Sunday, July 18, 2010

Sebulan tiada air di FELDA, takpe, Tak Bankrap

Sejak hampir sebulan lalu, lebih 2,000 penduduk di Felda Neram Satu , Terengganu di sini hidup seperti zaman sebelum merdeka apabila terpaksa kembali menggunakan air telaga dan sungai selepas bekalan air paip ke kawasan itu terputus. Penduduk mendakwa mereka tiada pilihan selain terpaksa menggali telaga atau mengambil air sungai untuk kegunaan harian walaupun menyedari kesihatan mereka mungkin terjejas kerana menggunakan sumber air yang tidak dirawat.

**********************

Berita Harian 6 Julai 2010

SEBULAN TIADA AIR

PENDUDUK FELDA NERAM SATU GUNA AIR TELAGA, SUNGAI UNTUK KEGUNAAN HARIAN

SERI BANDI: Sejak hampir sebulan lalu, lebih 2,000 penduduk di Felda Neram Satu di sini hidup seperti zaman sebelum merdeka apabila terpaksa kembali menggunakan air telaga dan sungai selepas bekalan air paip ke kawasan itu terputus.

Penduduk mendakwa mereka tiada pilihan selain terpaksa menggali telaga atau mengambil air sungai untuk kegunaan harian walaupun menyedari kesihatan mereka mungkin terjejas kerana menggunakan sumber air yang tidak dirawat. Seorang suri rumah yang ditemui, Khazimah Awang Kecik, 54, berkata mereka terpaksa berjalan kaki kira-kira 500 meter ke sebuah perigi untuk mengangkut air.

“Kami terpaksa berbalik kepada zaman susah dengan menggunakan air telaga untuk minum dan membersihkan diri,” katanya sambil menambah bekalan menerusi lori tangki yang disediakan Syarikat Air Terengganu (SATU) sebanyak dua tong kecil sehari tidak mencukupi.

Penduduk, Sulong Taib, 48, berkata penduduk bersyukur dengan bekalan yang disalurkan SATU kerana boleh dijadikan air minuman, bagaimanapun berharap lori tangki berkenaan datang mengikut jadual yang tetap.

“Ada ketikanya, lori tangki berkenaan menghantar bekalan air pada waktu malam menyebabkan penduduk terpaksa berjaga,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ketiadaan bekalan air paip menyusahkan kanak-kanak sekolah yang terpaksa berjalan kaki ke telaga atau sungai pada setiap awal pagi dan keadaan itu menjejaskan keselamatan mereka.

Musa @ Ngah Abdullah, 67, berkata keadaan menjadi bertambah sukar apabila penduduk ingin berjemaah di masjid atau surau kerana tiada bekalan air.

“Tangki air sementara yang disediakan pihak berkaitan untuk kegunaan jemaah tapi jumlahnya tidak cukup untuk menampung keperluan jemaah,” katanya.

Tinjauan Edisi Timur ke kawasan itu mendapati penduduk sudah terputus bekalan air sejak sebulan lalu dan terpaksa menggunakan air telaga atau sungai berdekatan. Lori tangki SATU yang membekalkan air di kawasan itu dapat meringankan sedikit beban penduduk mendapat bekalan air bersih.

Sementara itu, Jurutera SATU Daerah Kemaman, Atemin Sulung, ketika dihubungi menjelaskan, masalah berkenaan disebabkan jumlah pengguna terlalu ramai tetapi pengeluaran air daripada Loji Rawatan Air Sungai Cerul tidak dapat menampung keperluan pengguna.

“Loji air yang digunakan sekarang dibina sejak berpuluh tahun lalu, justeru tidak dapat menampung bekalan air yang mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk di kawasan ini.

“Bagaimanapun, sebagai langkah sementara SATU terpaksa membekalkan air ke beberapa kawasan berpenduduk padat yang terbabit seperti Bandar Cheneh Baru, Felda Cherul, Felda Neram dan beberapa kampung lain secara bergilir-gilir selang sehari,” katanya.

Katanya, bagi kawasan perumahan di kawasan tinggi dan mempunyai tekanan air rendah, kami terpaksa menghantar lori tangki bagi membekalkan air ke rumah mereka dan menempatkan beberapa buah tangki statik di beberapa tempat awam seperti surau dan masjid.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Atemin berkata, kerja pembesaran dan menaik taraf loji rawatan itu sudah dijalankan dan dijangka siap beberapa bulan lagi. 
 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Sebulantiadaair/Article
Mengapa hanya peneroka pertahankan Felda?
Angkasanuri   
Sehari dua ni Umno-BN dapat modal baru untuk menyerang Pakatan Rakyat khususnya PKR dalam isu Felda bankrap. Selama ini seluruh dunia tahu, peneroka Felda umpama 'Fixed deposit' atau tali hayat kepada Umno-BN.

Sejarah pilihan raya di negara ini dan pengalaman saya sendiri terlibat dalam mengendalikan jentera pilihanraya dalam dua siri pilihanraya umum di peringkat DUN, kawasan Felda diakui masih lagi 'karat biru' dengan pengaruh Umno-BN. Walaupun Generasi kedua dan ketiga Felda sudah mula menunjukkan peningkatan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Antara faktor peneroka generasi pertama khususnya takut menyokong Pakatan Rakyat kerana bimbang tidak mendapat hak milik tanah, disekat pelbagai bantuan atau diugut disingkirkan dari rancangan Felda. Ini merupakan modal Umno-BN setiap kali pilihanraya. Semua ini menyebabkan peneroka Felda diumpamakan seperti dicucuk hidung terpaksa mengikut sahaja arahan pihak pengurusan Felda untuk menjayakan agenda politik Umno.

Maka tidak hairanlah peneroka Felda mudah dikerah dan diarah untuk hadir ke program Umno atau apa sahaja program tajaan Umno. Misalnya dalam isu didedahkan oleh Suara Keadilan tentang Felda bangkarap, maka sekali lagi peneroka di merata ceruk diperalatkan untuk menyatakan sokongan kepada Umno dan memprotes PKR.

Apa yang peliknya, saya tidak pula melihat pihak pengurusan tertinggi Felda mempertikaikan kenyataan Suara Keadilan bahawa Felda bankrap. Adakah ini semua menunjukkan bahawa pihak pengurusan Felda sendiri mengakui dana Felda digunakan sesuka hati untuk menjayakan agenda politik Umno-BN? Atau semua ini menunjukkan bahawa pihak pengurusan tertinggi Felda sudah cukup meluat dengan kerakusan Umno mengikis duit Felda?

Saya difahamkan maklumat penyalahgunaan dana Felda dimaklumkan oleh pihak atasan Felda sendiri. Jika benar Felda tidak bankrap mengapa tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang berani menyahut cabaran Exco Pemuda PAS, Saudara Mazlan Aliman yang juga pengerusi ANAK untuk berdebat secara terbuka? Semua ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa penyalagunaan dan penyelewengan dana Felda memang benar-benar berlaku.

Kenapa banyak syarikat Felda ditutup selepas Najib ambil alih

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2010: Datuk Zaid Ibrahim meminta kerajaan menjelaskan berhubung beberapa syarikat berkaitan Felda yang telah ditutup dalam tempoh lima tahun terakhir semenjak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih Felda.

“Syarikat-syarikat berikut telah ditutup: Felda Karet, Sutera Jaya dan Felda Herbal. Harus ada penjelasan terperinci kenapa ianya ditutup dan apakah hal ini disebabkan kelemahan pengurusan,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR mendakwa penjelasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung kejatuhan sumber kewangan Felda tidak jelas dan boleh dipertikai.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Datuk Ahmad Maslan Ahmad di Dewan Rakyat Rabu lalu juga tidak menyentuh keuntungan pelaburan yang diperolehi Felda.

“Dia gagal untuk menjelaskan nilai keuntungan Felda melalui pelaburan selain menggunakan wang tersebut untuk ‘tujuan kesejahteraan’, seperti yang dinyatakan,” katanya.

Felda mengalami kejatuhan sumber kewangan sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.
Rabu lalu, Ahmad ketika menjawab soalan di parlimen memberitahu, kejatuhan nilai kewangan Felda dari RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 adalah kerana digunakan untuk tujuan kebajikan.

RM2 bilion, jelasnya untuk penanaman semula tanaman, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta diperuntukkan untuk pembangunan ibupejabat baru Felda.

Menurut Zaid, jumlah RM2 bilion untuk penanaman semula adalah besar dan Ahmad sewajarnya memberi penjelasan lebih terperinci.

“Timbalan Menteri harus memperincikan bagaimana RM2 bilion diperuntukkan termasuk jumlah peneroka yang terlibat, luas kawasan dan adakah ianya termasuk wang pendapatan penduhuluan untuk para penduduk dalam program ini dan apakah ianya menggunakan kaedah penanaman yang standard.

Beliau juga turut mempersoal bagaimana RM253 juta yang dinyatakan oleh timbalan menteri untuk dana pemberantasan kemiskinan Sabah.

“Adakah wang tersebut disalurkan terus kepada penduduk miskin, atau apakah itu disalurkan kepada kerajaan negeri Sabah yang kekurangan wang?

“Jika ini dianggap ‘kesejahteraan masyarakat’, kita harus bertanya apakah tugas wajib Felda dan adakah termasuk membantu kerajaan BN yang kekurangan wang,” katanya lagi.

Berhubung ibu pejabat baru Felda di Taman Platinum pula, Zaid mempertikai mengapa Felda perlu membayar 40% deposit (berbanding asal 10%) kepada Naza TTDI untuk bangunan baru itu yang bernilai RM662 juta.

Turut dituntut penjelasan berhubung jumlah sejumlah RM4 juta ke RM5 juta dihabiskan untuk kemudahan Felda Football Club.

“Saya menyeru Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak untuk melepaskan Felda dan membiarkan organisasi profesional ini dikendalikan secara telus,” katanya. – HARAKAH
Felda Perbodohkan Peneroka Bukit Tangga, Kedah
Catatan Zabidie Abas   Laman M@RHAEN



 
 
 
 

 
 
 
Selepas pertemuan dengan AMK Zon Selatan, Pencatat bersama Sdr. Mazlan Aliman dan rakan lainnya terus ke Kubang Pasu. Perjalanan lebih 800 km agak meletihkan.
 
Lumrah dengan sikap pengurusan Felda. Menipu, menipu dan menipu. Kami ke sana bagi mendengar rintihan peneroka Felda Bukit Tangga.
 
Peneroka ditawarkan oleh pengurusan Felda dengan tawaran RM3,000.00 seekar untuk pokok getah yang akan ditebang. Setiap peneroka mempunyai 10 ekar.
 
Terdapat kontraktor sanggup membeli pokok getah sehingga RM8,000.00 seekar tetapi Felda tidak membenar pokok getah dijual dengan harga tersebut.
Jika pengurusan Felda yang tebang dan jual, peneroka bakal menerima RM30,000.00. Jika peneroka yang lakukan sendiri akan dapat RM80,000.00.
 
Jumlah yang cukup untuk menampung kehidupan keluarga peneroka selama 2 tahun tanpa hasil. Jika di Felda Bukit Tangga mempunyai 300 peneroka. Jelas RM50,000 x 300 = RM15 juta lesap ditangan pengurusan Felda.

 
Felda mengugut jika peneroka tebang dan jual sendiri pokok getah tersebut maka tindakan mahkamah atau tidak mustahil mereka akan dihalau dari kawasan tersebut.
 
Sumber:  http://amkj.blogspot.com
amkjohor@yahoo.com
Warga Felda perlukan Refomasi segera
Posted on Thursday, July 01 @ 23:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Analisis Isu Oleh: notan

"Assalamualaikum,,..Felda yang sejak dulu menjadi fix deposit yang menguntungkan kepada UMNO serta turut menjadi tempat UMNO buat duit hasil keringat peneroka sambil peneroka terus menerus dilekakan dengan alunan pembangunan dan kemajuan yang diberikan kepada warga peneroka sehingga mereka langsung tidak mahu mendengar dan melihat apa jua perkara yang cuba disampaikan berkaitan kehidupan mereka yang semakin hari semakin terpinggir pada ketika mereka menyumbang kepada UMNO dan negara.

Kejadian demo di hadapan pejabat suara keadilan dan saman 200 juta yang dikatakan disertai oleh wakil peneroka Felda amat memalu dan menyedihkan.Peneroka Felda nampaknya masih tidak mahu membuka mata melihat atau sekurang kurangnya menyiasat apakah lapuran itu benar?
 
Peristiwa ini mengingatkan aku apa yang pernah berlaku di Lubuk Merbau dulu sehingga menyebabkan seorang peneroka yang ingin berubah terkorban.Selepas lebih 20 tahun, rupa rupanya masih ada peneroka Felda yang enggan mendengar khabar mengenai penipuan UMNO terhadap mereka.

Pada tahun 1999 dulu ketika Terengganu di perintah oleh PAS, sebahagian peneroka sudah menerima geran tanah mereka tetapi tetap masih enggan menyokong orang yang mahu membantu mereka.

Perkara ini amat menyedihkan kita semua kerana sudut pandangan para peneroka memberi kesan kepada keputusan PRU yang turut memberi kesan kepada semua rakyat. Keputusan PRU kecil Hulu Selangor menjadi bukti jelas bagaimana majoriti peneroka tidak mahu menyertai mainstream perubahan dan di Terengganu ketika PRU dulu, mana mana kawasan yang memiliki tanah Felda, UMNO menang besar walaupun mereka sudah menerima geran tanah yang enggan diberikan oleh UMNO selama hari ini.

Generasi kedua Felda mungkin sudah ramai yang berubah tetapi perubahan ini tidak mencukupi sehingga kini dan kalau keadaan tidak berubah di tanah Felda dengan perubahan yang besar maka akan bergembiralah lagi UMNO merompak harta benda rakyat tanpa had.

Dari itu menjadi tugas besar juga bagi kita, pendokong PR untuk meniup angin perubahan yang lebih kuat ke tanah Felda bagi mengejutkan para peneroka dari mimpi mereka.

Tugas ini bukan tugas mudah kerana ada kemungkinan  UMNO sudah menyuntik dadah yang menyebabkan warga peneroka terus tidur dengan mimpi indah.

Sesungguhnya warga Felda perlukan refomasi  dan praktikalnya,warga Felda perlukan satu pertubuhan yang dinamakan FELDA REFORM yang berani untuk melanggar tanah tanah rancangan yang berselerah di seluruh negara.

Barangkali FELDA REFORM perlukan pemimpin seperti ADUKA TERUNA atau EDYESDOTCOM ATAU PERISIK RAKYAT untuk memastikan warga Felda menerima refomasi dan membawa mereka ke mainstream perubahan.

The BN Corruption in Felda and unnecessary miscellaneous spending


MEDIA STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE
17 June 2010



Statement by Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat Central Leadership Council Member, in response to the Deputy Minister in the Prime Minister's Department Ahmad Maslan's explanation on the Federal Land Development Authority (Felda)'s declining cash reserves:

Yesterday at parliament, the Deputy Minister Ahmad Maslan responded to questions about the agency's declining cash reserve (from RM4.08 billion in 2004 but dropped to RM1.35 billion in 2009 -- a plunge of RM2.73 billion in five years).

It is obvious that the Deputy Minister knows very little about Felda based on his answers in Parliament yesterday. He failed to explain what returns Felda may gain through its investments, instead of using the money for a shopping spree and for 'welfare purposes’, as it was described.

RM2 billion for replanting crops

RM2 billion is a huge sum for a replanting programme. The Deputy Minister should detail in full the allocation of RM2 billion: the number of settlers involved, land area, if this includes subsistence and income advance to the settlers in the programme and whether proper replanting standards are in place.

RM253 million for the Sabah poverty eradication fund

The Deputy Minister did not explain how was RM253 million disbursed, nor detail in full its beneficiaries. Did the money go directly to the poor settlers, or was it channelled to the Sabah state government, who is strapped for cash? If this is considered 'public welfare', we must wonder if Felda's statutory duty includes helping out a BN state government that is short of cash.

Menara Felda in Platinum Park, KL City Centre

The Deputy Minister did not explain why Felda paid 40% deposit (instead of the customary amount of 10%) to Naza TTDI for its new RM662 million headquarters, nor did he justify paying the price that is way above market price.

Closure of companies & unnecessary miscellaneous spending

Within the past 5 years, the following companies have closed down: Felda Rubber, Sutera Jaya and Felda Herbal. There should be a detailed explanation behind the reasons for the closures and whether this was due to further poor mismanagement.

There should be also an explanation on how RM4,000,000 to RM5,000,000 is spent to facilitate futsal competitions and also support the Felda Football Club. To place it some perspective, most national football associations have spent less on their national football teams, including those who have gone on to qualify for the World Cup.

The Minister -- not his deputy -- should be answering these questions in Parliament.

Public accountability is of utmost importance when taxpayers money are used.


I call upon Prime Minister Datuk Najib Tun Razak to relinquish his hold on Felda and let the organisation be managed professionally and in a transparent manner.


ZAID IBRAHIM

Member of Central Leadership Council (Majlis Pimpinan Pusat)
Parti Keadilan Rakyat

Felda: At this rate, we'll be bankrupt in five years

'Felda is no longer Umno's electoral fixed deposit. Should India stop buying Felda palm oil in favour of Indonesia, that will be another blow to this once well-run state government-linked company.'
Phan Gaik Cher: It's outrageous to build a headquarters at RM660 million. How can this benefit poor small-holders? The only objective is to line the pockets of PM Najib Abdul Razak and his BN cronies.

If the colossal leakages into the pockets of BN could be stopped, the small-holders would all be millionaires today. Najib, you and BN had better stop robbing the rakyat of their hard-earned money or you will face the consequences in the coming general election.

Anonymous: Petronas, Felda, Sime Darby, MISC, Bank Bumiputra, etc. When are we going to learn? Come election, the stupid rakyat vote them back into government for a mere RM50. That's what most of the poor kampung folks get.

That's why the idea of enriching the kampung folks with education so that they can uplift their living standards is a no-no. Keep them uneducated, keep them stupid, and the cost of getting a vote gets lower. Throw in religion, and you have the magic formula.

Yah Lan Tu At: This country will be doomed in about five years' time, not because of the Chinese or Indians or others, but because of the Umno Malays if they continue to ignore the economic plunder and all the wrongdoings done by the few.

It is the Malays in Umno who is causing this because they are the ones who seem to be totally ignorant of the wrongdoings. Wake up and speak up, or get ready for the worst case of economic plunder yet to be revealed.

KayKay: I guess this means that Felda is no longer Umno's electoral fixed deposit. Should India stop buying Felda palm oil in favour of Indonesia, that will be another blow to this once well-run state government-linked company.

Najib should be investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) for the RM2.7 billion plunge in Felda cash reserves. Of course, nothing of that sort will happen, since MACC is a toothless bulldog when it comes to Umno's top brass, as well as Chief Minister Abdul Taib Mahmud in Sarawak.

Susah Kes: What the Pakatan Rakyat team should be doing is going from house to house in the Pakatan states, and especially the Felda settlements, and disseminating this information. Do it now while you guys still have control over the states, instead of waiting another by-election before jumping into action. By then, it will be too late.
KUALA LUMPUR, 1 Jul – KEADILAN hari ini menegaskan parti tidak akan melayan tuntutan RM200 juta dan tidak akan memohon maaf seperti yang dituntut oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berhubung laporan ‘Felda Bankrap’ yang isiarkan dalam lidah rasmi, Suara Keadilan lebih seminggi lalu.

Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata pihaknya bersedia ke mahkamah bagi mengemukakan segala bukti terhadap pendedahan yang dilakukan itu.

“Pendirian kita jelas, memang kita tidak akan layan dan kita akan jawab di mahkamah. Tindakan tersebut sangat kita alu-alukan dan inilah peluang untuk kita lakukan pendedahan terhadap penyelewengan yang berlaku di dalam Felda.

“Berhubung perkataan bankrap maksud kita jelas bahawa penyelewengan berlaku sehingga menjejaskan kewangan Felda, selain fakta yang diberikan oleh menteri terbabit boleh membawa Felda ke arah bankrap.
“Pelaburan dilakukan terhadap pembinaan bagunan baru Felda yang membabit kos yang tinggi itu juga satu pembaziran yang besar dan tidak akan dapat dimanfaatkan oleh peneroka begitu juga pelaburan di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat.
“Tujuan kita jelas ingin membawa Felda kepada satu perubahan terhadap pentadbiran yang dilihat mempunyai kepentingan sesetengah pihak, sepatutnya Felda mengambil keputusan menjelaskan perkara tersebut bukan kepada tindakan tuntutan saman,” kata Sivarasa kepada Suara Keadilan di parlimen petang tadi.

Beliau mengulas mengenai tuntutan ganti rugi Felda terhadap KEADILAN, penerbit Pelita Koridor Sdn Bhd  serta Percetakan NPK Sdn Bhd.

Sebelum ini Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata pada sidang media di parlimen bahawa peguam Felda telah menghantar notis tuntutan saman fitnah kepada ketiga-tiga penama tersebut.
Kata Ahmad sekiranya tuntutan itu gagal ditunaikan dalam masa tujuh hari bermula hari ini, Felda akan membawa kes tersebut ke mahkamah.- SUARA KEADILAN

Peneroka Felda Cahaya Baru Teraniaya

Lebih 370 orang peneroka Felda Cahaya Baru dekat Masai, Johor Bahru sedang menghadapi kemungkinan hilang hak milik  ke atas tanah mereka kerana tanah-tanah itu telah digadai oleh pihak pemaju kepada bank.

Seluas 1,047 hektar tanah milik 374 orang peneroka telah digadai oleh syarikat pemaju, Cahaya Baru Development Berhad (CBDB) kepada sebuah bank tempatan.Tanah-tanah peneroka itu hendak dibangunkan untuk tujuan komersial (projek perumahan dan perindustrian). Setiap peneroka mempunyai tanah berkeluasan 2.8 hektar. Felda Cahaya Baru terletak tidak jauh dari kawasan perindustrian Pasir Gudang dan Tanjung Langsat.

CBDB sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk melaksanakan projek pembangunan semula kawasan Felda Cahaya Baru dianggotai 13 ahli lembaga pengarah terdiri di kalangan peneroka. Syarikat itu ditubuhkan pada 1 September 1993. Bagi membangunan projek komersial itu CBDB bersama Syarikat Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama yang bernama Pinggir Setar (M) Sdn Bhd.

Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah mendapat pinjaman sebanyak RM100 juta daripada Allied Bank (M) Bhd pada bulan September 1996 dengan mencagarkan tanah-tanah peneroka Felda Cahaya  Baru. Daripada jumlah tersebut RM75 juta telah dibayar kepada CBDB. Peneroka-peneroka yang telah menyerahkan hak milik mereka kepada CBDB telah menerima RM140,000 tiap-tiap seorang sebagai pembayaran peringkat pertama.

Cadangan pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu telah mendapat sokongan Kerajaan Negeri Johor ketika itu, pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju pada dasarnya pada 7 Jun 1995 bagi tujuan pembangunan tanah Felda Cahaya Baru.

374 orang peneroka Felda terbabit telah menandatangani surat serah kuasa tanah milik mereka untuk tujuan pembangunan komersial itu. CBDB telah menggunakan surat serah kuasa para peneroka itu untuk mendapatkan pinjaman bank.

Projek pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu sampai hari ini tidak dapat dimulakan. Sebabnya kerana tanah-tanah itu dikategorikan dalam kelas Tanah Rezab Melayu. Kerajaan Johor pimpinan Menteri Besar sekarang, Datuk Abd Ghani Othman tidak membantu peneroka-peneroka Felda Cahaya Baru itu yang kini berasa tertipu dan teranianya oleh Lembaga Pengarah CBDB dan juga janji-janji  kosong sokongan awal Kerajaan Negeri Johor  yang terdahulu.

Alasan-alasan peneroka bahawa mereka teraniaya dan tertipu ialah:

Pertama, pihak pengurusan CBDB masih belum menyelesaikan baki pampasan tanah-tanah peneroka Felda itu; 

Kedua, tujuh peneroka yang menjadi anggota Lembaga Pengarah CBDB tidak menyerahkan surat kuasa bagi tanah mereka kepada bank, sedangkan 374 peneroka yang lain sudah berbuat demikian. Dengan lain perkataan, tanah-tanah milik tujuh ahli Lembaga Pengarah CBDB tidak digadai;

Ketiga, maklumat berhubung pembangunan semula tanah-tanah peneroka secara komersial itu tidak dijelaskan secara terperinci kepada peneroka ketika mereka bersetuju menandatangani surat serah kuasa tanah milik mereka kepada CBDB;

Keempat, beberapa ahli lembaga pengarah CBDB mempunyai kepentingan sendiri  yang cuba dilindungi ketika memujuk peneroka-peneroka menandatangani surat serah kuasa.

Kelima, janji-janji sokongan pimpinan Kerajaan Negeri Johor sebelum ini dan kepimpinan Umno Teberau ternyata kosong. Setelah lebih tujuh tahun berlalu, kini lebih 370 orang peneroka Felda Cahaya Baru itu berada dalam keadaan tersepit. Tanah-tanah mereka kini tergadai di bank. Wang baki pampasan yang dijanjikan masih tidak dibayar oleh CBDB. Mereka mahu supaya cadangan pembangunan kawasan mereka itu diteruskan. Tetapi pembangunan itu tidak boleh dilakukan kerana Menteri Besar, Ghani Othman tidak mahu campur tangan dengan alasan kawasan Felda berkenaan adalah Tanah Rezab Melayu. Seterusnya, usaha terbaru penduduk untuk menggantikan pengurusan CBDB yang dianggap gagal dan tidak berwibawa juga tidak berhasil. Usul mereka untuk menggantikan Pengurusan CBDB tidak berjaya diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa pada Isnin 11 Disember lalu kerana  ahli yang hadir hanya 118 daripada 383.

PRM memandang serius nasib peneroka-peneroka Felda Cahaya Baru itu yang telah berlarutan begitu lama sejak zaman Menteri Besar Muhyiddin Yassin hinggalah ke zaman Ghani Othman. PRM menyeru supaya Menteri Besar sekarang, Ghani Othman segera campur tangan secara aktif  bagi menyelesaikan masalah peneroka-peneroka itu.  Oleh kerana projek pembangunan itu tidak dapat dijalankan, maka tuntutan utama para peneroka itu ialah mendapatkan kembali hak milik mereka ke atas tanah-tanah mereka yang telah tergadai itu. Mereka menuntut untuk membatalkan surat kuasa yang telah mereka tandatangani itu.
Kerajaan Negeri Johor tidak boleh lepas tangan dan mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab. Sebabnya pada 7 Jun 1995, Kerajaan Johor telah bersetuju memberikan kelulusan "pada dasarnya" bagi tujuan pembangunan komersial ke atas tanah-tanah peneroka Felda Cahaya Baru.
Cadangan pembangunan di Felda tersebut tidak mungkin bermula pada awalnya jika tiada sokongan Kerajaan Negeri Johor ketika itu, khususnya di pihak Menteri Besarnya.

Hassan Karim
Naib Presiden PRM
12 Disember 2000

SIAPA KATA FELDA BANKRAP?

Felda Tak Bangkraplah, Tengoklah Sini

Siapa yang berani memfitnah Felda Bangkrap ? Tunjuklah bukti, main cakap je Felda Bangkrap, macam mana orang nak percaya. Mari kita tengok sendiri kebahagiaan warga Felda yang hidup dalam aman bahagia dan harmoni tanpa sebarang masalah dalam laporan kronologi yang terperinci dengan bukti di bawah ini , ini baru sedikit saja yang jumpa dan dilaporkan.

5 TAHUN PENEROKA FELDA GUNA AIR HUJAN
Utusan Malaysia 23 Jun 2010 - Penduduk Felda Palong 2 di sini pula terpaksa mengharapkan air hujan sejak lima tahun lalu. Pelbagai aduan telah dibuat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan. Sebanyak 44 buah keluarga yang juga merupakan peneroka menetap di kawasan tersebut merayu pihak terbabit melakukan sesuatu.

Felda Palong 2 tiada air

seorang penduduk, Sarah Kompot terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan harian di Blok B, Felda Palong 2, Jempol, Negeri Sembilan, baru-baru ini. - utusan/Sajida Asarullah khan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm


JEMPOL 22 Jun - Pada ketika penduduk lain tenang menjalani kehidupan dengan pelbagai kemudahan asas termasuk bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan harian, penduduk Blok B, Felda Palong 2 di sini pula terpaksa mengharapkan air hujan sejak lima tahun lalu.

Mungkin juga pada ketika orang lain lena diulit mimpi, penduduk terbabit perlu berjaga malam demi mendapatkan bekalan air dari tangki termasuk menadahnya jika hujan.

Entah di mana silapnya, penduduk mendakwa bukan sehari dua mereka terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air tetapi sejak lima tahun lalu.
Sebanyak 44 buah keluarga yang juga merupakan peneroka menetap di kawasan tersebut merayu pihak terbabit melakukan sesuatu.

Menurut salah seorang penduduk, Ja'afar Lonak, 70, pelbagai aduan telah dibuat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan.

"Air merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian. Apabila bekalan air tidak sempurna, ia turut menjejaskan kehidupan kami. Air cuma datang pada pukul tiga sehingga lima pagi. Keadaan ini menjadi lebih sukar kerana saya sudah kehilangan sebelah kaki dalam kemalangan. Oleh kerana bekalan yang sering tidak mencukupi, saya terpaksa menadah air hujan menggantikan air paip," katanya.


Seorang lain penduduk, Fon Kon Sang, 68, berkata, masalah bertambah teruk apabila hujung minggu apabila semua ahli berkumpul.
"Walaupun bekalan air yang diterima agak kotor, namun penduduk di sini masih dapat menerimanya. Cuma kami berharap agar dapat mendapat air bersih seperti orang lain.


LULUS SEGERA PROJEK TANAM SEMULA
Sinar Harian 4 Jun 2010 – Anak peneroka Felda Bukit Jalur meluahkan rasa kecewa mereka apabila proses tanam semula bagi tanah seluas kira-kira 3.2 hektar yang dimohon sejak tanaman mereka ditebang, Ogos 2008 masih belum mendapat kelulusan pihak berkaitan.
DERITA 28 TAHUN AIR TERPUTUS DI FELDA
Kosmo 15 Mac 2010 - Ketika kebanyakan rakyat di negara ini menikmati kemudahan asas yang sempurna, lain pula ceritanya bagi 1,200 penduduk di Felda Palong 7 dan Palong 8 di sini yang terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air terputus hampir setiap hari.


28 TAHUN WARGA FELDA HADAPI MASALAH TEKANAN AIR RENDAH
Utusan Malaysia 15 Mac 2010 - Itulah ‘derita’ yang dihadapi oleh lebih 1,200 penduduk di kawasan Felda Palong 7 dan 8 berikutan masalah tekanan air rendah sejak menduduki kawasan itu 28 tahun lalu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

KOS UKUR TANAH TIDAK MASUK AKAL
Sinar Harian 17 Feb 2010 – Peneroka di Felda Raja Alias 4, di sini, melahirkan rasa tidak puas hati dengan kos dikenakan Felda bagi mengukur lot tanah peneroka untuk tujuan penebangan pokok dan pembangunan. Menurut mereka, kadar sebanyak RM1,145 bagi setiap peneroka untuk keluasan 1.2 hektar setiap peneroka adalah tidak masuk akal dan meragukan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6824551.asp

MASALAH BEKALAN AIR TIADA KESUDAHAN
Sinar Harian 17 Feb 2010 - Penduduk Felda Raja Alias, di sini, masih menaruh harapan agar masalah air yang berlaku di kawasan rumah mereka sejak seminggu lalu, dapat diselesaikan segera supaya mereka boleh menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6824950.asp


MASALAH BEKALAN AIR TIADA KESUDAHAN
Sinar Harian 17 Feb 2010 - Penduduk Felda Raja Alias, di sini, masih menaruh harapan agar masalah air yang berlaku di kawasan rumah mereka sejak seminggu lalu, dapat diselesaikan segera supaya mereka boleh menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6824950.asp

PENDUDUK FELDA BERANG TIADA BEKALAN AIR
Sinar Harian 13 Feb 2010 – Penduduk Felda Raja Alias Dua, di sini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) berikutan masalah ketiadaan air di kawasan mereka.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6789488.asp

ORANG FELDA PALONG DIANAKTIRIKAN
Sinar Harian 19 Jan 2010 - Ketiadaan lampu jalan terutama di persimpangan masuk ke Palong 2 memang mengecewakan penduduk yang mendakwa kawasan mereka seperti ‘dianaktirikan’ apabila kemudahan yang sudah lama dipohon itu tidak mendapat maklum balas daripada pihak-pihak yang berkenaan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6385438.asp


FELDA PALONG DAIF
Berita Harian 21 Dis 2009 - Palong 4, 5 dan 6 adalah pusat bandar bagi gugusan Felda Palong, kawasan dikenali sebagai skim tanah rancangan terbesar di negeri ini membabitkan Felda Palong Satu hingga 16, yang mempunyai bilangan penduduk kira-kira 100,000 orang. Namun, gelaran pusat bandar itu hanya indah dari segi nama tetapi dari aspek prasarana, jauh ketinggalan berbanding pusat bandar lain yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk penduduknya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20091221075521/Article/index_html


GANGGUAN BEKALAN AIR DI FELDA JEJAS PERAYAAN
Sinar Harian 2 Dis 09 - Kemeriahan penduduk Felda Bukit Rokan, di sini, menyambut musim perayaan bersama keluarga dan sanak saudara kian menjadi lesu berikutan masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku tanpa penyelesaian.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6120646.asp


PENEROKA PROTES DAKWA FELDA TIDAK TUNAI JANJI
Sinar Harian 14 Okt 2009 - Seramai 300 peneroka Felda Raja Alias 4 mengadakan perhimpunan sebagai tanda menunjukkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pihak pengurusan Felda yang tidak menunaikan janji sewajarnya kepada pihak peneroka Felda berkenaan. Penduduk Felda Raja Alias 4 ingin menuntut hak pembayaran daripada hasil jualan kayu getah yang sudah ditebang beberapa bulan lalu hingga tahun depan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5255067.asp

PENDUDUK FELDA 52 TAHUN MERDEKA TIADA AIR
21 Feb 2009 - Sudah lebih 50 tahun merdeka, penduduk Felda Kemahang, Bentong tak menikmati bekalan air. Terpaksa tadah air hujan. Laporan TV3 jam 1.30 tengahari 21 Februari 2009.
http://adimul.blogspot.com http://adimul.blogspot.com/2009/02/warga-prihatin-malaysia-prima-s-u-r-p-r_22.html#links


BONUS PENEROKA FELDA GETAH GIGIT JARI
Sinar Harian 24 Dis 08 - Felda diminta mengkaji semula syarat setiap peneroka perlu melepasi sasaran hasil yang ditetapkan sebelum layak menerima bonus insentif produktiviti untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan peneroka.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2279446.asp


MASALAH KELAPA SAWIT TIDAK DITUAI BELUM SELESAI
Sinar Harian 8 Jul 2009 - Shamsuri berkata, hasil pendapatan yang mereka terima tidak seberapa akibat buah kelapa sawit yang sepatutnya dikutip oleh pihak kontraktor terbabit dibiarkan begitu sahaja sehingga rosak. “Rata-rata peneroka hanya menerima kurang RM1,500 sebulan. Ia tidak cukup akibat kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan baru-baru ini.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1815578.asp

BURUH BANGLA CEROBOH TANAH
Harian Metro 25 Julai 2007 -Perbuatan segelintir buruh asing warga Bangladesh yang dibawa masuk ke tanah rancangan felda di Jempol untuk bekerja di ladang kelapa sawit menceroboh kawasan halaman kediaman peneroka menyebabkan penduduk tempatan dalam kebimbangan.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20070725095014/Article/index_html