Sunday, July 18, 2010

Felda tipu gred sawit

| Date: 2/12/2010 |
KUANTAN: Pengerusi Lajnah Peneroka PAS Pahang, Shukri Ahmad pada Ahad (7 Februari), bersama kira-kira 30 orang peneroka Felda dari Gugusan Felda Keratong, Gelanggi, Lepar, Jengka dan Neram, telah membuat laporan polis di IPD Kuantan bagi menyiasat penipuan kilang sawit Felda terhadap peneroka.

Kata Shukri, penipuan tersebut iaitu berkaitan penggredan minyak hasil perahan kelapa sawit oleh 90 kilang sawit Felda di Malaysia, yang mana sistem yang ada telah menganiayai kira-kira 90 ribu peneroka Felda yang terlibat dengan penanaman sawit.

Tambah Shukri, ini terbukti melalui keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang memerintahkan Felda membayar ganti rugi sebanyak RM11 juta kepada 354 orang peneroka Kemahang 3, Tanah Merah Kelantan baru-baru ini.

“Kilang-kilang sawit Felda disyaki menipu dalam urusan pengredan minyak sawit kerana jumlah perahan yang dibayar kepada peneroka hanya 18 peratus sedangkan mereka yang mengusahakan sawit yang sama secara persendirian dan menghantar ke kilang lain, mereka dibayar dengan kadar 24 peratus”.

“Ini tidak lojik langsung... Felda dikatakan membekalkan benih dan baja terbaik kepada peneroka, kenpa hasilnya jauh lebih rendah daripada penanam persendirian?”.

“Lagi pun, daripada setahun ke setahun usia pokok sawit, hasil perahan minyak sepatutnya meningkat kadarnya. Felda pula bayar ikut gred pukul rata sahaja sejak dulu”.

“Jadi bayangkan kalau nilai satu peratus kadar perahan RM100, kalau lima peratus yang lari daripada harga asal? Darab pula dengan 90 ribu peneroka seluruh Malaysia yang menuai buah dua kali sebulan, dah berapa?,” soalnya.

Tambah Shukri, Laporan polis itu ditujukan kepada Kerajaan Malaysia, Ibu pejabat Felda Kuala Lumpur, Pengurus Besar Felda Ekoran daripada Wilayah-wilayah dan Pengurus-pengurus kilang sawit seluruh malaysia.

Turut mengiringi ialah Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman.

Pada 19 Januari 2010, Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Datuk Gopal Sri Ram sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu bertarikh 22 September 2002.

Keputusan tersebut membuktikan terdapat bukti konspirasi antara Pengurus Felda dan Pengurusan Kilang Sawit Felda untuk menipu gred harga Sawit.

Kredit :sidangonline

No comments:

Post a Comment