Sunday, July 18, 2010

FELDA: Benarkah Miskin Punca Penderaan?
TRAGEDI sedih penderaan seorang kanak-kanak, Fansyarina Abdullah, 7, di Tanah Rancangan Felda Sahabat Lahad Datu telah menyingkap hijab yang menutupi kemegahan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam bidang konglomerat perladangan.

Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Bahagian Silam, Kunsul Nahul, 53, berpendapat Felda kini gagal mengeluarkan para peneroka di Tanah Rancangan Felda daripada kepompong kemiskinan, sebaliknya memenjara mereka di ‘Sangkar Emas’ ciptaan Felda yang tidak kelihatan di mata kasar.

“Walaupun di atas kertas, para peneroka Felda menerima lebih RM1,500 sebulan daripada hasil 5.66 hektar kebun kelapa sawit mereka, namun hakikatnya mereka hanya membawa pulang RM50 sebulan; yang memenjarakan mereka terus di kancah kemiskinan tegar” ujar Kunsul yang agak kesal dengan sikap pengurusan Felda di Sabah yang cuba menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan umum.

Oleh kerana para peneroka yang ramai anak tidak lagi dapat bergantung harap kepada tanah rancangan mereka, maka bagaikan burung, ramai di antara mereka terpaksa meninggalkan anak isteri untuk bekerja di luar dan ada di antaranya terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari nafkah.

“Akibatnya, ramai isteri peneroka yang stress dan mengalami kemurungan apabila suami mereka mempunyai isteri lain di tempat kerja baru dan mengabaikan mereka. Kemiskinan menyebabkan mereka hilang kawalan diri dan bertindak ganas melepaskan geram kepada keluarga tersayang. Maka terjadilah penderaan dan keruntuhan rumah tangga,” ujar Kunsul yang menyifatkan kes penderaan di Felda Sahabat Anjung Teduh merupakan kes terpencil, namun ianya menjadi barah dalam daging masyarakat Felda yang dihimpit hutang yang bertimbun dan dinafikan hak mereka untuk bersuara.

Dalam kes penderaan yang kini masih dalam siasatan polis, kata Kunsul, seorang nenek kandung telah mendera cucunya sehingga mengalami trauma kerana tidak mempunyai pendapatan untuk menyara persekolahan anak dan cucunya; apatah lagi suaminya bernikah lain dan mengabaikannya sejak lima tahun lalu.

“Akibatnya, cucu kesayangan yang menjadi mangsa untuk melepaskan kemarahan sehingga tergamak menyiksa cucu sendiri tanpa perikemanusiaan,” kata Kunsul yang mendesak Felda menjurutera semula Skim Felda agar para peneroka diberi kelonggaran untuk mengusahakan sendiri kebun mereka bagi menghapus kemiskinan tegar yang merantai mereka selama ini.

Tanpa hutang, kata Kunsul, para peneroka mampu berdikari dan meneruskan generasi kendiri tanpa mengharapkan subsidi; sebaliknya bebanan hutang menyebabkan mereka ‘mati jiwa’ sebelum kematian sebenar menjemput mereka.

Adalah keterlaluan kata Kunsul, Pengurus Wilayah Felda Sahabat dengan angkuh menolak khidmat 15 Professor daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi yang ingin menjalankan ‘Projek Prosper’ di Gugusan Sahabat dengan alasan bongkak ‘tiada kemiskinan di Tanah Rancangan Felda dan anda mendapat maklumat yang salah.’

“Ketika itu saya berkhidmat dengan pejabat Parlimen Silam dan kesal kerana Pengurus berkenaan tidak memberi ruang kepada kami untuk menjalankan kajian dengan kerjasama UKM,” kata Kunsul yang kini lega kerana berjaya membongkar telur tembelang yang disorok Felda selama ini.

Walaupun buku yang dihasilkan anak peneroka Felda di Semenanjung yang bertajuk ‘Felda: Dulu Tolong, Sekarang Along’ disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak benar; namun apa yang terjadi di lima tanah rancangan Felda Sahabat lebih mengerikan.

“Felda bukan sahaja gagal menangani masalah kegelinciran moral dan membebaskan peneroka daripada hutang yang semakin bertimbun, terutama memaksa peneroka mengambil pinjaman membesarkan rumah; malah cuba menjadikan Felda sebagai Wilayah Persekutuan yang baru dengan menggali parit di sekeliling ladang yang bersempadan dengan tanah adat dan mengimport ramai pekerja daripada Semenanjung,” ujar Kunsul yang meminta pihak pengurusan Felda lebih prihatin terhadap para peneroka yang selama ini mengalirkan keringat, darah dan airmata untuk membayar gaji pegawai yang sering lupa daratan.

Menurut Kunsul, Kerajaan ‘Berjaya’ telah memberikan kawasan seluas 101,171 hektar secara ‘Percuma’ kepada Felda pada 1979 untuk membangunkan kawasan hutan termasuk ‘tanah adat yang kehilangan jejak’ sebagai ladang pertanian bagi menjana ekonomi daerah Lahad Datu dan membasmi kemiskinan di Sabah.

“Namun sehingga kini hanya seramai 872 peneroka sahaja telah diambil untuk ditempatkan di lima tanah rancangan Felda daripada 57 Gugusan Felda Sahabat; setelah Felda mengubah dasar ke arah komersil dan mengabaikan terus tanggung jawabnya, untuk menempatkan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan dengan mengamalkan konsep perladangan,” ujar Kunsul yang kesal kerana Felda gagal mengotakan janjinya membasmi kemiskinan di Sabah.

Kata Kunsul, daripada jumlah itu, 5,610 hektar adalah kawasan peneroka, 100,174 hektar kawasan komersil dan 1,707 hektar lagi merupakan kawasan bandar dan kampung.

“Secara luaran kita lihat para peneroka kaya kerana rumah mereka cantik dan berkereta besar. Ada yang macam istana, tetapi sebenarnya mereka berusaha mencari pendapatan di luar dan bukan daripada hasil kebun mereka. 

Ramai dibelit hutang antara RM20,000 hingga RM40,000 untuk membaikpulih atau membina rumah mereka,” ujar Kunsul yang menggesa agar Ahli Lembaga Felda, Datuk Suhaili Said bangun daripada tidur untuk berpijak di bumi nyata.

Tegas Kunsul, sebagai Adun Tungku, Suhaili tidak mempunyai keberanian untuk berkata benar di Dewan Undangan Negeri Sabah dan gagal menasihati Felda untuk membela 872 peneroka yang dibebani dengan hutang dan berada di lingkungan putaran ganas kemiskinan.

Sehubungan itu, kata Kunsul, atas desakan dan rayuan para peneroka, beliau terpaksa mengetengahkan isu ini agar Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dapat melakukan sesuatu bagi mencipta penanda aras baru terhadap Legasi Tun Razak di Tanah Rancangan Felda yang diasaskan bapanya.

“Saya percaya, jika para pegawai Felda memahami inspirasi dan konsep 1Malaysia YAB Perdana Menteri, isu penderaan, kemiskinan dan kemelaratan tidak timbul lagi di Felda,” ujar Kunsul yang mendesak agar Felda tidak terlalu mengongkong kebebasan bersuara para peneroka sebagaimana dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Maklumat lanjut di sabahkini.net..
Oleh: INTAN SURIANI ABDUL HALIM (sabahkini)

Big Time theft in Felda

Written by an Ex Barisan National Deputy Minister of Land and Cooperatives and received via email. Date: Sunday, 6 June, 2010, 9:23 PM
Dear Sir
I write this letter with a very heavy heart. Just to put things in perspective. Finally after much soul searching I joined Keadilan in August 2008.

From 1999 to 2004 I was Barisan National Deputy Minister of Land and Cooperatives. My Minister Tan Sri Kasitah Gadam put me in charge of answering questions in Parliament regarding all Felda matters. 

In 2004, before Najib began meddling in Felda affairs. Felda was the pride of the oilpalm industry. It had 75 oil palm mills, assets of RM 7 Billion and a cash hoard of RM 4.5 Billion.

What I just heard upset me so much.
I publicly accuse Najib of single handed destroying Felda! 

As of now out of the huge cash hoard of RM4.5 Billion, only RM 200 Million is left. 

In actual fact with the record price of CPO for the past few years, Felda if managed properly should have cash reserves of RM 6Billion! The reverse has happened and now it has only a pathetic sum left.


When Najib became Deputy Prime Minister, he put himself in charge of Felda. He gave the lame excuse that his late father Tun Razak started Felda, he should continue the family tradition of looking after Felda. In fact if the late Tun Razak khows what Najib has done to Felda , Tun Razak will turn in his grave.

The same goes for the former Chairman of Felda, Tan Sri Raja Alias. Tan Sri Raja Alias did a excellent job in looking after Felda. 

The real reason why a very busy Deputy Prime Minister wants to micro manage Felda is now very clear, he wanted to have access to the huge cash hoard of Felda. What took 40 long years to build up Najib destroyed it in 5 short years.

On another note, I just heard on NTV 7 news that the BN government is going to buy 3 special ships for our Navy costing RM 2.2 Billion! 

Just a few days ago Dato Idris Jala announced that if we do not watch out, we will be like Greece in 9 years time. If things are so bad how can the Government justify spending so much money to buy ships, Money that Dato Idris Jala says we do not have.

So it is very clear that the Pakatan Rakyat MUST take over the Federal Government in Putrajaya in the next General Election. 

This is our priority to save the country. If the Pakatan takes over in 20 years time it will be too late, the country will really be bankrupt.

So fellow Malaysians open your eyes to see how this country is destroyed by the greedy and corrupt politicians from UMNO/BN. Kick them out of Putrajaya!

Register as a voter now!

Najib, UMNO dan Felda

Neo Chee Hua, Lim Hong Siang | Dec 17, 2009 07:41:20 pm


Untuk setengah abad yang lalu, FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) memainkan peranan yang penting di tanahair Malaysia, khususnya dalam masyarakat Melayu, termasuklah bidang ekonomi, sosial, dan yang paling penting, politik.
 
Malah, tsunami politik 8 Mac 2008 mungkin telah mengkaramkan UMNO-BN seandainya FELDA tidak wujud.  Menurut perhitungan ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, FELDA memainkan peranan yang penting di kira-kira 50 kawasan parlimen.

Pengaruh FELDA terserlah, dan dilihat sebagai kubu politik UMNO.  Pengasasnya Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Abdul Razak bin Hussein yang dikenang kerana jasanya membangunkan tanah kawasan luar bandar, yang pada ketika itu didiami orang Melayu kebanyakannya.

53 tahun sudah berlalu.  FELDA kini diwarisi oleh anak Bapa Pembangunan.  "UMNO perlu berubah", demikianlah slogan yang dilaungkan sebelum menemui hasil sebenar.  Kesudahannya belum pasti.  Yang pastinya, FELDA telah berubah sebaik sahaja PM keenam, Najib Razak menerajui tampuk pimpinan kerajaan.








Felda sebagai kubu UMNO
Penguasaan terhadap FELDA memberi makna penting dalam politik Melayu.  UMNO memenangi 74 kerusi parlimen daripada 117 yang ditanding dalam PRU ke-12.  Senario ini jauh berbeza daripada kemenangannya dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, menyapu 109 kerusi parlimen, iaitu setengah daripada jumlah kerusi di Dewan Rakyat ketika itu.

Pada hakikatnya, UMNO perlu menguasai FELDA untuk menguasai kawasan luar bandar.  Dengan kata lain, UMNO perlu menguasai FELDA untuk mengekalkan kuasa.  

Menurut seorang pegawai atasan dalam Felda Holdings Berhad, interaksi antara Najib dengan FELDA bertambah kerap setelah beliau menyandang jawatan PM.  Malah, pertemuan dengan peneroka diaturkan hampir setiap dua minggu, selagi Najib dapat meluangkan masanya.

Menurut sumber maklumat ini, selain peruntukan tanah, masyarakat peneroka juga diberi subsidi baja, bahkan menerima dividen dari masa ke masa.  Malah, sesetengah peneroka menjual baja yang diperolehi secara percuma itu sebagai "skim cepat kaya".  Jelas, Najib sedar bahawa kepentingan UMNO hanya terlindung apabila kepentingan peneroka FELDA dijaga.


FELDA sebagai kuasa ekonomi
Walau bagaimanapun, FELDA bukan sekadar berperanan untuk mengagih sumber sambil menerima undi sebagai pulangannya.  

Menurut maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sayap komersial FELDA, iaitu Felda Holdings Berhad mencatat pendapatan sejumlah RM15.3 bilion, dan keuntungan bersih sejumlah RM635.7 juta pada tahun kewangan 2008.

Pada masa yang sama, syarikat tersebut memiliki wang simpanan tetap sejumlah RM1.4 bilion dan wang tunai serta simpanan bank sejumlah RM 222.7 juta pada akhir tahun 2008.

Selain itu, menurut laporan media, FELDA memiliki 850,000 hektar tanah tanaman, 38 buah anak syarikat, 75 buah kilang minyak kelapa sawit, dan 7 buah kilang pengekstrak minyak kelapa sawit -- penanam dan pengurus tanaman yang terbesar di dunia.  

Malah, FELDA menakluki 20% pasaran kelapa sawit di dunia.  Secara puratanya, pendapatan FELDA mencecah RM15 bilion setahun, dan memperolehi keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.3 bilion pada tahun 2008.

FELDA menerokai dunia global
Demikianlah hasilnya setelah setengah abad penerokaan dan pembangunan tanah di Malaysia.  Kini, FELDA merancang untuk mengembangkan sayapnya ke peringkat global mengikut jejak Petronas.

Menurut laporan media pada 2 Julai 2009, Felda Global Venture Holdings telah ditubuhkan untuk mengambil alih dan membangunkan perusahaan pelaburan komersial di bawah FELDA.  

Malah, Felda Global telah mengumumkan kesediaannya untuk melabur lebih daripada RM6bilion untuk memperluaskan perusahaannya dalam masa lima tahun yang akan datang.

Persoalannya, apakah latar belakang Felda Global?  Syarikat ini telah ditubuhkan pada Disember 2007, namun hanya diumumkan struktur organisasinya pada Julai 2009.  Sebelum ini, Felda Global berada dalam keadaan separuh-lelap, dan hanya bangkit apabila Najib menjadi PM secara rasmi pada April 2009.

Felda Global telah memulakan pelaburannya di luar negeri, walaupun apa yang diumumkan kepada khalayak adalah terhad.  Selain penerokaannya di peringkat global, Felda Global memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi Malaysia.  Baru-baru ini, Felda Global telah membeli Malayan Sugar Manufacturing Company Bhd daripada Raja Gula, Robert Kuok dengan RM1.22 bilion.


Najib, dan konco-konconya
Cuma, siapa pula di sebalik Felda Global?  Jawapannya, Mohd Bakke Salleh (gambar kiri), orang rapat Najib yang dikhabarkan bakal mengambil alih jawatan Hassan Marican pada Februari 2010 sebagai CEO Petronas.  Bagaimanapun, pegawai khas Najib ketika beliau menjadi TPM, Omar Mustapha Ong akhirnya yang dilantik memasuki Lembaga Pengarah Petronas untuk menutup spekulasi yang tersebar.


Bakke Salleh, menguasai Felda Holdings Berhad sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global.  Jelas, perlantikannya diiringi dengan misi daripada Najib untuk membangunkan Felda Global seiring dengan Petronas.  Bakke Salleh pernah menganggotai Lembaga Pengarah Danaharta dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji pada tahun 2001, untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi oleh Lembaga Tabung Haji.


FELDA terpesong dari matlamat asal
Misi penerokaan ke dunia global yang diamanahkan kepada Felda Global sememangnya memperlihatkan agenda politik dan kepentingan golongan tertentu di sebaliknya.  Namun, seandainya diimbas kembali matlamat asal penubuhan FELDA, kita terpaksa mengakui bahawa sudah tiba masanya untuk merombak agensi ini.


FELDA ditubuhkan pada tahun 1956 untuk membantu orang Melayu di luar bandar dengan rancangan penerokaan dan pembangunan tanah.  Pertanian diusahakan sebagai salah satu langkah untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu.

Tetapi FELDA semakin terpesong dari matlamat asalnya, apabila peneroka mula mencari rezeki di luar kawasan FELDA, dan menjadikan aktiviti pertanian sebagai kerja sampingan.  

Keadaan ini berlaku terutamanya setelah Malaysia melalui tahun 1980-an apabila peneroka mula pindah ke bandar untuk bekerja di kilang industri, yang pendapatannya lebih stabil berbanding dengan aktiviti pertanian.  Malah, pekerja asing diupah untuk mengusahakan tanah pertanian yang asal.

Lebih-lebih lagi, generasi kedua dan ketiga masyarakat peneroka memilih untuk mencari rezeki di bandar, apabila arus perindustrian kian menderas.  Tanah ditinggalkan kepada peneroka yang sudah lanjut usianya, malah tidak larat lagi untuk membanting tulang di kebun.

Keadaan bertambah dahsyat apabila nilai tanah melonjak berikutan proses urbanisasi.  Kawasan bandar diperluaskan.  Tanah diterokai untuk membina bangunan komersial dan perumahan.  Maka sesetengah peneroka bandar memilih untuk menjual tanahnya dengan kebenaran kerajaan, lantas menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Realitinya, perkembangan terkini memperlihatkan bagaimana FELDA semakin hari semakin kehilangan tanah tanamannya.  Secara makronya, masyarakat Melayu mungkin mewarisi kekayaan daripada rancangan FELDA, yang sudah terpesong daripada matlamat asalnya.  Secara mikronya, Najib mungkin mewarisi legasi ayahandanya, tetapi bukan jiwanya.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

HUTANG FELDA BERTIMBUN-TIMBUN SETELAH NAJIB PEGANG KUASA!

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/felda%20along1.jpgFELDA Global Venture Holdings menggunakan tunai simpanan (cash reserves) dan berhutang secara besar-besaran, untuk menjalankan merger dan akuisisi di luar negeri.  


Lebih-lebih lagi, pembelian perusahaan-perusahaan ini dijalankan dalam keadaan tidak bersedia, tanpa penelitian dan  tanpa  penyemakan bagaimana dana ini digunakan, dan maklumat terperinci berhubung pelaburan ini.


Demikianlah perubahan-perubahan yang dilakukan dalam FELDA, setelah Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Sumber dalaman FELDA memberitahu Merdeka Review mengenai tindak tanduk  yang membimbangkan itu berlaku setelah Najib Razak menguasai FELDA sepenuhnya, terutamanya apabila FELDA Global Venture Holdings ditubuhkan pada tahun 2007.

"Sebelum Najib masuk, kami (FELDA) tidak pernah bertindak sebegitu pantas dalam pembelian perusahaan (merger dan akuisisi).  Tetapi setelah Najib masuk, terutamanya selepas penubuhan FELDA Global Venture Holdings, pembelian perusahaan di luar negeri dijalankan dengan begitu giat sekali," kata sumber maklumat.

Malah keputusan pembelian perusahaan atau pelaburan ini bukannya hasil perbincangan dalam FELDA tetapi semata-mata atas arahan politik.  Lebih-lebih lagi, dalam kebanyakan masa, hanya beberapa orang  atasan sahaja yang mengetahui maklumat terperinci mengenainya.

Beliau menambah, Najib menjalin hubungan yang erat dengan FELDA sejak beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi.  Kekerapan Najib muncul dalam mesyuarat-mesyuarat FELDA bertambah dari purata dua bulan sekali, sehingga sebulan sekali sekarang, bahkan kadang-kala, dua minggu sekali.

Apa yang menarik, Najib telah mengalihkan FELDA ke bawah Jabatan Perdana Menteri setelah beliau dilantik sebagai TPM pada tahun 2004.  FELDA diletakkan secara langsung di bawah bidang kuasa dirinya.

Strategi radikal dalam pembelian perusahaan

Sumber maklumat ini meluahkan keresahan pihak dalaman FELDA, "Kami menganggap projek merger dan akuisisi (yang dijalankan FELDA Global Venture Holdings) tidak harus dilakukan dengan tergesa-gesa, sekurang-kurangnya nilailah  dahulu hasil projek pembelian perusahaan sebelum terus kepada projek yang selanjutnya... Bukannya asyik beli sahaja."

Lebih penting, pembelian ini dijalankan tanpa persediaan yang mencukupi dalam FELDA sendiri, iaitu tidak mengambil kira sama ada mereka mampu untuk menanganinya.  Misalnya, FELDA Global Venture Holdings mengambil alih kilang pemprosesan minyak kelapa sawit di luar negeri, yang mana perusahaan utamanya adalah penghasilan produk yang mempunyai nilai tambahan, sementara bahan mentahnya (iaitu kelapa sawit) dibekalkan melalui projek peneroka FELDA.  Pada hakikatnya, FELDA sendiri belum bersedia untuk memenuhi keperluan kilang pemprosesan yang semakin bertambah.

Pelaburan di luar negeri

FELDA Global Venture Holdings ditubuhkan pada Disember 2007, tetapi hanya diumumkan struktur organisasinya pada Julai tahun lalu.  Tiga buah anak syarikat di bawah FELDA Global Venture Holdings adalah  Felda Global Ventures North Amerika Sdn. Bhd, Felda Global Ventures Indonesia Sdn. Bhd dan Felda Global Ventures Middle East Sdn. Bhd.

Setakat ini, pelaburan di luar negeri oleh FELDA Global Venture Holdings yang diumumkan termasuklah pembelian Syarikat Twin River Technologies di Amerika Syarikat.  

Selain itu, FELDA Global Venture Holdings turut mencari peluang pelaburan dalam bidang perladangan di Indonesia di samping terlibat dalam pelaburan di Timur Tengah.

Sebagaimana yang diketahui, apa yang diumumkan ini hanyalah sebahagian daripada pelaburannya.  Pada hakikatnya, syarikat ini telah menerokai pelaburan di Brazil, India dan Amerika Syarikat.  Tetapi, pelaburan ini masih dalam keadaan menanggung kerugian.

Selain itu, FELDA telah menggunakan tunai simpanan (cash reserves) dan berhutang untuk menanggung pembelian perusahaan di luar negeri ini.  Lantaran daripada itu, tunai simpanan FELDA menunjukkan pola pengurangan, malah menanggung hutang yang besar.

"Pada awalnya, ketika FELDA mempunyai banyak tunai simpanan, sesetengah elit menuduh bahawa wang ini tidak dikendalikan dengan baik, dan seharusnya digunakan untuk melabur.  Namun, pelaburan seharusnya mempunyai perancangan jangka panjang, bukannya melabur secara tergesa-gesa.  Kini, tunai simpanan yang tinggal tidak seberapa, kerana telah digunakan untuk merger dan akuisisi."

Sumber maklumat ini berkata, "Saya bersetuju dengan Tan Kee Kwong (bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi), bahawa FELDA pada asalnya tidak berhutang, tetapi terlebih berhutang pada masa sekarang ini.

Baru-baru ini, kerajaan Najib mengakui bahawa tunai simpanan FELDA telah berkurang dari RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009, dengan pengurangan pada kadar 67%.  

Selain itu, Tan Kee Kwong pernah mendedahkan bahawa FELDA memiliki aset bernilai RM7 bilion, dan tunai simpanan sejumlah RM4.5 bilion malah tidak berhutang, sebelum Najib mengambil alih FELDA.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa FELDA sedang merancang untuk menerbitkan bon yang bernilai RM6bilion, sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula FELDA.  

Angka ini sama dengan pengumuman FELDA Global Venture Holdings bahawa mereka merancang untuk melaburkan lebih RM6 bilion untuk memperluaskan perusahaannya.

Pembangkang mengkritik bahawa Najib dan Mohd Bakke Salleh yang bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, harus bertanggungjawab terhadap pengurangan tunai simpanan secara mendadak dalam FELDA.  

Sumber dalaman FELDA mengesahkan bahawa setelah FELDA melantik Mohd Bakke Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FELDA Global Venture Holdings pada tahun 2008, merger dan akuisisi mula dijalankan dengan giat di luar negeri.

Peneroka FELDA diketepikan

Di samping itu, sumber maklumat ini menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju bahawa peneroka FELDA diketepikan ketika keputusan pelaburan ini dilakukan.

"FELDA memegang 100% saham FELDA Global Venture Holdings, tetapi peneroka FELDA tidak boleh turut serta, dan tiada hak untuk mengetahui dan mengundi dalam FELDA Global Venture Holdings".  

Jangan lupa, kilang pemprosesan kepala sawit yang dibeli FELDA Global Venture Holdings itu, kelapa sawitnya dibekalkan peneroka FELDA.  Daripada 800 ribu hektar ladang yang dimiliki FELDA, 50% daripadanya dimiliki oleh peneroka FELDA.  Tindakan ini (mengetepikan peneroka FELDA) telah merampas hak yang seharusnya dimiliki mereka," katanya.

Menurut laporan media, kerajaan hanya memindahkan 49% saham FELDA yang dimiliki kerajaan ke FELDA Global Venture Holdings ketika ia ditubuhkan, sementara 51% saham yang dimiliki peneroka FELDA terus dikekalkan dalam FELDA.  Peneroka FELDA memegang 51% saham melalui Koperasi Permodalan Felda, yang terdiri daripada 110 ribu orang peneroka FELDA dan 22 ribu orang pekerja.

Dengan kata lain, walaupun FELDA menguasai 100% saham FELDA Global Venture Holdings, namun peneroka FELDA yang merupakan pemegang saham besar (51%) telah diketepikan dalam proses membuat keputusan dalam FELDA Global Venture Holdings.

Menurut laporan The Malaysian Insider semalam, National Association of Felda Settlers’ Children telah menggesa agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada dana FELDA telah disalahgunakan.  

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, seandainya Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan enggan memberi penjelasan berikutan pengurangan tunai simpanan FELDA, maka pihaknya bersedia untuk membuat laporan kepada SPRM dan balai polis di setiap negeri pada bulan depan.

Minggu lalu, Ahmad Maslan menafikan bahawa pengurangan tunai simpanan FELDA disebabkan salah urus, malah menafikan bahawa wang ini disalahgunakan - Merdeka Review

Felda is overly Bankrupt

_MB_POSTED_BY viktorwong in Untagged
The Federal Land Development Authority (Felda) is already bankrupt, bankrupt, bankrupt and bankrupt! There is no way they can recover from their losses anymore.

Why do we say they are bankrupt? They are bankrupt in terms of ideas, bankrupt in terms of policy making, bankrupt in terms of wisdom, bankrupt in terms of management aspects and just because they are so many bankrupt indications, they are now bankrupt in terms of finance.

Just look at how they waste the public funds, they now wanted to develop and build a brand new six-star luxurious Menara Felda (their new headquarters) which costs billions of Ringgit in construction. For what? For the Felda settlers to stay? What will happen to the old Felda headquarters once they move to the new Menara Felda? Turn the old one into a museum?

Just like the other federal government's plans and projects. They build a new Sri Perdana in Putrajaya and the old Seri Perdana in Kuala Lumpur has been turned into a museum, they are now constructing a new Istana Negara with the help of illegal foreign workers, so that the old Istana Negara will be turned into a museum and they also intend to build a new parliament in Putrajaya so the old parliament building will be turned into a museum.

And if all these happen, by the year 2020, our country will be having thousands of museums around here and there.

When Suara Keadilan published a report "Felda Bankrap" in their newspaper, Felda intends to file a legal action against the PKR newspaper for claiming that Felda is bankrupt. So when another person mention Felda is indeed bankrupt, are they going to file another legal action? If there are about thousands of people saying that Felda is already bankrupt, will Felda go after all these people who said so?

Then let us say, if Felda is projected to be bankrupt only by the year 2012, but with all these legal suit file against all those commentators, the agency will go bankrupt even sooner than 2012.

If doesn't mean that by filling legal actions against those who said you are bankrupt you can cover up your mismanagement and power abuses. You had clearly abused your funds to support a by-election campaign in Selangor in a "you help me, I help you" programme. It is an open secret.

You had failed in your responsibilities to protect the Felda settlers and their families and that is why the settlers' association is coming after you.

If you are not bankrupt as you claimed, then open up your entire agency for public scrutiny, open up your accounts and finances for independent auditing and certification. Publish your accounts in public avenues to prove that your agency is still financially sound.

Don't hide behind the Official Secrets Act (OSA). This is public interest because those are public funds.

PM TIDAK WAJAR TURUT MEMEGANG JAWATAN MENTERI KEWANGAN!

Ku Li: PM tak wajar ketuai Perbendaraan, urusan dana lemah

July 17, 2010
Ku Li berkata Perdana Menteri tidak wajar memegang portfolio berasingan. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 17 Julai — Masalah pengurusan kewangan membabitkan kerajaan dan beberapa agensi utama sejak kebelakangan ini berpunca daripada kelemahan elemen “check-and-balance” dan perdana menteri tidak wajar turut menyandang portfolio kewangan, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Razaleigh yang juga bekas menteri kewangan berkata, perdana menteri sewajarnya memfokus tanggungjawab sebagai ketua barisan Kabinet, tanpa memegang portfolio lain dalam jemaah menteri demi memastikan keseimbangan fokus.

Beliau khuatir kedudukan semasa di mana perdana menteri turut mengetuai Perbendaharaan, yang diamalkan sejak lebih sedekad lalu, boleh membuka laluan kepada elemen lemahnya elemen sekatan dan imbangan dalam pengurusan dana awam.

Menjawab soalan yang dirujuk kepada kontroversi yang timbul berkaitan dengan Felda baru-baru ini, Razaleigh berkata, ia sepatutnya boleh dielakkan jika agens-agensi kerajaan seperti Felda diletakkan di bawah penyeliaan rapi Kementerian Kewangan.

“Pada masa-masa lalu, Kementerian Kewangan mengamalkan prosedur ketat dalam soal pelaburan. Keputusan pelaburan dilakukan oleh kami (Kementerian Kewangan)... tetapi kini dilakukan oleh agensi masing-masing,” katanya.

Amalan seorang perdana menteri turut memegang portfolio menjadi tradisi sejak selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998 dan diwujudkan dua kerusi menteri kewangan.

Di bawah pendekatan ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Razak turut memegang portfolio Kementerian Kewangan.

Jelas Razaleigh, Felda yang sepatutnya berada di bawah penyeliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tetapi diketuai oleh Perdana Menteri.

Perdana Menteri memutuskan apa yang perlu dilakukan di Felda,” kata beliau dalam temu bual dengan The Malaysian Insider.

Kelmarin, Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) mahu Parlimen menyiasat penyalahgunaan dana oleh Felda yang dikaitkan dengan kemerosotan rezab tunai lembaga itu.

Pengerusinya Mazlan Aliman berkata, Anak juga akan bertemu dengan Razaleigh supaya mengetuai perkara ini di Parlimen.

“Kita akan menemui Tengku Razaleigh dan memintanya untuk memimpin perkara berkaitan Felda di Parlimen kerana berliau adalah seorang ahli politik veteran dalam Kabinet dan juga terlibat dalam pembangunan Felda,” kata Mazlan.

Pada 16 Jun lalu, kerajaan pusat secara terbuka mengakui simpanan tunai Felda telah merosot sehingga RM1.35 bilion tahun lalu berbanding paras RM4.08 bilion dimiliki pada 2004.

Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa penurunan simpanan tunai bukan kerana salah urus Felda.

Kini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan meneliti pihak pengurusan Sime Darby dan Pos Malaysia Berhad bagi memberi penjelasan berhubung kerugian kedua-dua syarikat itu.

Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian lebih RM964 juta akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya dan berikutan itu, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 Nov ini, telah diminta bercuti.

Pos Malaysia pula dilaporkan mengalami kerugian RM227 juta sejak beberapa tahun lalu.

PAC tidak menolak kemungkinan akan memanggil pengurusan Khazanah Nasional Berhad berdasarkan penglibatannya dengan Pos Malaysia.

Bagaimanapun minggu ini, Najib yang juga Menteri Kewangan mempertahankan Sime Darby dan Pos Malaysia berhadapan dengan masalah kewangan.

Mengulas pendiriannya, Razaleigh berpandangan bahawa perdana menteri tidak seharusnya memegang sebarang jawatan selain sebagai ketua Kabinet.

“... ini bukan amalan yang baik, perlu ada unsur sekatan dan imbangan,” kata Razaleigh.

Razaleigh juga berpendapat banyak agensi kerajaan seperti Felda dan syarikat-syarikat lain seperti Sime Darby kini berhadapan dengan krisis kewangan sebab tidak berada di bawah penyeliaan Kementerian Kewangan.

Pengasas Petronas ini berkata, pentadbiran Najib seharusnya mengkaji semula amalan ini bagi membolehkan Kementerian Kewangan mempunyai tanggungjawab penuh ke atas penggunaan dana kerajaan.

“Ketika masa saya (sebagai Menteri Kewangan), saya mengawal (penggunaan) wang, kesemua kontrak. Ketika itu, kesemua ketua jabatan dan agensi awam memberi saya taklimat apa yang mereka hendak lakukan dengan wang di pelbagai kementerian,” kata Razaleigh sambil menambah walaupun ia kelihatan birokrasi tetapi penyeliaan dapat dilakukan dengan baik.

Menurut pemimpin politk veteran ini, ketika era kepimpinan Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir, Kementerian Kewangan mempunyai kawalan ke atas perbelanjaan kesemua kementerian.

Jelas beliau, jika sesebuah kementerian hendak melantik kontraktor bagi sesuatu projek, mereka perlu berunding dengan Kementerian Kewangan dan kementerian akan memastikan sistem tender terbuka diamalkan sebelum projek diluluskan.

“Dan, apa sahaja diputuskan oleh Kementerian Kewangan perlu melalui Parlimen... sudah pasti dulu lebih terbuka kerana menteri kena melaporkan kepada Parlimen, kepada Kabinet,” katanya lagi.

Bagaimanapun menurut beliau, kini setiap kementerian boleh membelanjakan apa yang mereka mahukan.

“Tiada mekanisme yang betul untuk memastikan sekatan dan imbangan,” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang ini ketika beliau menjadi menteri kewangan negara tidak berhadapan dengan masalah hutang.

“Sekurang-kurangnya anda tahu bahawa kita tidak membazirkan wang rakyat,” kata beliau lagi.

PEMBINAAN MENARA FELDA SETINGGI 50 TINGKAT!

Felda Bersemayam Tinggi, Nasib Peneroka Jangan Dilupakan

Rebranding Felda - itulah tujuannya Menara Felda setinggi 50 tingkat di bina di atas tanah termahal di Malaysia. “It’s a move to rebrand Felda, which has been known as a highly-successful land development authority in the country and overseas,” Najib added.

Najib said Felda’s choice of an office tower reflected its intentions to showcase its successes and motivate its staff.. Maksudnya hendak meningkatkan semangat kerja kakitangan Felda yang bekerja di menara mahal?

Kontraktor telah pun dipilih untuk membina Menara Felda di atas tapak kepunyaan Felda sedia ada di Jalan Semarak. Pelannya telah pun disiapkan dan tidak kurang dari RM3 juta terpaksa dibayar untuk lukisan pelan bangunan tersebut. Hangus. Pelan itu masuk kubur sebelum bangunannya lahir.

Kosnya lebih murah - RM 220 juta, jika Felda membina menaranya di atas tanahnya sendiri. Felda sendiri akan menjadi pemajunya. Tapak sedia ada menjimatkan kos dan boleh menambah nilaikan hartanah kepunyaan Felda sendiri. Pengerusinya masih boleh pusing kerusi di tingkat tertingginya.

Kuasa dari atas telah mengubah keputusan yang telah dibuat sebelumnya. Felda perlu berdiri sama tinggi dengan Petronas dan perlu berada di kawasan hartanah yang paling mahal dalam negara. Dari menjadi pemaju sendiri atas tanah milik sendiri, Felda kini menjadi pembeli kepada hartanah yang dimajukan oleh orang lain.

Keputusan diubah. Menara baru akan dibeli.

Platinum Park nama diberi. Berdekatan dengan KLCC - ini kata orang besar Felda - adalah anak KLCC! Keseluruhan kompleks akan ada tujuh menara dan yang tertinggi adalah Menara Felda. Yang lain milik pemaju. Kalau KLCC sudah lama berdiri, tiba masanya ia beranak. Sebagaimana ibunya(KLCC) menelan kos yang tinggi, begitulah anaknya (Menara Felda) dan kali ini bil kelahiran ditanggung oleh Felda.

Jumlah keluasan keseluruhan bangunan adalah 689,000 kaki persegi dengan keluasan lantai setiap tingkat adalah 15,000 kaki persegi. Harga permulaan untuk bangunan kosong termasuk hanya lima tingkat tempat letak kereta, - adalah RM640 juta. RM420 juta lebih tinggi dari kos asal.

Jika Felda mendirikan menaranya ikut cadangan asal, RM420 juta tadi boleh dibelanjakan untuk insuran kesihatan lebih 100,000 penerokanya, misalnya.

Bila bangunan ini siap sepenuhnya, dianggarkan kosnya mencecah RM1billion. Dengan anggaran itu, kosnya mungkin menjangkau RM 20 juta setingkat.

Bayarannya sepatutnya ikut progress. Namun, jika ikut logik Ahmad Maslan di Dewan Rakyat, ketika menjelaskan bagaimana wang Felda berjumlah RM4 billion telah susut kepada hanya RM 1.35 billlion, harga lebih RM600 juta telah dibayar habis. Bangunan belum siap tapi wang telah dibayar.

Jika sebenarnya bayaran belum habis, ternyata penjelasan Ahmad Maslan ada yang tak kena. Duit telah susut RM2.65 billion dan untuk menggenapkan jumlah itu, harga Menara sebanyak RM640 juta telah dimasuk kira pada hal bayaran sebenar tidak begitu. Jika iya begitu, ke mana baki wang itu pergi?

Samada penjelasannya silap atau memang wang itu lesap untuk sebab yang tak dapat dijelaskan.

Dari 50 tingkat ini, berapakah yang akan terpakai dan berapa pula yang akan tinggal kosong?

Berbahagialah Pengerusi Felda bersemayam di puncak menara ini sebelum Felda menurut jejak Sime Darby.

FELDA SUSUT RM8 BILLIION!

Felda: Susut RM2.7B atau RM8B?!

Berapa sebenarnya rezab tunai Felda susut? RM2.7 billion atau RM8 billion?

Teliti kenyataan Ahmad Maslan di lobi Parlimen;

Speaking to reporters at the Parliament lobby later, Ahmad explained that Felda's cash reserve was at RM4.08 billion in 2004 but dropped to RM1.35 billion in 2009 - a plunge of RM2.73 billion over a five-year period.


He said that the difference was used for welfare purposes :- 
1.  RM2 billion for replanting crops, 
2.  RM603 million for interest-free housing loans, 
3.  RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and 
4.   RM662 million for the new Felda headquarters.


APA yang perlu diperhatikan disini ialah penyata baki akhir

a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion.
b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion.


Jadi timbul persoalan disini. Adakah antara tempoh 2004 sehingga 2009,  Felda langsung tidak menerima apa-apa pembayaran?  Adakah kesemua ladang Felda dalam tempoh lima tahun itu tak mengeluarkan sebarang hasil sebagai sumber pendapatan Felda? Adakah logik dan boleh diterima akal yang Felda tidak menghasilkan sebarang pendapatan dalam tempoh itu walaupun satu sen.

Tetapi berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan itu membayangkan bahawa dalam tempuh antara 2005 hingga 2009, Felda langsung tidak menerima sebarang pendapatan dan wang berbaki itu hanyalah apa yang dibelanjakan dari rezab terkumpul sehingga 2004 tadi.



Ianya amatlah mustahil dan langsung tidak boleh dipercayai!!

Sedangkan mengikut maklumat  yang saya perolehi pula dalam tempuh antara tempoh 2005 hingga 2009, Felda ada menerima pendapatan tunai sejumlah RM 5.2 billion lagi!

Penerimaan tunai Felda adalah seperti berikut;

a. 2005 - RM 682 juta
b. 2006 - RM 697 juta
c. 2007 - RM 1.270 billion
d. 2008 - RM 1.70 billion.
e. 2009 - RM 830 juta

Jumlahnya menghampiri RM 5.2 billlion!

Jumlah ini perlu dicampur dengan baki 2004. Bila dicampur dengan baki 2004, jumlahnya ialah RM 9.28 billion!
Baki 2004                - 4.08 billion
Masuk 2005 - 2009 - 5.2 billion
Jumlah                     - 9.28 billion

Baki sehingga 2009 seperti kenyataan Ahmad Maslan hanya RM 1.35 billion.

Ini bermakna wang yang susut lebih dari RM2.78 billion kerana jumlah semua rezab tunai Felda bersekali dengan baki 2004 ialah RM 9.28 billion ditolak dengan baki yang tinggal sehingga 2009 ialah RM 1.35 billion (RM 9.28 b tolak RM 1.35 b = RM 7.9 menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri RM 8 billion!

Mengenai perbelanjaan pula, perhatikan semula kenyataan Ahmad Maslan di atas. Senarai perbelanjaan sehingga wang itu susut adalah seperti berikut;


RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters.




a. RM 2 Billion untuk tanam semula
b. RM 603 juta untuk pinjaman perumahan tanpa faedah
c. RM 253 juta untuk program kemiskinan di Sabah
d. RM 662 juta untuk menara baru ibu pejabat Felda

Pertama : Menara Felda masih dalam pembinaan. Kenapakah bayaran penuh telah dibuat? Mustahil! Kalau masih berlaku, ia satu perkara yang sangat pelik.

Kedua : RM 2 billion untuk Tanam Semula.

Persoalannya kenapa guna rezab tunai Felda?

Bukankah Felda mempunyai Tabung Tanam Semula? Bukankah Felda telah mengutip sebanyak RM4 sebulan seekar dari kesemua 112,000 penerokanya untuk lima tahun? Tabung itu sudah mencecah hampir RM1 billion dan SEBELUM INI tanam semula tidak pernah menggunakan rezab tunai Felda.

Adakah kedua-dua kenyataan ini benar? Atau kedua-duanya salah?

Kedua kenyataan ini tidak benar adalah lebih menasabah.

Bermakna, Felda gagal menjelaskan ke mana wang tersebut telah lesap dan Felda juga gagal menjelaskan angka sebenar wang rakyat yang di jaga oleh Felda susut.

Jumlah yang tidak kecil. Semua perolehan ini adalah dari ladang-ladang getah dan sawit, samada mempunyai peneroka seluas 1.2 juta ekar di seluruh negara mahu pun tanpa peneroka sejumlah 800,000 ekar.

Jika keuntungan sebesar itu disumbangkan oleh ladang-ladang di Malaysia, apa jaminan pelaburan Felda di luar negara boleh menyaingi apa yang disumbangkan dalam negara?

Bila Datuk Najib memperkenalkan konsep Felda patut mengembangkan sayapnya menjadi pemain global, apa jaminan pengembangan itu akan menyihatkan Felda dan bukan untuk mencabut bulu-bulunya sehingga nanti menjadi burung tanpa bulu?

Setelah Felda melabur di Amerika dan Kanada dalam Twin River Tech masing-masing sebanyak RM300 juta dan RM500 juta, berapakah jumlah keuntungan yang telah dihasilkan?

Secanggih mana teknologi pemprosesan biji bunga matahari dan soya yang ada di kilang ini sehingga pelaburan Felda sedemikian besar?

Dengan RM300 juta yang dibelanjakan dan pegangan 85% dalam TRT itu, mampukah Felda mengawal pengurusannya atau kita sekadar melihat dari jauh sebelum apa-apa terjadi terhadap wang kita sejumlah RM800 juta itu tadi?

Jangan jadi seperti kita membeli syarikat motor oleh Proton dulu yang berakhir dengan dijual hanya satu euro!

Tidak semestinya bila Felda mempunyai kilang penapis sawit di sini, pengurusan penapisan bunga matahari nun jauh di Kanada juga perlu kita boleh kuasai. Itu pun sebahagian kilang penapis Felda telah pun dijual kepada syarikat dari India untuk membolehkan Felda melabur tak kurang dari RM688 juta pula dalam penternakan lembu untuk menghasilkan susu dan daging!

Apa istimewanya syarikat pembekal daging lembu (sebenarnya kerbau itu) dari India itu tidak kita ketahui, sehingga selain dapat membeli kilang penapis, dapat pula menikmati diskaun belian minyak sawit mentah sebanyak USD20 per metrik tan sedangkan anak syarikat FELDA sendiri - Felda Vegetable Oil Product cuma diberi subsidi sebanyak RM20 per metrik tan.

Misteri! Lubang besar Felda?

Bagaimana kita rakyat biasa boleh membongkar misteri ini?

0 comments

BAGAIMANA RIZAB TUNAI FELDA DIKERINGKAN?

Umno Putera keringkan wang Felda

Posted on Wednesday, June 30 @ 22:00:00 PDT by paktam
Oleh Husam Musa
Saya boleh membantu menjelaskan, sebahagian, bagaimana ceritanya rizab tunai Felda dikeringkan. Sejumlah setengah billion, (RM512 juta) dibelanjakan melalui projek-projek (tak perlu dan di luar tugas Felda) yang disiapkan oleh firma arkitek yang sama.

Firma arkitek diterajui seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.

Kasih sayang kekeluargaan mereka diantara Pengerusi Felda  dan akitek itu telah dieratkan lagi dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh 'diuruskan'. Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta....

Lantaran itu, projek bukan bidang tugas Felda sama sekali, turut dibiayai oleh Felda atas sifat pemurahnya. Seperti
1. Kolej Komuniti di Terengganu                   (RM18 juta)
2. Kolej Komuniti di Terengganu Sabah        (RM22 juta)
3. Menaik Taraf Bekalan Air Di Pahang       (RM200 juta) dan
4. Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara  (RM120 juta).


Apa kena mengena Mara dan Felda? Kos Maktab ini ialah RM 120 juta dan Felda dengan segala senang hatinya membiayai sepenuhnya. Mungkin kerana wang tunainya terlalu banyak, Felda berbesar hati membiayai projek yang diluar bidang tugasan hakikinya.

Kononnya pula Felda sudah memasuki alaf moden dan untuk itu, bentuk impian Felda akan datang dibina dengan ciri-ciri peneroka Felda masa depan. Ia dipanggil Feldajaya.

Rumah bungalow mewah berharga mahal, rumah kedai dan lain-lain ciri bandar baru dalam satu kawasan 'masa depan' di bina. Setakat ini, empat Feldajaya telah dibangunkan (Mempaga, Trolak, Serting dan Cini) dengan reka bentuk oleh firma arkitek yang sama. Setakat ini, kosnya ialah RM152 juta.

Samada rumah kedai dan bungalow ini laku dijual atau tidak, Felda tidak peduli sangat. Yang penting, itulah rumah peneroka masa depan Felda!

Asal dikatakan moden, wang Felda habis pun tak mengapa. Itulah yang bagusnya bila ada wang melimpah.


Sebelum ini, saya telah tunjukkan,
RM800 juta pelaburan Felda di US dan Kanada. Pegawai Felda tak sampai setengah dozen yang membeku dek kedinginan di Quebec di musim sejuk, barangkali ada cerita boleh dikongsi dengan kami di Malaysia.

Maknanya, di sini sahaja, saya telah membantu Felda menjelaskan bagaimana sebanyak RM 1.3 billion rizab tunai Felda dibelanjakan!

Selebihnya, Felda sendiri boleh tolong jelaskan.....

Kalau Felda tak ada masa untuk jelaskan untuk tunjukkan pengurusannya telus dan amanah warga Felda menjadi taruhannya, saya tak ada masalah untuk jelaskan sedikit demi sedikit. http://cetusan-hati.blogspot.com/

Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kerajaan Kelantan.
Peneroka serah bukti dakwa penyelewengan Felda esok
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Peneroka Felda dari seluruh negara akan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya esok bagi membuat laporan berkenaan dakwaan penyelewengan Felda.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman (gambar) sewaktu mengesahkan perkara itu berkata, rombongan mereka akan ke sana menyerahkan dokumen yang didakwa sebagai bukti penyelewengan ke SPRM jam 11 pagi esok.

"Setelah laporan polis dibuat berkenaan penyusutan rizab tunai Felda, jadi sekarang kita akan hantar laporan dan dokumen kepada SPRM, beserta dengan lampiran- lampiran tambahan berkenaan isu-isu yang berkait rapat dengan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan penyelewengan di dalam pengurusan Felda," katanya.

Laporan serupa jelasnya turut disampaikan kepada SPRM di setiap negeri dalam masa terdekat.

Tindakan ke SPRM itu dibuat selepas penolakan debat oleh menteri berkaitan dan setelah beberapa laporan polis dibuat di seluruh negara.

Mengulas penolakan debat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, beliau berkata kebanyakan pimpinan Umno BN di peringkat akar umbi sendiri turut gusar dengan debat tersebut kerana khuatir lebih banyak salah urus Felda akan dibongkar.

"Isu Felda kini telah menjadi isu nasional yang paling hangat. Inilah pertama kalinya dalam sejarah di mana kewibawaan pimpinan Barisan Nasional tergugat. Mereka berusaha untuk menutup isu ini, tetapi tidak boleh. Bila pimpinan Umno BN diajak berdebat, mereka tidak mahu. Dari sudut lain, integriti Felda itu sendiri dipersoal," katanya lagi.

Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.

Kemerosotan itu, jelasnya ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bangunan baru Menara Felda.

Bagaimanapun, Anak berpendapat banyak keraguan di sebalik penjelasan tersebut.