghadapi kemungkinan hilang hak milik ke atas tanah mereka kerana tanah-tanah itu telah digadai oleh pihak pemaju kepada bank.
Seluas 1,047 hektar tanah milik 374 orang peneroka telah digadai oleh syarikat pemaju, Cahaya Baru Development Berhad (CBDB) kepada sebuah bank tempatan.Tanah-tanah peneroka itu hendak dibangunkan untuk tujuan komersial (projek perumahan dan perindustrian). Setiap peneroka mempunyai tanah berkeluasan 2.8 hektar. Felda Cahaya Baru terletak tidak jauh dari kawasan perindustrian Pasir Gudang dan Tanjung Langsat.
CBDB sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk melaksanakan projek pembangunan semula kawasan Felda Cahaya Baru dianggotai 13 ahli lembaga pengarah terdiri di kalangan peneroka. Syarikat itu ditubuhkan pada 1 September 1993. Bagi membangunan projek komersial itu CBDB bersama Syarikat Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama yang bernama Pinggir Setar (M) Sdn Bhd.
Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah mendapat pinjaman sebanyak RM100 juta daripada Allied Bank (M) Bhd pada bulan September 1996 dengan mencagarkan tanah-tanah peneroka Felda Cahaya Baru. Daripada jumlah tersebut RM75 juta telah dibayar kepada CBDB. Peneroka-peneroka yang telah menyerahkan hak milik mereka kepada CBDB telah menerima RM140,000 tiap-tiap seorang sebagai pembayaran peringkat pertama.
Cadangan pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu telah mendapat sokongan Kerajaan Negeri Johor ketika itu, pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju pada dasarnya pada 7 Jun 1995 bagi tujuan pembangunan tanah Felda Cahaya Baru.

374 orang peneroka Felda terbabit telah menandatangani surat serah kuasa tanah milik mereka untuk tujuan pembangunan komersial itu. CBDB telah menggunakan surat serah kuasa para peneroka itu untuk mendapatkan pinjaman bank.
Projek pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu sampai hari ini tidak dapat dimulakan. Sebabnya kerana tanah-tanah itu dikategorikan dalam kelas Tanah Rezab Melayu. Kerajaan Johor pimpinan Menteri Besar sekarang, Datuk Abd Ghani Othman tidak membantu peneroka-peneroka Felda Cahaya Baru itu yang kini berasa tertipu dan teranianya oleh Lembaga Pengarah CBDB dan juga janji-janji kosong sokongan awal Kerajaan Negeri Johor yang terdahulu.
Alasan-alasan peneroka bahawa mereka teraniaya dan tertipu ialah:
Pertama, pihak pengurusan CBDB masih belum menyelesaikan baki pampasan tanah-tanah peneroka Felda itu;
Kedua, tujuh peneroka yang menjadi anggota Lembaga Pengarah CBDB tidak menyerahkan surat kuasa bagi tanah mereka kepada bank, sedangkan 374 peneroka yang lain sudah berbuat demikian. Dengan lain perkataan, tanah-tanah milik tujuh ahli Lembaga Pengarah CBDB tidak digadai;
Ketiga, maklumat berhubung pembangunan semula tanah-tanah peneroka secara komersial itu tidak dijelaskan secara terperinci kepada peneroka ketika mereka bersetuju menandatangani surat serah kuasa tanah milik mereka kepada CBDB;
Keempat, beberapa ahli lembaga pengarah CBDB mempunyai kepentingan sendiri yang cuba dilindungi ketika memujuk peneroka-peneroka menandatangani surat serah kuasa.
Kelima, janji-janji sokongan pimpinan Kerajaan Negeri Johor sebelum ini dan kepimpinan Umno Teberau ternyata kosong. Setelah lebih tujuh tahun berlalu, kini lebih 370 orang peneroka Felda Cahaya Baru itu berada dalam keadaan tersepit. Tanah-tanah mereka kini tergadai di bank. Wang baki pampasan yang dijanjikan masih tidak dibayar oleh CBDB. Mereka mahu supaya cadangan pembangunan kawasan mereka itu diteruskan. Tetapi pembangunan itu tidak boleh dilakukan kerana Menteri Besar, Ghani Othman tidak mahu campur tangan dengan alasan kawasan Felda berkenaan adalah Tanah Rezab Melayu. Seterusnya, usaha terbaru penduduk untuk menggantikan pengurusan CBDB yang dianggap gagal dan tidak berwibawa juga tidak berhasil. Usul mereka untuk menggantikan Pengurusan CBDB tidak berjaya diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa pada Isnin 11 Disember lalu kerana ahli yang hadir hanya 118 daripada 383.
PRM memandang serius nasib peneroka-peneroka Felda Cahaya Baru itu yang telah berlarutan begitu lama sejak zaman Menteri Besar Muhyiddin Yassin hinggalah ke zaman Ghani Othman. PRM menyeru supaya Menteri Besar sekarang, Ghani Othman segera campur tangan secara aktif bagi menyelesaikan masalah peneroka-peneroka itu. Oleh kerana projek pembangunan itu tidak dapat dijalankan, maka tuntutan utama para peneroka itu ialah mendapatkan kembali hak milik mereka ke atas tanah-tanah mereka yang telah tergadai itu. Mereka menuntut untuk membatalkan surat kuasa yang telah mereka tandatangani itu.

Kerajaan Negeri Johor tidak boleh lepas tangan dan mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab. Sebabnya pada 7 Jun 1995, Kerajaan Johor telah bersetuju memberikan kelulusan "pada dasarnya" bagi tujuan pembangunan komersial ke atas tanah-tanah peneroka Felda Cahaya Baru.
Cadangan pembangunan di Felda tersebut tidak mungkin bermula pada awalnya jika tiada sokongan Kerajaan Negeri Johor ketika itu, khususnya di pihak Menteri Besarnya.
Hassan Karim
Naib Presiden PRM
12 Disember 2000

No comments:
Post a Comment